Wednesday, July 13, 2011

pengendalian ebm...sebelum dihantar ke rumah pengasuh

ada kengkawan aku yang bertanya macam mana aku handle ebm yakni susu perahan aku setiap hari...dan biasa aku cuma jawab secara bertulis x pun secara lisan tanpa bukti atau gambar yang boleh aku tunjuk...dan tujuan aku buat entri ni lebih kepada cara nak tunjuk pengendalian aku setiap hari yang berkerja untuk ebm syaza untuk dibawa kerumah pengasuh...

biasa susu syaza ada dalam dua bekas yang berbeza


ni dalam bekas plastik yang aku simpan untuk dibekukan...sangatlah menjimatkan ruang dan boleh simpan lagi banyak susu dalam peti ais tu...biasa malam2 lepas susun-susun botol dan basuh-basuh botol semua aku akan ambik 2 plastik beg ni dari ruangan beku dan letak kat belah bawah peti ais untuk dicairkan...kebiasaannya pagi-pagi tu memang total mencairlah susu ni (perlu diingat susu beku yang dah dicairkan perlu diberi pada baby dalam tempoh 24 selepas cair)

kadang-kadang ada jugak hari yang aku terlupa nak cairkan waktu malam maka pagi-pagi tu aku just rendam bekas plastik ni dalam bekas berisi air dan by the time aku dah siap-siap tu susu ni pun dah mencair sepenuhnya
dah tu masukkan plak dalam botol untuk dihantar kerumah pengasuh...dulu aku gunting bahagian atas plastik ni tapi skang dah malas, aku cuma buka dan tuang ja...
ni plak susu dari hari perahan sebelumnya...yang tidak dibekukan...kalau sebelum aku cuma bekalkan 3 bekas dari hasil perahan sebelumnya tapi kali ni aku bg 4 bekas..ohh yaa total setiap bekas adalah 3oz, kiranya yang simpan dalam tempat beku pun aku buat siap-siap 3oz dan yang nak hantar pengasuh pun 3oz...tapi kalau ada lebih 1oz ke aku cuma bahagikan dalam botol-botol ni sebab x mau semakkan freezer

ok dah siap masuk botol semua susu-susu tu kena la labelkan...ni untuk mudahkan pengasuh bagi susu kat syaza ikut turutan...
no 1 - susu hasil perahan semalam
no 2 dan 3 - susu beku yang dah dicairkan
no 4, 5 dan 6 - susu hasil dari perahan semalam
reason buat macam tu sebab awal pagi aku nak bagi syaza rasa susu baru diperah, susu no 2 & 3 hasil susu beku yang dah dicairkan sebab susu tu kalau x guna dah x boleh simpan balik semula dan susu no 4,5 dan 6 susu hasil perahan semalam sebab kalau syaza x minum boleh la simpan balik untuk kegunaan hari lain
ni plak lepas dah label kita susun-susun dalam tote bag untuk hantar rumah pengasuh...dulu masa x ada tote bag kena la kuarkan susu last skali lepas dah panas enjin keta dah barang-barang lain ngan bb dah masuk lam keta...skang ni sambil simpan barang boleh skali siapkan susu ni...jimat ckit masa aku


dah lepas susun tu tambah lagi ice pack untuk mentenkan suhu sejuk dia...aku guna brand coleman yang beli masa zaman syauqi dulu...tahan ice pack ni...seketul rm8 kot aku beli dekat tesco ja

ni la rupa tote bag berisi susu...sila abaikan rak botol yang sedikit semak kat belakang tu yerr biasa syauqi suka heret beg ni sebab saiz dia sedikit comel dan mudah dia nak heret...anak pengasuh si damia pun lagi suka heret beg ni dari beg baju syauqi dan syaza (derang berdua kongsi beg baju yang sama)

ok pasnie kalau ada yang bertanya pasal pengurusan ebm cara aku boleh la aku refer kat entri ni saja...yang nak menambah pengetahuan pun boleh-bolehlah baca...tidak rugi kita berkongsi ilmu

Tuesday, July 12, 2011

cuai dalam istilah berangan

pagi ni mungkin sebab penangan baca paper sambil menunggu sesi perahan susu tamat skali padan muka aku...termandi susu jap...huhu rasanya sebab selalu aku bagi tonggegkan botol tu kasi susu kat corong masuk botol kes sayang la susu biarpun setitik..tapi pagi ni sebab botol ngan corong x brapa nak rapat sudahnya rasa panas suam-suam kat peha dan bila tgk susu dah tumpah...huwaaa

rasanya total susu yang tumpah adalah dalam 0.5oz biarpun x banyak tapi tetap sayang...huhu setiap titik adalah berharga...rezeki syaza tu tapi hari ni 0.5oz tu jadi rezeki kain aku dengan lantai lah...dah lap-lap tempat tumpah tadi harap-harap x bau masyam la kat situ satg...huhu

Monday, July 11, 2011

mengganti puasa...

tu la masa bulan syawal x mo ganti siap-siap kan.. masa tu konon-konon masih awal lagi pastu bertangguh dan bertangguh sampai dah terberanak baru kecoh-kecoh posa blum berganti (ohh ni adalah sesi monolog dalaman edisi membebel buat diri sendiri...haha) semalam berjaya jugak mengganti puasa selepas bertangguh...tahun lepas kalau ikut x dak pun hari encik "p" menjengah tapi masa tu susu untuk syauqi sedikit mengecewakan...ye lah zaman kais pagi simpan untuk pagi esok...maka ada la 5 hari terpaksa berbuka jugak...

dan semalam dah lepas satu hari, ada lagi 4 hari masih on the way...err 4 hari kira tolak campur harap-harap janganlah kau gelong lagi encik "p"  kalau nak gelong pun lepas cukup ganti 4 hari tu kira orait la kan, kan...ni pun buat berselang hari...hari ni posa esok tidak, lusa posa balik...kira camtu la rutin sampai cukup 5 hari diganti...

buka posa buat menu ringkas ja...roti jala cicah gulai daging dengan batang pisang...siap ada mak buyung sanggup datang memalam demi nak makan roti jala...oppsss mak buyung mana?? tunggu confession tuan punya badan...sebelum tuan punya badan mengaku sendiri x mo lah makcik tolung mewar-warkan...nanti marah pulak kan