Friday, June 4, 2010

musim mengawan...ehh musim kenduri kawin

minggu depan dah start cuti sekolah kan dah start la kenduri2 semua even dekat nak last2 cuti sekolah nanti aku dah dapat jemputan untuk 12hb6 adalah 6 kalau x salah aku...kalau 6 tu kampung sebelah menyebelah aku memang x kesah tapi.... tu la satu kat sungai petani, 3 dekat kampung, lagi 2 luar kedah trus...dan hari tu adalah kenduri sepupu aku kawen kat kampung yang rumah dia memang kat depan rumah aku dan mak dia dah siap2 tempah laman rumah kat kampung tu nak buat khemah so memang aku rasa kenduri lain2 tu memang aku terpaksa la excuse kan diri...sooo sorry

dulu member aku yang memang mulut dia boleh tahan x dak insuran jugak penah kata "sekarang ni dah musim mengawan la kan" ciss perkataan mengawan tu memang bagi maksud len kat dalam kepala otak orang lain...ehh aku tak aku x layan kuning2 ni semua bajet innocent haha tapi tu la kan dah time cuti sekolah ja budak2 cuti...tu lagi satu aku confuse nape mesti tunggu time budak2 cuti baru nak buat kenduri bukan budak2 tu yang nak kawen pun...even budak2 tu pun x tau kawen tu apa...emo ckit sebab aku nak kena ambik cuti bila cuti sekolah sebab nak kena p kenduri...

aku x sure menu kat tempat lain macam mana tapi kalau kat kampung aku menu setiap kali kenduri adalah hampir sama gulai daging dan batang pisang, kerabu umbut nyior, ayam masak merah, daging masak hitam atau masak kurma, gulai ikan talang dengan nenas ataupun nangka...tapi feveret aku adalah gulai batang pisang dan kerabu umbut nyior...memang sedapppp bila dah keja kat sungai petani ada la aku attend kenduri staff seofis menu gulai batang pisang memang payah nak jumpa ke memang x penah jumpa...isk isk

maka azam aku sempena cuti sekolah ni adalah

saya nak makan gulai batang pisang sehingga memuaskan tekak saya


boleh???

footnote: result aku dijangka kuar minggu depan...berdebar2 jantungku ini

Thursday, June 3, 2010

penjaga syauqi

jangan x tau budak kecik tu pun ada penjaga sejak balik dari hospital memang setia menunggu kat tepi tilam, kalau time menangis dia yang kalut lebih, bila dah letak dalam buaian dia la yang tunggu kat bawah buaian, memang setia betullah

even masa lepas pantang, kan syauqi aku ngan encik somi bawak balik kelantan, mak cakap satu malam dia mencari mana syauqi, sampai mak kata malam tu pukul 4 pagi baru mak boleh tido sebab bising dia dok cari syauqi...last2 bila mak bagi baju busuk syauqi dekat dia yang ada bau syauqi baru dia diam...mencari anak dia yang hilang kot

skrang ni ingatkan dah jarang2 balik dia x mencari syauqi dah tapi balik baru2 ni dia masih setia menunggu syauqi siap tido kat tepi tilam lagi tunggu anak dia...setia sungguh dia jaga syauqi...korang nak tau sapa dia??

ni lah dia kitty nama dia berat pun nak sama naik dengan syauqi gak...maybe sebab kena cucuk x mo kasi beranak kot last timbang dalam 4kilo++ kalau aku x salah

memang setia dia menunggu syauqi..see kucing pun sayangkan anak biarpun bukan dia yang beranak tapi orang boleh plak buang anak yang dia sendiri beranak...memang lagi teruk dari haiwan

Wednesday, June 2, 2010

bunga pokok pam...

aku x tau orang lain penah tengok ke x tapi ni first time aku tengok ingatkan ada orang saja p cucuk kat situ tapi tu memang bunga dia memang pelik tapi betul2 punya...

dari jauh...nampak x kat dalam pasu tu kaler putih tu

ok kita close up sikit...nampak kan yang kaler putih tu

ni betul2 close up...bunga dia x de bau apa pun cuma bentuk macam ni ja...pelik kan pelik tapi benar...hehehehe

footnote: makcik memang jakun ckit kalau tengok benda pelik2