Sunday, October 24, 2010

dalam dilema....

kan x lama lagi dapat ckit imbuhan kan duit ihsan katanya tapi besar maknanya dekat aku ngan encik hubby ni dan dulu plan tiap2 tahun nak pegi holiday biarlah tempat dekat2 pun x pa janji ambik cuti dan pegi berjalan biar 2,3 hari tapi bila dah start beli rumah ni dan aku pun sambung belajar maka semua impian nak pegi holiday tu macam jauh panggang dari api...hmmm tapi masih lagi la teringin

dan baru ni aku dok bising2 jugak dekat encik hubby nanti dah nak tambah lagi sorang dan aku plan nak beli breastpunp baru yang x payah guna tangan dan boleh guna time driving...skang ni memang la aku guna manual dan manual tu masih lagi elok tapi tahun depan kena pikir banyak sebab encik hubby nak pegi berkursus 6 bulan dan selama 6 bulan tu aku kena jadi ibu tunggal dan uruskan anak2 dan aku rasa breastpump yang x payah guna tangan adalah lebih convinient dan aku nak ringan2 je (demand lebih...hehe)

dan encik hubby pun bila dengar aku merungut2 ni macam x nak hampakan aku so dia kata nnt dah dapat duit imbuhan tu boleh la beli cuma tambah ongkos ckit lagi ja...lagipun dia consider sebab nak tinggalkan aku 6 bulan kot...(kalau ikut hati nak ja aku ikut...tapi x boleh utang banyak) tapi macam dilema gak sebab sebelum ni konon bila dapat duit imbuhan tu nak pegi holiday jalan2 bawak budak kecik tu makan angin dan plan macam tak jadi je kali ni...hmmm sangat berbelah bahagi darab campur hati ni

oh pasal encik hubby nak pegi berkursus...dia mungkin berkursus dari bulan 2 kot sebelum aku deliver dan sampai bulan 8 kalau tiada aral atau mungkin sampai bulan 11...agak lama jugak tempoh tu aku pun x tau aku boleh survive ke tidak...kalau dia balik lambat pun aku dah merungut-rungut ni x balik lansung cuma ujung minggu ja sekali sekala...uhh dugaan besar tu...nasib la cuti bersalin boleh ambik 90 hari boleh la aku duduk di kampung bawah ketiak mak lama2 ckit...hehe

maka sekarang ni dua pilihan


bercuti


breastpump baru

...hmmm

Sunday, October 17, 2010

cabaran...dugaan?

peknen kali ni first time ambik hb kena darah rendah agak rendah jugak la sebab cuma 10.6...dan kena jumpa doktor dan bila jumpa kena ambik darah, urin dan stool untuk check...kalau darah dan urin x kesah sangat tapi bila stool macam ohh sampai macam tu skali nak di check sabar aje lah memang dugaan...darah katanya untuk full blood count dan memang result nampak la kurang hemoglobin tu...urin plak untuk check darah dalam urin dan hasil tunjuk ada la darah dalam urin tu cuma menunggu kata2 doktor plak dan stool plak nak check cyst dalam stool atau kata lainnya cacing...hmmm yang ni masih x dapat result tunggu kata doktor jugak...dugaan sungguh

time cerita kat orang kata darah rendah ni x payah cakap la sermua kata makan hati dengan kerang banyak2...memang agak tensen dengar nasihat sama ni padahal dah naik muak dah makan hati ngan kerang ni..pantanh jumpa beli menu tu asyik hati ,kerang, esok hati balik, lusa kerang balik...kalau x naik jugak hb tu lepas ni x tau la...dah naik muak dah makan menu dua ni...huhu moga2 lepas ni kembali normal la hb tu

dikala entry ni ditaip makcik dilanda sakit kepala dan hidung berair...selsema ni kes berjangkit dari syauqi la ni...minggu lepas dia demam 2 hari selsema dan batuk batuk...pastu hari jumaat makcik pulak start sok sek soksek...hmmm tapi masih berdegil x nak makan ubat (mungkin pasal ni la anak pun payah nak makan ubat kan) nasib la...biar dia lega sendiri lagi ok kot tambah imuniti (masih lagi x nak makan ubat...hehe)

Wednesday, October 6, 2010

dah macam roda impian plak...hehe

buka nuffnang pagi tgk visitor trus rasa macam roda impian plak...berkaler-kaler...hehe tba2 post aku pasal shaun the sheep blh jd glemer...ramai org tgh tgk shaun the sheep kot...

those that visiting...mekasih byk..ada jugakm sudi singgah dekat belog yang ntah hapa2 ni :)

Tuesday, October 5, 2010

snap for syauqi besday party

x byk sangat gmbr sebab orang lain yang ambik selain bizi makan dan makan dan makan...hehe

acara potong kek...tapi nape macam mak dia yang over nih...hehe kek ni beli tambah sebenarnya...selain dari order cupcakes kat member encik hubby...kek adalah black forest...yummy dan lembut2 gitu
ni la kek si besday boy...besday boy cuma makan cikit2 sebab bizi dok angkut sumi
ni plak cupcakes...comel kan??
biasa budak bertuah ni x suka ada benda atas kepala mesti nak buang tapi topi ni boleh menten plak atas kepala dia...rasa lain kot pakai topi ni tapi sayang talinya udah putus...ramai sangat berkenan...jadi la macam tu
saya dah setahun...yeay
apa nak sumi saya...x bley x bley

lain-lain menu hari tu: bihun goreng, pulut kuning, rendang ayam dan jajan-jajan...hehe

Wednesday, September 29, 2010

hari ni pada setahun yang lalu saya dilahirkan...

saya dah jadi toddler bkan lagi baby...makan pun nak suap sendiri.x mo dah orang suapkan (err tpi kadang-kadang layan gak orang suapkan makanan...hehe)

Sunday, September 26, 2010

kecewa...

aku ni bukan la jenis nak kempen-kempen nak pomot segala kat orang...jugak bukan jenis nak paksa2 orang ikut pendapat aku konon-konon pendapat aku je yang manjang betul, jugak bukan jenis nak influence orang supaya mendengar dan menurut segala kata-kata aku...dan memang aku malas semua-semua tu...tapi perasaan ni dah lama aku pendam nak berkempen dekat semua orang pasal kebaikan breastfeeding...ye tu la yang aku rasa sejak aku dianugerahkan gelaran baru sebagai seorang ibu...

tapi masa cuti hari raya hari tu aku jumpa ngan biras aku yang dalam pantang anak dia yang kedua...dan aku tengok dia dalam kategori bernasib baik la jugak sebab susu dia melimpah ruah...bayangkan ajelah dia baru ja habis menyusu anak dia dan boleh perah pulak susu dan dapat penuh botol kecik tu hanya pam sebelah pam...hebat kan?? (makcik sedikit jeles dengan situasi ni...memandangkan aku tengah dikala ketandusan susu dan pernah pam cuma dapat tutup botol ckit je)

tapi rasa kekaguman aku tu x lama sebabnya bila sembang-sembang dengan dia dan dia bgtau aku anak dia x nak minum expressed milk tu dan hanya nak direct feeding sahaja...ok fine aku pun cerita la masa syauqi kecik-kecik pun x nak minum expressed milk masa awal-awal aku pernah bagi susu guna shringe...demi susu ibu aku sanggup dan aku pun tanya la dah anak dia x nak minum expressed milk tu kan apa dia buat simpan buat stok ke? (time ni makcik dok bayang dah dekat penuh freezer umah mak mertua aku kat kampung tu)

dan korang tau dia jawab ape??? dia g buang kat sinki ja...gila kauuu aku nak pam dah penuh botol tu pun bercinta ni yang senang-senang dapat sekali pam sebelah breast boleh penuh botol g buang kat sinki...nak je aku mintak kasik dekat syauqi tapi mikir masa depan dan macam2 hal boleh jadi kalau bersaudara susuan ni...maka kansel niat nak mintak susu tu...tapiiii memang la sayang gila susu tu...hanya orang yang dah susah payah menyusu badan saja yang rasa semua tu....ku berdoa biras aku tu beroleh hidayah betapa pentingnya dia simpan susu tu untuk kegunaan anak dia kemudian hari...ohh aku ada jugak cerita pasal penyimpanan susu ibu ni macam mana, brapa kali pam setiap kali keja tapiiii still ke sinki jugak...tiap kali aku tgk memang rasa mcm nak halang je...jangannnn tapi susu orang kan...apa hak aku nak halang...tapi aku memang x puas hati!

kalau korang what will you do? aku still rasa kecewa jugak sampai hari ni...cite kat my hubby dia pun kata sayang nya!!