Sunday, June 17, 2012

training mentidokan anak2 dan potty training

ni selepas beberapa hari rasanya dah makin regular masa untuk tido depa cumanya drama waktu sebelum tido masih lagi berlansung, biarpun waktu drama dah makin berkurangan tapi tetap ada drama...sorang nak chichin(read:kencing), ibi(read:tv) dan sorang lagi menangis dalam bahasa dia yang aku pun x leh nak translate dia nak apa...dan aku suspek lagi sorang tu nak peluk-peluk sambil bergayut dekat nenen dia macam selalu...

dan bila aku duduk tunggu kat situ sementara dua-dua lelapkan mata sebenarnya drama air mata tu akan berlansung kurang dari 5 minit atau lagi kurang sebenarnya...saja nak drama-drama jugak kan? kan? cuma rasa macam syaza akan ambik masa lagi lama dari syauqi kot sebab lepas 2,3 jam tido mesti terjaga dan nangis, kalau x layan datang tido atas aku ataupun tengah-tengah antara mak dengan pak dia...kata hat kecik skali kan, manja lebih la sikit

potty training plak rasa macam kagum la jugak dengan pencapaian 3 hari ni...boleh ka buat feeling lagu tu..bukan apa sebelum ni selang 15 minit mesti aku kena dok lap lantai...ni dalam 3 jam gak la, then dia habaq nak kencing ka apa...cuma berak memang masih fail..dah kantoi sikit baru bgtau...tapi kira ada improvement la jugak...sok pagi kena bangun awal la aku supaya sempat mandikan depa dan hantar syauqi ke rumah pengasuh diaperless...(wah berangan la kau pz nak bangun awal...huhu) biarpun hari first ada la 3 kali adegan lap lantai, hari second basuh cadar ngan selimut..hari ni tukar syif bapak dia lap lantai dengan kerusi...hihi tapi harap-harap sebelum besday dia yang 3 sempat la bagi dia x pakai pampers trus dah

p/s: 3 hari cuti dah rasa cam mahu sambung lagi cuti...huhu


Friday, June 15, 2012

3 hari cuti

biarpun semenjak 2 menjak ni aku rasa macam kelibat aku adalah sangat kurang dekat ofis...tapi bila dapat cuti umum tambah sehari ahad ni jadi 3 hari cuti tetapla rasa excited...haha boleh dak lagu tu...tapi since tengah-tengah bulan yang mana expenses bulan ni agak la banyak maka dah jadi miskin sebelum gaji dan simpan la semua harapan nak pegi kemana-mana...huhu cuti 3 hari pun kita duduk rumah je la ye

tapi bila fikir dari sudut yang positif..eceh ni ayat mengubat hati sendiri la ni...sebab dah brapa kali wiken aku x lekat dirumah...berjalan ja kan x pa la wiken ni 3 hari pun kita duduk rumah je la..kemas rumah, siapkan esemen, study, dann ajar syauqi potty training...hihi

hari ni macam ok la training dia, bab nak kencing boleh ja dia cakap tapi buang air besar 3 kali membuang 3 kali jugak terbabas...huhu redha je la lap lantai hari ni...bersih la lantai aku 2,3 hari ni...badan masih lagi suam-suam dengan kurang selera makan, banyak minum air ja, susu pun x brapa nak laku hari ni

petang tadi pengasuh dia buat surprise datang tengok syauqi...risau kot sebab kemarin aku ambik awal dah demam panas sangat...merengek pun banyak jugak...maka hari ni since dia x jadi balik kampung datang la tengok anak bujang tu...dulu pantang ibu datang mesti nak ikut balik tapi hari ni kemain lagi x mau ikut...

p/s: duit refund aku dari lazada yang kemain gah masih lagi x dapat..konon janji 8-10 hari...ni hari ke 11 dah..email pun x berjawab dah...kemain lagi gah nama company service adalah hampeh

Thursday, June 14, 2012

musim demam

mula dengan si syaza yang x dak pasai tiba-tiba badan panas dan demam...bagi ubat dalam turutan 3 kali trus lega demam tu...dan lepas tu anak si pengasuh plak si damia ambik turn selepas si syaza..dan esoknya lega jugak, dah damia sihat syauqi plak ambik turn tu...tapi rupanya si syauqi adalah tahap merengek lagi dasyat dari syaza...sebab syaza badan panas tu bila bagi ubat sekejap ja dah kebah, tapi syauqi peluh tu peluh tapi dok suam-suam macam tu jugak

besar la harapan aku supaya esok dah kebah demam dia...sebab biasa yang dok melasak dalam rumah ni adalah dia...bila dia dok x aktif dan merengek macam susah hati plak...huhu selain dari masa ni la adik ambik kesempatan buli balik...abang dok baring dia dengan sengajanya bawak mainan ka botol susu p ketuk kepala si abang..si abang sebab x larat menjerit dan menangis je la...adik plak gelak mengekeh suka hati

kalau esok dah sihat boleh la buat aktiviti tertangguh yang sampai la ni x berjaya lagi yakni potty training dia...sebab sampai ahad ni aku cuti dapat la 3 hari training...lama sangat tertangguh...jeles dekat ofismate aku yang anak dia sebaya syauqi jugak boleh tiba-tiba x mau sendiri pakai pampers dan bila nak kencing atau berak dia akan cakap...

p/s: kanak-kanak ni sentiasa ja ada benda yang akan buat kita kagum...

Wednesday, June 13, 2012

hari ke 3: tangisan yang meruntun jiwa?

semalam adalah hari ketiga training budak berdua tu tido sendiri...syauqi pun termasuk la kot sebab sebelum ni rupanya adalah salah cara yang aku buat...sebab biasa sebelum tido mesti bagi dia minum susu sampai tertido, kalau baru lepas ja minum susu mesti isi air dalam botol kasi hisap sampai tertido jugak

maka semalam adalah acara menangis mendayu-dayu aka merayu-rayu jugak mintak susu, x dapat susu tukar plak nak air dalam botol, nangis tahap air mata menjurai-jurai, then tukar lagi nak selimut, padahal boleh ja dia selimut badan dia sendiri, then dah selimut nak tepuk-tepuk suh dodoikan dia...ada la dalam sejam lebih gak nangis-nangis ni...huhu

encik hubby dok main game sambil dok tanya nak biar ka anak dok nangis tu...tu dia mula la x sampai hati dia tu kan...aku plak edisi mak tiri trus jawab laju-laju jawab biar ja...lepas sejam edisi menangis sampai adik dia pun terjaga sama masuk balik dalam bilik tengok dua-dua dah terbongkang...hihi moga malam akan datang lebih mudah

syaza dari malam semalam adalah mudah, bagi nenen seround dua dah kenyang bawak masuk bilik, bagi bantal peluk angry bird tu golek-golek dalam brapa minit dah terlena...mudah la plak anak dara tu..harap-harap malam seterusnya pun macam tu jugak, cuma masa edisi abang dia mendayu-dayu tu dia pun terjaga tapi x bangun pun dari tempat dia..cuma tengok ja abang dok menangis tu, badan jugak sudah x panas, harap-harap jangan la demam balik...susah hati mak dia nak keja..huhu demam x ada sign tiba-tiba badan panas then hari ni dah ilang macam tu saja

malam ni adalah malam ke 4 untuk sesi training tido ni...harap-harap dari sejam lebih tu berkurang atau lagi cepat proses dia...harap-harap la...huhu

p/s: korang ada tips lebih mudah ka nak mentidokan anak ni..aku takat cikgu dari youtube je la

Tuesday, June 12, 2012

manisnya senyumanmu

hari ni melayan kenit ni...bila badan dah x panas jadi galak la plak...tanya apa pun senyum...panjat kerusi senyum, berak pun senyum!! tanya la apa saja dibalas dengan senyum...bila senyum nampak plak 6 batang gigi...buat mak dia geram ja


model iklan ubat gigi sesuai dak ni...hihi

parenting study...

wah dah jadi mak-mak kan maka kena la study sikit nak besarkan anak ni..saya kan mak budak baru belajar...since semalam dok layan you tube pasal cara nak tidokan anak, nak wean offkan susu malam-malam...feeling mat saleh plak...haha

dan hari ni aku el kerana si kecit debab tu tiba-tiba demam...reason demam? aku pn x tau...tapi dah bagi mandi, makan ubat dan tido..harap-harap kebah la jap lagi...dan since dah el plus aku posa ganti hari ni...x yah susah-susah nak masak memasak...leh sambung study you tube lagi...haha

just sharing antara video yang aku tengok..yang aku rasa macam boleh eh buat lagu tu...agak kejam tapi dalam masa seminggu ikut kata nanny tu akan berkesan...janji rutin yang sama diwaktu sama setiap malam..perlu tegas dan waktu sama tunjukkan kasih sayang...





some info jugak dari cni