Sunday, August 21, 2011

semester baru

wah cuti lama konon nak berehat pun lama...tapi awat aku rasa cam kejap ja ntah...pejam celik pejam celik dah start daftar subjek untuk semester baru pastu bulan 9 karang dah start masuk kelas balik...subjek pun dah siap daftar harap-harap semester depan boleh lagi score macam sem lepas...biarpun bukan 4 flat dapat 3 flat ke atas dah kira hebat dah...sebab target aku biarlah grad dengan pointer 3 ke atas...

sebelum ni dah repeat satu paper...sebab target nak cepat habis tapi bila fikir-fikir balik x guna gak cepat habis tapi pointer teruk...maka buat solution subjek yang ada final exam aku ambik x lebih dari 3 subjek...yang x dak final boleh la ambik lebih...sem lepas cuma 3 subjek yang ada final exam aku ambik...alhamdulillah boleh la pass dengan senyuman...hihi maka sem ni nak buat lagi macam tu

orang lain nak ambik banyak tu cerita lain la kan...dah sedar dengan kudrat diri...mana nak study, nak keja, nak uruskan hal-hal kat rumah lagi...maka ambik takat termampu...orang lain grad awal pun x pe la...ku pilih yang slow tapi selamat...anak sudah 2 kerja pun makin la double kat rumah tu...ayat pasrah

Monday, August 15, 2011

scary

hari khamis malam hari tu dapat call dari mak kat kampung kata ada orang bunuh orang...yang membunuh tu aku x kenal sangat tapi yang mangsa bunuh tu memang kenal la sebab kawan arwah abah...kesian dekat arwah sebab kena bunuh oleh anak sendiri...cam scary je skang ni orang bunuh orang...huhu dah tu kat kampung aku plak tu...lagi la scary...dah la ada dah orang gila pompuan dok berkeliaran ni orang gila bunuh orang plak...

semalam pagi dapat call dari mak kata orang ni dah kena tangkap...alhamdulillah sebelum tu kampung aku tuh dah jadi macam kawasan darurat ja...kedai banyak tutup, orang x brani pegi menoreh getah...motosikal pun dah x lalu lalang depan rumah...ye lah orang bunuh orang kan, dah tu bawak lari parang yang guna untuk bunuh bapak dia tu plak...memang scary...dah la hutan dia lari tu boleh sambung ke rumah-rumah orang lain jugak...kampung kan mana la nak ada pagar-pagar ni sangat....


Suspek bunuh bapa ditahan

KUALA NERANG: Selepas lebih 48 jam menyembunyikan diri, suspek yang menetak bapa kandungnya hingga mati dengan parang ditahan ketika asyik menonton televisyen di rumah keluarganya di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak, di sini, semalam.
Lelaki berambut panjang berusia 33 tahun itu pulang ke rumahnya kira-kira jam 1.45 pagi dipercayai akibat kelaparan, bagaimanapun tiada ahli keluarga ketika itu kerana berada di rumah saudara mereka.

Difahamkan, tindakan suspek membuka lampu rumah dan menonton televisyen disedari beberapa jiran dan adik iparnya, Mohd Nazrin Zainol, 32, yang membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamid, berkata ketika diserbu suspek tidak berbaju dan berseluar panjang tergamam dengan kehadiran anggota polis serta tidak sempat melarikan diri. “Ketika ditangkap, dia tidak bersenjata dan berehat sambil menonton televisyen di rumahnya. Ketika itu, dia terkejut mendapati anggota kami memasuki rumah berkenaan dan cuba melawan, namun gagal melepaskan diri. “Sebelum itu, kami mengepung rumah berkenaan bagi mengelak mangsa meloloskan diri. Apabila mendapati pintu rumah itu tidak berkunci salah seorang anggota menghendap mangsa dan menyerbunya pada masa sesuai,” katanya.
Ku Yaacob berkata, polis juga tidak menemui parang digunakan dalam kejadian dan ketika ditanya mengenai senjata itu, suspek hanya mengatakan dia tidak tahu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek ditahan reman sehingga 20 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam Khamis lalu, suspek menetak bapa kandungnya hingga mati selain mencederakan ibunya dengan parang selepas ditegur ketika keluarga berkenaan menunggu berbuka puasa.

Dalam kejadian itu, bapa suspek, Saman Siron, 65, ditetak di kepala, kedua-dua belah tangan serta putus kaki pada buku lali kanan manakala ibunya, Hasnah Abdul Majid, 51, cedera di belakang kepala.

Thursday, August 11, 2011

hasil seni

ni menu buka posa hari ahad lepas sebenarnya...balik godek-godek peti ais jumpa daging burger yang konon nak masak bila hari malas...potong-potong sayur, pastu dekat nak buka posa br dok susun-susun bahan bagi nampak cantik la kan...

ops terlebih flash...kena ambik lagi skali
okeh kali ni ambik bg nampak cantik sikit cuma letak karot ngan bawang ngan tomato...timun malas nak beli maka x ada lam burger tu
ni plak hasil seni syauqi...huhu penat je mak dia hias cantik-cantik kan...x faham y kena senget kepala bila ambik gambar...haha konon posing la kot

ni plak budak yang belum boleh makan...time orang makan haa makan la tangan sendiri selain dok meleleh air liur bukan main banyak lagi

see makan tangan lagi...time ni dah berjaya meniarap dah
ohh mama ambik gambar saya...kena buang tangan ni kasi nampak comel cikit