selepas berapa hari dok teringin pastu barang beli siap2 tapi hasil x nampak2 kan sampai encik hubby dah perli2 bila nak siap trifle aku maka semalam dengan bantuan encik hubby siap jugak la trifle yang diidam-idamkan...lalala
Trifle
bahan-bahan
1 gulung swiss roll / kek coklat / kek buah (ni aku guna swiss roll chocolate)
1 tin fruit coktail (aku tukar guna nata de coco sebab x suka sgt fruit cocktail)
1 gelas susu cair
2 gelas air
1 sudu esen vanilla
3 sudu makan tepung kastad
2 – 3 sudu makan gula
1 kotal serbuk jeli berperisa strawberry (aku guna perisa blueberry...pun sedap jugak)
Caranya
1. potong kek dan susun dalam bekas...kena bg mampat2 ckit kek tu
2. Tapiskan nata de coco daripada airnya. Jiruskan air ke atas kek.(agak2 bagi kek basah dah ok la sebab air die kan manis)
3. tabur nata de coco atas kek.
Cara membuat kastard :-
1. Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air, esen vanilla. Kacau di atas api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat. (kena kacau selalu dan satu arah ja kacau tu...kalau x nanti berketul)
2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit. (tunggu la dalam 15 minit cam tu kalau x nnt x cukup keras dan campur dengan jeli)
Cara membuat Jeli (pz guna kristal jeli nona) :-
masak dengan 2 cawan air atau ikut sukatan label 400ml air dan kacau supaya tidak berketul. Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan………
ni masa tengah susun2 kek...encik hubby yang potong dan susun...aku jadi mandur...haha guna bekas dadih ni dapat dalam 20 bekas sekali buat
susun2 nata de coco plak sebab bekas comel je maka potong nata de coco tu jd 8 bhgn kecik2 baru nmpk comel2 ckit dalam bekas
ni lepas isi kastard...
ni plak step last isi jeli tapi sebab kastard x betul2 beku dah letak jeli panas tu maka ada setengah bekas jeli tu bercampur dengan kastard...rupa adalah sedikit tidak comel
ni bekas yang masih comel la...hehe
bila dah siap kita susun2 dalam peti ais bg sejuk supaya lebih sedap dimakan...hehe jemput2 semua
Thursday, January 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waaaaaaaaaaaaa..... naaaaaak... nampak sangat yummy. nak buat malas. tak reti pun ye jugak
ReplyDeletemai2 pz siap bwk ke ofis bg kengkawan sorang ckit
ReplyDeletebanyak nye triffle mama..nak sket..pos mai kl weh..cam byk nye bhan nk guna...hehe..nk torai buat tapi takot takde org makan plak :)
ReplyDeletekalau dah buat simple ja step dia...aku buat sebab laki aku suka, kalau aku makan 2,3 mulut ja
ReplyDeleterajennye buat satu2 dalam bekas dadih...
ReplyDeleteada 20bekas tu..meh bawak sini 5 :)
ReplyDeletejuelee: ni kes bekas dadih byk x guna...tunggu bln 4 nnt br guna blk...hehe
ReplyDeleteiydzar: dah selamat bg2 kat ofismate...kalau iydzar dekat blh gak bg...hehe