Thursday, August 11, 2011

kabinet dapur baru

dah seminggu siap baru dan nak update dekat blog...ye lah sibuk ngan aktiviti ntah apa-apa...skang ni plak bila malam memang x sempat...rutin lepas buka puasa dah nak mandikan syaza, tidokan dia, pastu sambung basuh pinggan, susun susu syaza untuk esok, update stok susu, siapkan susu syauqi, dan mata pun dah kuyu-kuyu trus nak rehat...sedang elok ja siap semua tu dan dekat kul sepuluh...kalau sempat sikit boleh la lipat baju ngan kemas rumah sikit-sikit

ohh kabinet ni betul-betul siap dan boleh pakai hari sabtu lepas...sebelum tu lain-lain tu semua dah siap cuma belum sambung gas ke cooker hod...ye lah dah banyak kali delay...tunggu la korang bila aku cuti baru boleh nak masuk dalam rumah...nasib la dapur ni wet kitchen dah asing dengan dry kitchen dan boleh kunci pintu sambungan tu...maksudnya bila derang datang buat keja tapi masa tu aku plak pegi keja boleh la kunci ja pintu tengah dan buka pintu belakang tinggal kasi derang masuk


ni adalah sebelum pasang kabinet...barang cam bersepah x ada tempat nak letak...nasib la dapat rezeki bawak kuar duit kwsp lepas dah sah jawatan...boleh la pasang kabinet dapur untuk susun barang dengan lebih cantik dan kemas...hihi
ni plak lepas dah siap..ohh peti ais ni memang yang asal cuma pindahkan dia letak kat dapur supaya lebih senang nak ambik barang bila nak masak...dan memang pun senang nak ambik barang dan simpan barang time masak memasak...habit dah kot bila masak mesti sambil mengemas dan basuh pinggan...senang nak jimatkan masa
ni plak belah tepi letak sinki yang dua tu...ok la ni sebelum angkut barang masuk sini...skang cam semak balik...hehe sebab rak untuk letak pinggan yang baru basuh belum beli lagi...oven tu pun dah rasmi hari tu buat ayam bakar...tapi guna oven kecik ke besar tetap lah sama ja rasa dia...cuma lebih cantik oven pasang kat dalam ni...sanggup pegi survey 6 kedai untuk cari oven dengan harga yang berkenan di hati...hihi

en hubby plak sebab dah beli oven baru tuh dan dan suh aku buat kuih raya sendiri...tengok la pada keadaan nanti...hari-hari bekerja ni memang flat la nak tambah masa malam-malam plak nak menguli tepung ni...kena tengok hari cuti plak

semalam dah pegi pasar ramadhan buat pertama kalinya untuk membeli juadah sebab teringin nak makan tepung pelita...tapi x pandai buat kena la beli...tapi bukan tepung pelita ja beli bila pegi ni macam-macam teringin lepas tu nasib la nasi lemak semalam buat sendiri

Wednesday, August 10, 2011

sekadar peringatan

lepas ni kalau sapa-sapa yang pegi beli makanan kat pasar ramadhan tu berhati-hati lah...sakit ni bukan leh buat main memang boleh bawak maut bila lambat dapat rawatan...pada peniaga plak..lepas ni kalau kena kompaun sebab x ada kad suntikan or x jaga kebersihan terima la dengan hati terbuka...kami hanyalah menjalankan tugas..buat kengkawan seangkatan selamat bertugas la...kena buat rectal swab la korang...huhu dugaan di bulan posa oh boleh buat modal aku petang karang masa check pasar ramadhan...hehe



Murid mati makan juadah berbuka

Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

sumber: berita harian

Tuesday, August 9, 2011

KLCC BREASTFEEDING FLASH MOB 2011



semoga selepas ini semua ibu-ibu dapat memperjuangkan hak untuk menyusukan anak-anak dengan susu ibu dan di mana saja tanpa pandangan sinis dan teguran tajam...jangan nafikan hak anak-anak

alhamdulillah..

semalam dapat call dari teman cakap dapat bonus setengah bulan gaji or minimum rm500...ohh dan dan excited...nak plak time tu tengah weng weng lagi otak selepas adegan kejar mengejar dengan masa dengan petang tu kena marah ngan public sebab aku kompaun dia...suka makcik nak... :) bagi aku cam alhamdulillah...jadi la kan dapat jugak duit untuk beraya...tengok ramai gak komplen kenapa dapat cuma separuh dan bukan penuh tapi kena la ingat tu pun dapat jugak...kalau x dapat lansung??

kiranya apapun aku tetaplah bersyukur...rezeki untuk aku dan sefamili...boleh la buat duit raya dengan shopping raya..hehe

Sunday, August 7, 2011

dah masuk hari ketujuh rupanya..

selepas pejam celik pejam celik tu kan...tengok-tengok ehh dah hari ketujuh rupanya...heee hal-hal lain macam x dak masalah sangat bagi aku sepanjang berpuasa ni...ye lah orang sahur aku pun bangun sahur, orang buka posa aku pun buka posa dannnn orang x lunch tapi aku lunch...huhu penat la acik nak mengganti sok...pasrah je lah dengan dugaan ini...jeles tau tengok orang posa x selang-selang lagi ni...aku kejap-kejap menogok air je lah...harap-harap esok-esok dah boleh posa semula...

lagi satu masalah bila posa ni adalah nak memasak masa nak berbuka...time sahur cam ok g tapi bila berbuka macam masalah besar la sangat kan...menu sepanjang 7 hari pun macam comel la lagi
hari first-nasi tomato ngan ayam masak merah
hari kedua-nasi putih ngan buncis goreng ngan ayam goreng
hari ketiga-roti jala ngan gulai ayam
hari keempat - soto ayam
hari kelima - nasi ayam ngan ayam bakar madu
hari keenam - chicken chop yang x berapa nak chop sebab kuah x jadi
hari ketujuh- ohh cam masalah besar ape lah aku nak masak hari ni...kalau wat nasi goreng je boleh dak?

ni baru tujuh hari makcik pizet ooii ada g 22 hari lagi nak harung...moga-moga idea tu teruslah ada untuk nak habis bulan posa ni...bulan posa kan cuma sebulan je lam setahun...musim nak merajinkan diri masuk dapur katanya...bagi diri aku la

aku x de la nak post gambar makanan...dah masak pun ala kadar...maka tunggu ala kadar rajin jugak la nak ambik gambar...tu pun kalau budak-budak tu x buat hal...ni buka posa pun macam nak pegi berperang...huhu ehh baru dua orang dah banyak komplen kan belum lagi bertambah-tambah bilangan tu..korang camna plak bulan posa ni?

wordless sunday

pengunjung kecil di bilik aku...burung walit err nak mintak lesen jugak ke?