biasa susu syaza ada dalam dua bekas yang berbeza
ni dalam bekas plastik yang aku simpan untuk dibekukan...sangatlah menjimatkan ruang dan boleh simpan lagi banyak susu dalam peti ais tu...biasa malam2 lepas susun-susun botol dan basuh-basuh botol semua aku akan ambik 2 plastik beg ni dari ruangan beku dan letak kat belah bawah peti ais untuk dicairkan...kebiasaannya pagi-pagi tu memang total mencairlah susu ni (perlu diingat susu beku yang dah dicairkan perlu diberi pada baby dalam tempoh 24 selepas cair)
kadang-kadang ada jugak hari yang aku terlupa nak cairkan waktu malam maka pagi-pagi tu aku just rendam bekas plastik ni dalam bekas berisi air dan by the time aku dah siap-siap tu susu ni pun dah mencair sepenuhnya
dah tu masukkan plak dalam botol untuk dihantar kerumah pengasuh...dulu aku gunting bahagian atas plastik ni tapi skang dah malas, aku cuma buka dan tuang ja...
ni plak susu dari hari perahan sebelumnya...yang tidak dibekukan...kalau sebelum aku cuma bekalkan 3 bekas dari hasil perahan sebelumnya tapi kali ni aku bg 4 bekas..ohh yaa total setiap bekas adalah 3oz, kiranya yang simpan dalam tempat beku pun aku buat siap-siap 3oz dan yang nak hantar pengasuh pun 3oz...tapi kalau ada lebih 1oz ke aku cuma bahagikan dalam botol-botol ni sebab x mau semakkan freezer
ok dah siap masuk botol semua susu-susu tu kena la labelkan...ni untuk mudahkan pengasuh bagi susu kat syaza ikut turutan...
no 1 - susu hasil perahan semalam
no 2 dan 3 - susu beku yang dah dicairkan
no 4, 5 dan 6 - susu hasil dari perahan semalam
reason buat macam tu sebab awal pagi aku nak bagi syaza rasa susu baru diperah, susu no 2 & 3 hasil susu beku yang dah dicairkan sebab susu tu kalau x guna dah x boleh simpan balik semula dan susu no 4,5 dan 6 susu hasil perahan semalam sebab kalau syaza x minum boleh la simpan balik untuk kegunaan hari lain
ni plak lepas dah label kita susun-susun dalam tote bag untuk hantar rumah pengasuh...dulu masa x ada tote bag kena la kuarkan susu last skali lepas dah panas enjin keta dah barang-barang lain ngan bb dah masuk lam keta...skang ni sambil simpan barang boleh skali siapkan susu ni...jimat ckit masa aku
dah lepas susun tu tambah lagi ice pack untuk mentenkan suhu sejuk dia...aku guna brand coleman yang beli masa zaman syauqi dulu...tahan ice pack ni...seketul rm8 kot aku beli dekat tesco ja
ni la rupa tote bag berisi susu...
ok pasnie kalau ada yang bertanya pasal pengurusan ebm cara aku boleh la aku refer kat entri ni saja...yang nak menambah pengetahuan pun boleh-bolehlah baca...tidak rugi kita berkongsi ilmu