Thursday, November 3, 2011

syaza solid food, diploma in breastfeeding

dah brapa menu baru dah cerita-cerita kan...huhu aku start buatkan solid untuk syaza sejak 17/10/11 lepas..huhu dah nak dekat sebulan dah kasi solid dekat mek ni...try brapa resepi dah...mula-mula bagi bubur nasi kosong je x campur apa, then nasi campur karot, lepas tu puree apple then hari ni start puree labu @pumpkin semua resepi tu aku try untuk 4 hari berturut-turut untuk bagi dia adapt dengan rasa

ni dari pembacaan aku la..."setengah ibu cenderung untuk bagi bayi mereka makan tapi jangan terlalu ghairah...perlu bagi bayi tersebut masa untuk menerima rasa makanan tersebut, dicadangkan 4 hari berturut-turut menu yang sama supaya bayi tidak terkejut dengan rasa dan tekstur makanan tersebut"

buat untuk 2 kali makan setiap kali masak...ni buat semalam untuk hari ni...gigih ni bangun tengah malam buat bubur (padahal terjaga sebab botol susu ngan pump belum basuh...haha)

dah siap kena bekukan dulu sebelum esok bagi dengan pengasuh syaza...yang dalam plastik tu stok susu syaza...saja interpreme jugak...hihi saja kan tayang-tayang
kami berdua in pink..hihi kejap je kan dah 6 bulan tu...dah dapat diploma in breastfeeding...aim for degree plak..
diploma-6 bulan fully breastfeed tanpa campur apa-apa susu atau solid
degree-1 tahun breastfeed tapi campur solid, bukan formula milk
master-1 tahun 6 bulan breastfeed campur solid tapi bukan formula milk
phd-2 tahun breastfeed campur solid tapi bukan formula milk

5th-anniversary-giveaway

ni plak GA dari kak ayu...sempena anniversary kawen yang ke5...wah pz pun baru 3 tahun lebih...hihi nak join jugak boleh terjah blog dia bila cinta bersatu

ucapan pizet:

ikatan yang suci lahir dari dua hati yang bersatu dalam rumahtangga, moga akan terus berkekalan dan dilindungi ilahi...sentiasa bertolak ansur dan saling bantu membantu dalam merahmati rumahtangga hendaknya, diserikan lagi dengan zuriat kurniaan ilahi...amin

tarikh tutup: 17.11.11 @ 12.00am

footnote: x penah wat ayat romantik ni...haha rasa lain macam sikit menaip...harap-harap ok la hendaknya yer kak ayu yer

Wednesday, November 2, 2011

GiveAway dari Yanmieonline


tarikh tutup: 11.11.11

fuhh rasa cam lama ja aku tak join GA ni...nape ek malas kot...hihi kali ni rasa nak join GA plak ni dari kak yanmieonline.com...harap-harap saya adalah salah sorang yang bertuah tu yer...hihi

komen aku pasal blog kak yanmieonline.com ni:
-simple je blog ni...nampak tenang ja bila masuk...kot-kot ada perancangan nak tambah kaler-kaler
-boleh jugak nak tambah shoutbox ke apa...ish tapi pizet pun baru buang shoutbox...camna tu..hihi
-jugak boleh tambah gambar-gambar kat tepi bagi nampak colourfull konon la kan...hihi
-blog archieve pun boleh letak..kot-kot nak membaca cerita-cerita lama

lain-lain x de kot nak komen lebih-lebih (sedar diri blog sendiri x semenggah mana...huhu)

nak join jugak boleh ja terjah kat cni

Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal.