Wednesday, August 24, 2011

berbuka puasa park avenue

hari tu aku ada cakap pasal aku g buka puasa dekat park avenue tu cam...haha lambat gila nak letak review...sebabnya cam kalet-kalut hari maka gambar makanan memang la yilek ada pun gambar kitorang je posing-posing...haha tapi untuk review boleh aku kata makanan situ biasa-biasa saja...x lah sedap sangat tapi x lah teruk sangat...ala biasa ja

aku sampai dekat hotel tu kul 7 lebih dah...kata dekat dengan rumah kan...maka konon keluar lambat pun x apa la skaliii haha elok-elok ambik nasi, ambik dessert, ambik buat tengah dok cedok kerabu dah azan...haha nasib sebelah meja kerabu tu ada kurma capai la sorang satu makan kurma dulu...pastu baru gagau nak cari air...haha air pun semua berais sebab time tu x nampak ada gerai teh tarik...dah habis makan nasi baru g ambik teh tarik plak...

gerai situ macam banyak gak la ada gerai murtabak, gerai ayam bakar, gerai teh tarik, gerai minuman..lagi satu gerai aku x tau sebab x g belek sangat pun...p pun berdua sebab anak-anak x bawak...yelah aku nak g makan ke nak g main kejar-kejar karang aku kenyang main kejar-kejar ngan hero tu ja...tengok tangga park avenue tu pun dah terbayang syauqi dok panjat-panjat situ...haha tengok la tahun depan bila dah behave sikit boleh la buka puasa berempat kat luar plak...hihi

us...huhu aku x faham napa la lampu dia bagi effect oren gitu
mereka...peace
mereka lagi
bapa tiba-tiba terangkat...ni anak mereka no 3 gambar td
booth teh tarik...sedapp
kudapan telinga
mereka lagi
booth murtabak...

aktiviti sebelum raya - handmade headband

kemarin dok chat-chat ngan pn fiszah kat yahoo sekali kuarlah topik pasal headband...kat cni cam payah cikit nak cari headband yang comel-comel dan kaler yang lain dari biasa...kalau ada pun cuma pink, hijau muda putih, ulang balik pink, hijau muda, putih gitu je lah ulangan dia...huhu tensen hati ni...kan dah kata tema adalah hitam merah, abis kalau dah pink, hijau muda ngan putih mana nak masuk dalam tema itu kan...huhu

maka pn fiszah bagi la cadangan "eh apa kata buat ja sendiri, bukan payah pun senang ja" lebih kurang macam tu la ayat dia...hehe baru cam terfikir ha ah kan try je la buat sendiri...trus semangat ko...haha kita tunggu sampai bila semangat ni akan bertahan...hahaha petang kemarin jugak dengan semangatnya singgah kedai embroidery dekat petani jaya sebab nak beli bahan-bahan nak buat headband...total spend kemarin adalah RM4.90 dan pagi ni member seofis kasi reben lagi tambah ngan kain untuk jadi headband...alah skaf rambut tu...leh ja oter sikit-sikit tambah riben cikit dah rupa headband kan...

semalam dok perusah menatang tu jadi la satu...dan dah test kat syaza (baca sebagai yaya panggilan dari syauqi untuk adik dia...hehe) sedang elok je terletak kat kepala...korang nak tengok ke headband tu???
tada...kira ok la kan untuk saya yang beginner ni..pasni leh buat oter bg lebih cantik lg...simple step ja dan x ambik masa pun nak siap....okeh sapa ada anak gegurl...plan konon rajinkan diri kasik hadiah kat anak orang...haha

Tuesday, August 23, 2011

lagi 2 hari ja lagi...

dah x lama dah nak cuti raya ni...haha biarpun kampung cuma secuit ja dalam kedah ni jugak tapi....hati ni macam dah kat kampung nun haa...dah start bercuti dah...feeling-feeling kalau boleh nak dah cuti dari hari ni...tapiiii sedarlah cuti aku tinggal seciput dah...tolak cuti raya 3 hari kali ni tinggal 2 hari ja belen...pasni anak sakit ke mak malas nak keja ka kena la tolak dari ot...

okeh bulan depan kena lebih rajin buat ot...demi nak mengganti dengan cuti...huhu

Sunday, August 21, 2011

berbuka hari ni..park avenue hotel

hari ni saya akan ke sini untuk berbuka puasa...park avenue hotel...buffet cni kira antara termurah kot dekat sungai petani ni...RM39 per head tapi sebab buka ramai-ramai dapat lah RM36 per head kira ok la tu...review makanan dia karang la acik cerita ya...ni first time kot ku jejak kaki ke situ untuk buka puasa...time lain nak check hotel untuk star rating tu cerita lain la kan...harap-harap makanan dia ok lah...boleh lawan ke x ek dengan cinta sayang resort?? kita tunggu

semester baru

wah cuti lama konon nak berehat pun lama...tapi awat aku rasa cam kejap ja ntah...pejam celik pejam celik dah start daftar subjek untuk semester baru pastu bulan 9 karang dah start masuk kelas balik...subjek pun dah siap daftar harap-harap semester depan boleh lagi score macam sem lepas...biarpun bukan 4 flat dapat 3 flat ke atas dah kira hebat dah...sebab target aku biarlah grad dengan pointer 3 ke atas...

sebelum ni dah repeat satu paper...sebab target nak cepat habis tapi bila fikir-fikir balik x guna gak cepat habis tapi pointer teruk...maka buat solution subjek yang ada final exam aku ambik x lebih dari 3 subjek...yang x dak final boleh la ambik lebih...sem lepas cuma 3 subjek yang ada final exam aku ambik...alhamdulillah boleh la pass dengan senyuman...hihi maka sem ni nak buat lagi macam tu

orang lain nak ambik banyak tu cerita lain la kan...dah sedar dengan kudrat diri...mana nak study, nak keja, nak uruskan hal-hal kat rumah lagi...maka ambik takat termampu...orang lain grad awal pun x pe la...ku pilih yang slow tapi selamat...anak sudah 2 kerja pun makin la double kat rumah tu...ayat pasrah

Monday, August 15, 2011

scary

hari khamis malam hari tu dapat call dari mak kat kampung kata ada orang bunuh orang...yang membunuh tu aku x kenal sangat tapi yang mangsa bunuh tu memang kenal la sebab kawan arwah abah...kesian dekat arwah sebab kena bunuh oleh anak sendiri...cam scary je skang ni orang bunuh orang...huhu dah tu kat kampung aku plak tu...lagi la scary...dah la ada dah orang gila pompuan dok berkeliaran ni orang gila bunuh orang plak...

semalam pagi dapat call dari mak kata orang ni dah kena tangkap...alhamdulillah sebelum tu kampung aku tuh dah jadi macam kawasan darurat ja...kedai banyak tutup, orang x brani pegi menoreh getah...motosikal pun dah x lalu lalang depan rumah...ye lah orang bunuh orang kan, dah tu bawak lari parang yang guna untuk bunuh bapak dia tu plak...memang scary...dah la hutan dia lari tu boleh sambung ke rumah-rumah orang lain jugak...kampung kan mana la nak ada pagar-pagar ni sangat....


Suspek bunuh bapa ditahan

KUALA NERANG: Selepas lebih 48 jam menyembunyikan diri, suspek yang menetak bapa kandungnya hingga mati dengan parang ditahan ketika asyik menonton televisyen di rumah keluarganya di Kampung Pasir Puteh, Mukim Tualak, di sini, semalam.
Lelaki berambut panjang berusia 33 tahun itu pulang ke rumahnya kira-kira jam 1.45 pagi dipercayai akibat kelaparan, bagaimanapun tiada ahli keluarga ketika itu kerana berada di rumah saudara mereka.

Difahamkan, tindakan suspek membuka lampu rumah dan menonton televisyen disedari beberapa jiran dan adik iparnya, Mohd Nazrin Zainol, 32, yang membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamid, berkata ketika diserbu suspek tidak berbaju dan berseluar panjang tergamam dengan kehadiran anggota polis serta tidak sempat melarikan diri. “Ketika ditangkap, dia tidak bersenjata dan berehat sambil menonton televisyen di rumahnya. Ketika itu, dia terkejut mendapati anggota kami memasuki rumah berkenaan dan cuba melawan, namun gagal melepaskan diri. “Sebelum itu, kami mengepung rumah berkenaan bagi mengelak mangsa meloloskan diri. Apabila mendapati pintu rumah itu tidak berkunci salah seorang anggota menghendap mangsa dan menyerbunya pada masa sesuai,” katanya.
Ku Yaacob berkata, polis juga tidak menemui parang digunakan dalam kejadian dan ketika ditanya mengenai senjata itu, suspek hanya mengatakan dia tidak tahu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek ditahan reman sehingga 20 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam Khamis lalu, suspek menetak bapa kandungnya hingga mati selain mencederakan ibunya dengan parang selepas ditegur ketika keluarga berkenaan menunggu berbuka puasa.

Dalam kejadian itu, bapa suspek, Saman Siron, 65, ditetak di kepala, kedua-dua belah tangan serta putus kaki pada buku lali kanan manakala ibunya, Hasnah Abdul Majid, 51, cedera di belakang kepala.