Friday, July 27, 2012

blur nak memasak

tiap-tiap hari mesti dok pikir-pikir nak masak apa untuk petang nanti...haha baru berapa hari berpuasa dah macam ni...masak pun harus ingat pada 2 kenit tu..kalau x kena selera depa mau jadi bahan balingan ja satg...juri paling dasyat kot komen cara kalau x berkenan kita baling ja...nasib si abang dah behave sikit masa makan dari si adik

setakat ni baru sekali kot pegi pasar ramadhan...haha konon azam nak memasak kan...selain dari masak untuk posa tu lebihkan untuk sahur sama..jimat masa sebab kalau lama sangat bangun untuk sahur akan ada peneman yang dok nangis-nangis satgi lepas tu makpak sudah sahur anak-anak melompat dengan gembira atas tilam, hilang cita-cita nak lelap sebelum pegi keja

tahun ni jugak berazam nak posa penuh...haha azam macam budak-budak yang kena upah sehari dapat singgit kalau posa penuh...bukan apa aku azam macam tu..sebab tahun lepas kena ganti 14 hari dek kerana implanon punya hal...tapi tu la kali terakhir pun cik P melawat aku...dah setahun x jumpa cik P....harap-harap sampai habis bulan posa la boleh la aku posa penuh tahun ni :)

dah pukul 2 dah ni...menu x muncul lagi ni...kalau ayam bakar madu, nasi putih sama sambal terung aci ka dak? leh syauqi makan banyak...feveret dia ayam tu...haha

Thursday, July 26, 2012

orang x ramai pun

tapi troli boleh x ada... ka sebab bulan posa malas nak kutip troli...sabar je la- lokasi : tesco sungai petani

nak iklan boleh tapi berpada-pada la

ni mula aku biarkan ja...mungkin terklik banyak kali jadi muncul macam banyak tapi still dok ada lagi...dah jadi annoying...please la boleh ampa nak iklankan barang hampa-hampa dok jual dekat blog orang tapi berpada-pada la...sampai dah penuh cbox aku tu...satg aku charge harga baru tau...

buat apa pun biar berpada..jangan sampai jadi bahan orang mengata dibulan posa ni...adat orang berniaga nak buat marketing tapi jangan sampai salah guna kemudahan orang bagi

kemas mengemas

biarpun katanya pindah secara rasmi lepas raya tapi hari ni dah prepare kemas-kemas, vakum karpet, lap cermin susun fail

nama ja gotong-royong tapi kenapa macam orang lain dok buat kerja dari tadi...haha

apapun tempat saya sudah bersih..lalala boleh duduk dengan selesa dah

Wednesday, July 25, 2012

tayar pecah

ni kejadian hari jumaat petang yang lepas tapi baru ada kekuatan nak bercerita...huhu ampun la gambar kemain lagi publish tapi cerita nan ado

aku masa tu on the way nak balik kuala nerang dari sungai petani, baru lepas RNR gurun dan dekat area bukit jenun tu ada bunyi kuat pastu macam keta goyang-goyang...masa tu terfikir apa jadi peluk syaza kuat-kuat

ambik masa dalam 5 minit jugak la untuk encik hubby keluar, kena tenangkan diri dulu..aku pun keluar jugak tengok nampak tayar belakang pecah, skirt ke bumper eh nama dia tu dah terkoyak plus cover lampu dah pecah jugak *hati pun rasa terkoyak masa tu...huhu

call abang aku kot-kot dia balik jugak tapi katanya tengah keja, call plus mintak bantuan, ada plan nak tukar sendiri tapi dua-dua laki bini x pandai...haha dok confuse nak putar kiri ka kanan

masuk balik lam keta x lama ada keta saga putih berenti belakang tanya apa masalah dengan keta, mintak jack apa semua nak tukar, dalam brapa saat ja dia longgarkan nat yang tadi kami dok confuse kiri ka kanan tu, elok dah longgar nat tu x sempat nak jack trus peronda plus sampai...orang tadi trus masuk keta dan blah

plus kata ada eksiden sebelum sampai alor star selatan dan depa nak p tengok sana dulu, dia buh kon belakang dan katanya try la tukar dulu kalau x berjaya gak japg dia datang balik

rasa nasib baik tadi keta putih tu kan dah longgarkan nat tu tinggal nak jack dengan tukar tayar ja... tu pun dok confuse gak kiri ke kanan...haha first experience ni encik hubby tukar sendiri, nasib jugak hari masih cerah, tukar tayar pastu gerak slow-slow, masa sampai dekat dengan alor star selatan nampak peronda plus ada lagi situ x sudah lagi, time nak angkat tayar yang pecah tu ke bonet, jari encik hubby luka sikit terkena dawai-dawai dekat tayar tu

besoknya cari kedai tukarkan tayar dua-dua belakang kos dalam rm300, cari kedai check arm kereta yang sebelah belakang sebab tayar tu haus sebelah dalam saja, punca boleh meletup tu, dia ketuk-ketuk arm tu tapi x mau duit, pastu tukar skirt skali cat dalam RM350, cover lampu x tukar lagi tapi kos dalam rm200++ gak la, alignment dengan chamber dalam rm42..huhu hutang dengan mak rm650 jugak tu

tapi apapun nasib baik x jadi apa-apa dekat kami berempat cuma kena keluar duit repair kereta ja

Tuesday, July 24, 2012

payday

maka kena mula buat list bayar hutang-hutang...list shopping raya..list makanan bulan posa *azam nak kurangkan singgah bazar tahun ni, setakat ni baru sekali ja pegi :)

masuk banyak sekian-sekian jangan yang keluar jap lagi negative sudah la..boleh dah ni survey baju raya dekat bawah ofis ni...lalala