Monday, October 29, 2012

raya

tahun ni sekeping gambar raya pun x ambik...huhu x berapa nak rasa feel beraya kot

menu tahun ni lepas kau tanya aku, aku tanya kau jadi la menu nasi nenas, ayam bakar, acar timun...kejap ja dah selesai sebab ramai yang datang lepas solat raya tu, raya kedua plak buat nasi ayam

raya kali ni try bawak anak dara pegi solat raya sebab rasa macam lama ja aku x p semayang raya tapi kau..haha ingatkan nak duduk tepi mak dia yang solat tapi dia buat lawatan kat setiap orang yang sebelah2 mak dia siap cutcak dengan anak sapa tah balik kain telekung orang yang solat, nasibla cuma dua rakaat kalau lebih memang surrender la aku, si abang ok ja ikut papa dia, mungkin syaza kena ditrain lagi kot untuk biasa dengan masjid

cuti cuma sampai ahad dan isnin dah kerja macam biasa..sungguh la raya kali ni biasa-biasa saja, harap tahun depan boleh join buat korban pulak :)

Friday, October 26, 2012

musibah...doakan kesihatannya


berita yang baru dapat petang kelmarin...dikala berapa hari lagi nak raya korban, sorang meninggal sorang lagi kritikal, semalam dipindahkan dari hospital langkawi ke hospital tldm dan dah pun dipindahkan ke hospital manjung..

apapun doakan abang haris selamat dan melepasi tahap kritikal dan sedar dengan baik

Mati kehabisan oksigen



ALOR SETAR: “Arwah sedang menyelam, tetapi masih tidak timbul untuk tempoh lama menyebabkan kami tidak sedap hati sebelum seorang rakan terjun ke dasar laut untuk melihat apa yang berlaku dan menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata Azman Yusof, 39, rakan kepada juruteknik Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Rosli Mohamad Isa, 32, yang lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Perak, kira-kira 60 batu nautika dari Langkawi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa bersama sembilan lagi rakan dikatakan pergi memancing di perairan berkenaan sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai lemas selepas alat pernafasannya kehabisan oksigen dan tidak timbul ke permukaan dalam jangka masa lama sebelum ditemui kira-kira jam 11.45 pagi.
Azman berkata, arwah sedang menyelam bersama beberapa rakan lain di perairan berkenaan, namun tidak timbul selepas beberapa jam menyebabkan seorang daripada mereka menyelam semula untuk mencari mangsa.

“Seorang rakan kami, Haris Abdullah, 44, terus menyelam untuk mencari arwah kerana dia tidak timbul selepas beberapa jam menyebabkan kami risaukan keselamatannya.

“Apabila Haris menemui arwah didapati dia sudah meninggal dunia dipercayai alat pernafasan kehabisan oksigen manakala Haris dalam keadaan kritikal sebaik naik ke atas bot,” katanya yang ditemui di Jeti Kuala Kedah, semalam.
Abang mangsa, Yusof, 42, berkata arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan bersikap seperti biasa kerana meminati hobi memancing dan menyelam.

“Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Kami pasrah dengan kejadian ini dan berdoa arwah ditempatkan dalam kalangan golongan beriman,” katanya.

Thursday, October 25, 2012

sindrom M

haih ada lagi 6 bulan ni dah mula M besar...huhu