Showing posts with label perwakilan bank persatuan. Show all posts
Showing posts with label perwakilan bank persatuan. Show all posts

Monday, February 25, 2013

permulaan yang teruk tak semestinya gagal ^_^

hari sabtu pagi bangun dengan malas, dan bermalas-malasan pastu lapar nak tak nak masuk jugak dapur siapkan makan pagi...sesi makan macam biasa penuh sepah oleh kanak-kanak, lepas makan pun sesi biasa kanak-kanak main air di bilik air sambil kejap-kejap keluar sampai basah lantai rumah skali...mak dia plak siap-siap pegi mesyuarat bank persatuan...si bapak jadi mr mama mengasuh kanak-kanak dirumah

sampai di pintu pagar IKM cukup-cukup masa jam 10, maksudnya dah lambat..huhu parking plak tak ada plak, pusing-pusing cari parking sampai masuk ruang sempit yang muat-muat sebiji kereta dan didepan pun ada jugak kereta yang tengah cari parking dan nun dihadapan ada sebiji kereta dah halang jalan sebab nak angkut barang entah apa...10 minit berlalu masih lagi macam tu jugak...hilang sabar keluar tegur samaada lama lagi atau tidak, masuk balik kereta dan menunggu

selang 10 minit sama jugak makin menipis sabar dalam diri keluar lagi dan tegur..katanya dah nak sudah tapi aku kata la kalau undur kebelakang dan bagi kami-kami ni keluar dulu pun boleh kot..berjaya but kereta tu ubah kedudukan dan jalan keluar memang sempit..huhu parking jauh sangat dari dewan, masuk dewan selepas 30 minit majlis bermula..dan ke agenda ke 3 kot masa tu...dengar pengunguman tentang calon perwakilan diminta kehadapan lepas dipanggil nama...aku sekadar mencuba nasib masuk pencalonan dengan harapan kalau-kalau terpilih boleh ke mensyuarat agung dan dapat imbuhan lebih... ^_^

pertama kali kot masuk percalonan macam tu..debar usah cakap la pertama kali dan berdiri di depan orang asing yang penuh dewan..huhu tunggu keputusan pun sangat berdebar-debar sebab dari 56 percalonan cuma 30 akan terpilih, tapi dah nasib kot dapat jugak terpilih untuk nombor ke 26..

untuk yang hadir mesyuarat tu dapat RM50 bagi setiap yang hadir, berminat? boleh la masuk jadi ahli bank persatuan di cawangan berdekatan..ada dividen tahunan jugak

biarpun awalnya masuk lambat, kena cari parking jauh, jalan jauh tapi akhirnya dapat jugak jadi perwakilan ^_^