Thursday, May 10, 2012

hai la pengasuh part 2

wah dah berpart-part pulak kan...itulah orang bagi cadangan kat aku hari tu tapi masih lagi berlembut...makin lama macam aku rasa makin x sudah jugak..dan aku rasa pun dia x tau yang aku ni x suka part-part cuti mengejut ni..bukan aku ni kejam ok..bukan aku x ada rasa tapi aku jugak ada kerja..huhu

alkisahnya kemarin tengah dok serabut hal keja tiba-tiba pengasuh depa mesej..aku kalau dapat mesej dia time ofis hour memang aku dah cuak semacam..mesti ada hal la kan..x kan seronok-seronok nak tanya aku buat apa plak..dia sms mintak kalau boleh nak aku ambik kenit 2 org tu awal, dan nak cuti keesokkannya...wah macamkan aku pegi pasar yang bila-bila masa boleh balik je kan..reason dia ayah dia masuk wad..ok reason macam boleh terima tapi senang je kan nak cuti mengejut macam tu...

akal jahat datang..aku kata x boleh, reason aku ada meeting, habis cepat pun 4.30petang, dia kata ok sempat kemas apa patut...dan pukul 2 camtu dia sms plak x pe la ambik cam biasa pun, esok hantar la dulu nak ambik cuti ahad isnin la, boleh jaga ayah lama sikit..wah kan macamkan kalau dia cuti tu aku leh ja bawak anak2 aku tu pegi ofis dok congok kat ofis aku tu...serius aku dah tensen time tu..apa pun aku x balas

bincang dengan ofismate, encik hubby dan jugak my mom trus decide cari taska, kalau dapat end of this month saja tempoh kent berdua tu duduk dengan pengasuh..lepas tu duduk taska je la..ramai pun x pe la leh berkawan kan, kalau jauh dari rumah pun x pe la, janji mudah aku nak terjah...tapi kena tengok hasil carian dulu la..kalau x dapat kena la aku redha sampai hujung tahun ni..menambah kan lagi sakit kepala pikir hal ni...hukhuk

serius kemarin lepas dia sms macam tu terus aku x jadi apa satu pun keja...hukhuk suka sangat nak sms time ofis hour, suka suh ambil awal la, nak cuti mengejut la..serius semua tu aku x leh terima, belum lagi sms komplen hal kenit berdua tu yang bagi aku hal-hal small matter ni...

moga Allah permudahkan urusan aku kali ni...amin

Wednesday, May 9, 2012

storage gambar pun berbayar ke?

aku kemain semangat nak upload gambar zoo taiping baru-baru ni tapi punah harapan bila tiba-tiba dia cakap dah full pastu tunjuk kena bayar la apa la...sakit hati terus semangat nak update pasal cerita tu terbantut..huhu ada sesapa experience macam aku jugak..ke aku sorang ja dapat macam ni...blogger ni pun kalau dah berwajah baru main nak cas-cas plak...sungguh x puas hati

Tuesday, May 8, 2012

diablo 3

selepas lama dah berahirnya zaman dia, akirnya dia muncul kembali...sungguh x sabar aku menanti 15 may ini...haha ya memang aku game addict...dan encik hubby pun sama ke lagi teruk..haha dan syauqi pun sama jugak asyik main game jugak..err kalau aku latih dia jadi profesional gamer aci dak? gaji pro gamer dah sama dengan gaji pilot apa..hikhik


ok balik topik asal game diablo ni aku main masa zaman belajar dulu...ni dah anak dua pun masih teruja dengan bakal keluar diablo 3 ni..pastu tengok hari ni groupon pun buat sale untuk diablo 3 ni...boleh tahan comel la jugak rega dia ehh..err ada sapa-sapa nak sponsor mak budak ni dak? hehe

pastu bila tengok requirement dia gigih aku aku pun check spesifikasi laptop sendiri boleh ke tidak...
 
err macam mana nak baca graphic kad dia ni...aku rasa macam lain ja spec dia ni...bukan macam yang dimintak kot