Saturday, July 7, 2012

stok susu untuk syaza

ni hasil terkini sebelum dipacking lebih kemas dan lebih bersusun...sangat puas hati aku guna liner ni..lebih menjimatkan ruang dan boleh la ruang lain tu simpan lauk-lauk untuk orang lain jugak dekat rumah ni... sebelum ni kan dok sedih pasal hal ni pastu tengah dalam kalut nak menggantikan balik stok-stok kena pegi kursus plak 3 hari...huhu susu memang cukup-cukup dan masa aku sampai balik memang ngam-ngam Alhamdulillah

kiraan stok terkini susu untuk syaza adalah 26 bekas kali 3oz...aku rasa cukup kot bekalan bagi bulan posa akan datang ni..since sekarang ni anak dara tu kurang dah minum susu dalam botol sepanjang peninggalan aku, total sehari dalam 4 botol saja...tapi dia pun dah makan macam orang besar maka 4 botol tu adalah cukup untuk dia :)

tapi dalam dok rasa cukup tu tetap rasa nak tambah dalam 2,3 bekas lagi...hihi suka tengok dah ada stok balik dalam peti ni biarpun sekarang ni sangat-sangat malas mengepam susu...huhu harap lebih rajin lepas ni...

p/s: lately suka marmet dan guna manual pam...encik hubby pun komen x guna beli pam mahal-mahal kalau nak guna tangan ja

Friday, July 6, 2012

selesai sudah

aktiviti hari ini yang konon supermak tadi..haha pegi tukar lampu depan kereta dengan kos rm12 jenama bosch..nasib baik jugak kedai aksesori tu buka awal, pukul 9.30 aku dah kat depan kedai dia...dia nak semayang pun x dan..haha

then pegi isi minyak kereta on the way sebelum pegi pasar, singgah pasar untuk beli barang basah...tu pun terkejar-kejar sebab x mau singgah lama-lama, balik singgah kedai depan rumah untuk upah kanak-kanak dengan nutrigen plus beli paper hari ni...ok la lepas ni boleh lagi keluar bertiga dengan syarat tempoh pegi dan balik tu x lama..kalau x ada la adegan tarik-tarik tudung mak dia sebab bosan duduk dalam kereta, abang membuli si adik, lompat-lompat dari depan ke belakang dan macam-macam lagi la

last-last ipad sudah diconquer oleh si anak...si mak update blog guna laptop je la...tapi line laptop lagi stabil kot dari ipad...

p/s: korang lunch apa hari ni...masih blur nak masak apa untuk orang lain yang x posa ni...huhu

aktiviti hari ni

feeling macam supermak hari ni, nak pegi pasar dengan ganti lampu kereta plus isi minyak dengan kanak-kanak, bila en hubby tanya boleh ka? konfiden ni jawab boleh...haha kita tunggu dan lihat berjaya ke tidak

gambar pokok dengan pewangi tu hasil window shopping lepas habis exam hari tu...bajet nak beli pokok letak dalam bilik air ja tapi time membayar sampai rm60 lebih...haha kan dah takut nak claim balik

harap-harap umur panjang la pokok ni duduk dalam bilik air tu..bilik air tengah x boleh nak letak..satg umur x sampai sehari pun kanak-kanak jagakan