Saturday, March 16, 2013

kitchen timer free dari nestle

ni daftar hujung tahun lepas kot dekat facebook nestle semata-mata nak kitchen timer free...lama jugak kot tunggu sampaikan dah lupa dan rasa tak dapat dah...skali hujung minggu baru ni dapat bungkusan ni...suka-suka ^_^

sapa yang nak jugak boleh la daftar dekat facebook nestle, cuma isi nama, alamat pastu maklumat peribadi sikit untuk jadi ahli nestle...dulu ada jugak dapat sample free dari nestle..pun suka jugak, korang jangan lupa daftar jugak ok

p/s: ini bukanlah iklan tajaan dari nestle



Tuesday, March 5, 2013

trip pendek ke dbkl

bertolak hari ni dan InsyaAllah kalau tiada aral esok akan balik semula ke pangkal jalan..eh ke sungai petani..hihi trip untuk belajar cara-cara menguruskan krematorium atau bahasa biasa orang guna adalah kubur.. ^_^

dengan harapan lepas ni akan bekerja dengan lebih cemerlang dan terbilang...mudah-mudahan

Monday, March 4, 2013

random picture

ni gambar sebelum lebih lama tertunggak maka baik upload cepat-cepat...secara tiba-tiba rasa tak berapa nak seronok update guna ipad dan rasa lebih seronok guna laptop atau pc semula..dah hilan keterujaan menggodek ipad tu kot..hmmm

banyak gambar adalah aktiviti masak-memasak jua..setiap hari kena perah otak pikir menu nak memasak makan malam, kalau hari cuti merangkap brekpes, lunch dan makan malam..azam untuk tahun baru ni nak pastikan makan malam sebelum pukul lapan maka memang macam terkejar-kejar jugak la nak siapkan makan malam

gambar 1: sherperd pie tapi letak ayam maka harus panggil apa? belasah la nama sherperd pie jugak...syaza suka, syauqi pun suka cuma byk kentang tu jadi muak bila makan banyak-banyak




gambar 2:makaroni goreng, ayam bakar madu, sayur oregano.. syauqi makan makaroni saja, siap tambah makaroni, syaza main rasa serba sikit...maksudnya kurang berkenan la tu


gambar 3: ni masa musim petai tengah mewah...jadi la sambal ikan bilis petai ni..siap petai over dari ikan bilis...haha


gambar 4: hat ni memang syauqi suka siap tambah 3 kali...tapi si bapaknya syauqi kurang suka plak


gambar 5: ni memang lama-lama skali mesti buat cuma bila nak goyang tu bukan main berpeluh dan lama dekat dapur tapi bila time makan lagi cepat habis, syaza memang suka la yang ni


gambar 6: gambar adalah terbalik...haha first time guna kobis ungu tu tapi kekanak adalah jakun maka tak makan...sebelahnya ayam goreng gajus..ni pun over letak gajus kemain banyak...haha


tahun ni tak mau letak target dah nak try brapa resepi masak-memasak ni..kena lebih ikut pada kerajinan dan yang penting settle masak sebelum azan maghrib, dah azan siap-siap solat, makan dan dua orang kekanak tu boleh tido awal...supaya pagi-pagi mudah bangun dan tak meragam...setakat ni masih lagi berjaya ^_^

resepi lebih kepada encik google dan ejas sendiri...haha aku kan suka derhaka dekat resepi...suka-suka tukar mana-mana bahan yang aku tak jumpa tak pun malas nak beli..haha