Thursday, December 15, 2011

tocang yang mama dia dah lama teringin..haha

tengok tengok biarpun secoet..haha lama ni teringin nak buat
see see...mak dia ciwi lebih..tapi x tahan lama sebab si abang pegi tarik sebab nak letak kat kepala sendiri

Tuesday, December 13, 2011

lambatnya minggu depan

keja aku skang ni dok kira hari bila nak minggu depan..hahaha sungguh la x sabar sebab minggu depan gaji kan..tambah skali bonus sebulan gaji..maybe untuk setengah orang apa la sangat setengah bulan..tapi bagi aku banyak wei..list nak spend lebih banyak dari list duit nak dapat...hahaha nak beli apa? haha silap-silap nanti en hubby suh simpan buat bayar yuran sem depan..melopong je kan..sebab duit tabungan dah zero..hidup dah kais-kais macam ayam dah..huhu

tahun depan jugak katanya dapat skim baru dan gaji baru..wah lagi satu berita gembira tapi apapun aku kira sebagai rezeki anak..dan kalau diizinkan boleh la encik hubby plak sambung belajar..sama-sama berjuang nak dapatkan degree..hihi selagi otak boleh mengingat dan masih larat baikla sambung, karang dah lama x belajar otak makin tepu susah la pulak kan

tahun depan jugak kalau betul jadi kena la bertugas sebagai petugas spr..apa tu spr? ala suruhan jaya pilihan raya tu..hihi kalau diikutkan kalau jadi kali ni kira yang kedua la..dulu first masa tahun 2008, jadi pun last minit nama naik..kalut-kalut study buku spr, nasib la masa hari mengundi tu x buat salah..besar tu tanggungjawab, balik rumah trus zzz letih wei, bangun kul 5 sebab pegi ambik peti ngan kul 7 hantar balik peti...penat tapi menarik..harap-harap kali ni pun sama jugak.. apa peranan aku kat hari mengundi tu nanti?? tu biar orang yang pegi mengundi kat saluran aku je yang tau.hihi x leh cerita lebih-lebih..sulit sikit kan

hari ni rasa lebih lapang dalam kepala sebab assignment sudah settle, pjj pun penuh onak ranjau jugak..nasib la dalam dok onak ranjau tu kira-kira balik sudah 2 tahun setengah kan...x lama dah

balik pada point asal..haha suka sangat melalut kan..pada yang penjawat awam cam aku..sama-samalah kita tunggu minggu depan..gaji gaji oh gaji

Monday, December 12, 2011

hari minggu ku..

tengok je tajuk dah x suspen kan..ape la sangat ceritera di hari minggu ni kan..haha ni sebab dah buntu nak mencarikan tajuk yang debomb..maka lantak la tajuk macam tu pun..haha

hari minggu macam biasa la travel balik kampung hantar si syauqi duduk dengan tok, then makpak dia pegi puncak alam bawak si syaza sebab mak dia nak masuk kelas..haha sungguh la x suspen

nape yek makin lama ambik degree ni makin la rasa serabut hidupku ini..dulu rasa macam boleh ligan dah..ni macam makin jauh x terkejar dah ni..huhu sungguh bila serabut dah terlintas dalam ati nak quit..tapi sungguh la a big no no..dah semester 8 ni lagi sikit ja lagi nak sampai ke semester 11..tapi 3 takuk tu banyak la jugak..huhu

x pe tinggal nak catch up untuk subjek yang ada final ja nih..(ayat motivasi untuk diri sendiri)

Sunday, December 4, 2011

hutang x sudah-sudah


sepertikan gambar diatas..haha keja aku dimasa lapang adalah check bila nak surut utang ptptn ni..haha nasib la loan keta ngan rumah x bleh buat gini, kalau x tiap-tiap hari nak check jugak bila nak surut...selain daripada bila tengok bolehla berangan bila nak settlekan, nak cepatkan habis..haha angan yang x sudah

rasa semua yang sambung belajar mesti buat loan ptptn ni kan..aku buat loan ni masa zaman diploma dulu..habis blajar tahun 2007 dan start bayar 2008 sampai skang...ambik plak kadar progresif..adoi la lambat sungguh nak settle, 3 tahun lebih bayar baru turun banyak ni..encik hubby bagi suggestion buat personal loan settlekan untuk 2 orang trus, ye la kami dua-dua pinjam dekat ptptn, sorang caj perkhidmatan katakan rm30 kalau dua orang dah rm60, kalau wat satu personal loan settlekan dua-dua baru satu interest ja..kan kan tapi kena la tunggu pendapatan untuk tahun depan plak..tahun ni bajet macam dah ciput ja lagipun dah nak ujung tahun ni

yang pasal ujrah tu..pikir tolak tambah darab bahagi semua last-last aku x buat..haha x suka la benda-benda nak tolak gaji ni..loan keta, rumah ngan personal loan pun aku pilih yang x tolak gaji..nampak bersih ja slip gaji aku..haha memang la dia cakap x kan tolak gaji tapi dalam ujrah dia kata akan tolak gaji, siap suh sign kebenaran tolak gaji lagi..sesuatu yang x pasti..x mo la, kalau tidak katakan la tidak, baik bayar cam sekarang ja

ohh baru ni dapat plak mesej suh bayar konsisten..chaitt dah orang bayar pun masih mau berkira ka? tu p la tuntut yang x bayar lansung tu..sungguh la ptptn dah terdesak sekarang ni dalam hal menuntut hutang..

x pe la lagi x settle tiap-tiap hari jenguk page ni..haha sambil berangan bila nak habis bayaq..haha

Saturday, December 3, 2011

semangat join contest x habis lg

 tak habis-habis lagi nak join contest kan...kalau x menang pun x apalah janji hati senang..haha ni buka blog kengkawan tengok ada lagi contest maka rasa di hati nak cuba jugak join..hihi korang tulong eh like dekat aku..leh jugak merasa gps free...nak join pun buleh jugak...marilah kita bersaing secara sihat...hihi

nak tulong like tu boleh tekat dekat cni ya.. shell gps giveaway

Friday, December 2, 2011

mari menanam dengan penuh kasih sayang

sempena aku beli cabai rm0.50sen sebijik kan..trus insaf...nak tanam sendiri...kalau jadi ok la jimat duit beli cabai pasni...kalau jadi jugak tapi x makan boleh ja sedekah rumah jiran angan-angan x agak-agak
try semai dalam pasu kecik ni dulu..kalau jadi baru transfer pasu besar..ni mudah nak siram, letak pun tepi tingkap ja
kasi close up...baru kuarkan akar..