Thursday, May 31, 2012

sakit hati

rasa mahu marah sangat-sangat tapi tak pandai nak gunakan bahasa kasar-kasar so bila call untuk tanya hal ni masih lagi guna bahasa sopan-sopan...

aku order ipad2 wifi+3G pada 10 may 2012...excited ni nak leburkan duit untuk beli gadget ni..dengan harapan berguna la untuk sefamili...tapi entah kat mana silapnya till today ipad tu hanya dalam mimpi kot...

order-10hb
confirm order-15hb ok ni salah aku kot sebab x submit email dekat depa kata dah byr..
dia balas kata ok dah dalam proses
17hb5 call dia kata order dah confirmed tapi barang adalah out of stock
22hb call dia kata barang tu dah post dan petang aku dapat..time ni seronok okeh tapi....

masa dok godek-godek tu barang adalah salah send tu cuma WIFI ONLY...aku hantar balik dan sampai hari ni barang still lagi x sampai-sampai...dok pending kat mana memang aku x faham...alasan out of stock tu memang x masuk akal..kalau dah out of stock kenapa masa orang order tu tulis in stock..x pandai kira stock kah?

mesti korang tertanya-tanya why x beli kat luar ja..aku pegi dah kedai barang tu kat kedai x ada..bila tengok kat web ni tulis in stock..maka gigih la beli kan skali jadi macam ni...buat orang macam gila bayang je..aku tengok lori GDEX tu macam apa ja skang ni..sangat-sangat sakit hati

ohh company yang aku order barang tu adalah LAZADA..kalau tengok skang ni banyak sangat iklan dia merata-rata buka web mana-mana mesti ada iklan..lagi menambahkan sakit hati aku..serius sangat geram, dan komen aku untuk company ni adalah:



LAZADA IS SUCK
updated: selepas beberapa sesi call-call semua aku decide untuk refund duit saja dan kalau ikut dia kata dalam masa 2-3 hari dan nak tunggu tengok apa jadi plak...sabarlah hati

Wednesday, May 30, 2012

kalau dah bukan rezeki

ditengah-tengah minggu kekalutan dengan sibuk weekend pergi berjalan x lekat dirumah..dan masa aku tengah godek-godek freezer nak kira stok susu terkejut plak tengok condition susu ni...huhu tengok dari jauh macam x ada apa yang berlaku, bila tenung dekat-dekat perhati belek-belek bagi clear baru nampak keadaan sebenar...bukan rezeki syaza agaknya
total stok bulan 3 dengan bulan 4 semua aku letak dalam bekas dadih ni...reason letak dalam tu sebab x sempat beli liner..dah beli mesti la banyak kan..mana ada bekas dadih ni jual sikit-sikit
close-up tapi macam blur...ada jadi tompok-tompok kulat kat tengah-tengah, atas dengan bawah ketulan susu tu
date kat atas...salah satu tarikh
ni kat sebelah atas susu..mak aku kata buang ja la dah jadi macam tu..memang boleh buang cuma dalam hati tahap sedih dia tu...hukhuk

total kena buang dalam 28 bekas x 3oz atau 4oz dalam seratus oz lebih jugaklah...dah la susu sekarang x meriah mana
hasil lepas buang..skang ni tengah gigih nak kumpul balik...x lama dah nak bulan puasa ni..nak kena cover untuk bulan puasa nanti..harap-harap sempat la dapat balik at least 20 bekas

ni masa sebelum aku pegi kelas 2 minggu lepas..baru sempat nak bercerita..huhu

Tuesday, May 22, 2012

penat...

nak bercerita tapi mau rehat dulu...blogwalking pun x sempat..those yang follow tenkiu yaa..nanti daku terjah balik..nak rehat jap

Thursday, May 17, 2012

tok dan cucu

hari ni kira hari terakhir la tok mengasuh si cucu berdua tu...macam-macam hal la jugak bila tok duduk dengan cucu ni..haha kadang tu layan jugak bila tok dok cerita pasal cucu-cucu dia, ye la kan cucu mak aku baru masuk 3 orang kalau nak banding dengan mek aka ibu mertuaku dah nak masuk 26 orang..jauh sungguh la beza..bila sikit sempat lagi terlayan

hari first dok ngan cucu macam ok ja, aku goreng kuey tiow siap-siap pagi tu...encik hubby cuti tapi pegi training untuk sukan weekend..balik petang tu syauqi dok tido kat depan, syaza lam bilik..tok kata syauqi x mau tido...dah paksa pun nak tido depan tv jugak...aku pesan la budak tu kena paksa tido lam bilik baru cepat lena..kalau x macam tu la dah kul 5 baru nak tido petang..malam macam rutin biasa balik...abang aku datang rumah plak malam tu...tapi still tido waktu biasa jugak

hari kedua x sempat masak apa-apa untuk breakfast, encik hubby belikan nasi lemak, mee untuk syauqi...syauqi x makan pun mee, tok kata syaza plak makan ayam, tok makan nasi saja..tapi cucu punya pasal ok ja...susu minum 3 bekas ja..tok plak kalau cucu x mau bukan dia nak paksa sangat

hari ketiga..en hubby beli nasi lemak 2 bekas...sampai petangnya mak aku x masak..reason kenyang sampai petang...dok gaduh nasi lemak bukan lauk ayam...cucu dia x leh dok usung ayam macam sebelum tu...sepetang dok bercerita pasal cucu-cucu dia, apa syauqi buat, apa syaza buat..dok kata syaza bagus la apa la, syauqi plak asyik dok x mau buat bila disuruh

hari keempat...aku balik dua-dua dah sambut depan pintu...moment paling best kot bila balik rumah...petang ni kena upah apa-apa la dekat dua orang tu...hihi petang ni apa cerita plak tok dengan cucu tu...sorang makin petah bercakap sorang lagi dok tunjuk-tunjuk apa dia nak..bergaduh pun ya jugak, kalau buas main sesama pun ya jugak...karang jap lagi boleh la tok rindu-rinduan cucu plak minggu depan

serabut? serabai?

sebut macam nak sama tapi lain maksud..haha tapi memang aku tengah serabut..dulu awal sem semangat nak studi apa semua kan..tapi bila lama-lama semangat makin luntur...seminar ke-4 dah makin mandom...hukhuk ada lagi satu esemen waiting list, satu hal-done, tutorial dok bertangguh, skrip yang belum jalan apa-apa, soal-jawab yang ada lagi 4 soalan x buat lagi..nak kena hafal semua tu plak..adoiii

kelas dah la weekend ni ja..x lama dah tu, esok lusa ja pun...mana aku nak cari kerajinan ni...dan bila dah serabut tido pun tidak lagi aman..tengah lena dibuai mimpi indah pun boleh terjaga sebab teringat keja sekolah ni...macam mana nih?? huhu

Tuesday, May 15, 2012

personal? public?

sejak dua menjak ni aku rasa macam hak privasi aku dah x privasi..bukan apa bila nombor telefon bimbit aka nombor henset aku pun semua orang yang aku x kenal boleh call dan tanya macam-macam memang sungguh aku x suka...personal ada personal kot, yang bermaksud bukan semua orang boleh dapat sesuka hati..kalau macam tu baik jadi public phone ja..tapi motif aku nak cakap ni bukan nak kata aku x suka depa ni call aku cumanya bila hal-hal berkenaan keja lebih baik call no ofis kot..nombor telefon bimbit aku tu adalah tu hal-hal peribadi sahaja...

even sampai satu tahap aku macam dah fobia nak angkat bila ada nombor aku x kenal call ke nombor henset aku..nak plak skang ni henset aku dah gelong..kalau sapa-sapa call aku ja dengar, orang di sana x dengar..tu pun ada jugak yang call nak buat aduan la, nak lobi untuk jual racun la, nak jual insuran, nak jual produk..macam-macam ada nasib hampa la telefon aku dikala telefon aku rosak ni...bila depa-depa ni call rasa macam x mau tukar telefon baru, bila nak call sedara-sedara, kengkawan mula la tensen sebab telefon rosak..hukhuk

balik hal asal..tapi sungguh la x suka bila orang aku x kenal call henset aku...kemarin jual produk apa ntah...dok gaduh x dengar la apa la..last-last aku putuskan line ja..padan muka..sungguh aku x suka

Situasi pagi tadi


Bangun siap-siap mandi, iron baju..masa dok kemas baju yang lipat semalam kenit berdua tu dah bangun..standard dah ni kalau time kita sibuk nak pegi keja memang dua-dua bangun la, biasa usung la hantar pegi rumah pengasuh tapi pagi ni sampai hujung minggu ni kan duduk dengan tok depa

Si papanya dah siap-siap kata nak pegi awal sebab cuaca dari semalam hujan kejap turun kejap berenti..dia kan naik motor kena la pegi awal...si syauqi boleh relax ja bye bye papa pegi keja tu..aku plak sambung kemas-kemas lagi sebelum pegi keja

Bye the time aku nak pegi keja si syauqi dah start melalak...hukhuk bikin emo ja ini budak pagi-pagi, si adik dok berebut kuih dekat tok dia...aku pun kata la kat syauqi, “mama nak pegi keja, mama work” tau dia balas apa? “mama jangan la keja, x yah work” read: dengan pelat dia..huhu makin lama makin pandai berkata-kata ni, nak sayang pun boleh jawab “x mau sayang” lari pegi jauh-jauh konon merajuk..hai la anak

Monday, May 14, 2012

bukan rezeki kot

tadi pagi gigih ni pegi nurseri yang dekat dengan ofis sebab nak tanya kalau-kalau boleh nak letak kenit berdua tu dekat situ..tapi agaknya bukan rezeki kot, cikgu situ cakap dah penuh then kalau nak daftar pun untuk tahun depan boleh la kot...hukhuk bukan rezeki kot syauqi dan syaza duduk situ...sambil-sambil tu aku tanya la jugak hal-hal dekat taska tu

dekat situ ada taska dan jugak tadika..taska untuk bawah 4 tahun..kalau nak letak anak kat tadika dan jugak taska pun jugak boleh sebab dalam ruang yang sama ja..taska kanan, tadika kiri, kalau hantar anak lebih dari sorang ada jugak harga diskaun...kalau tadika rm100 untuk separuh hari, full day campur daycare jadi rm240, tu untuk pukul 7pagi ke 7 petang..kalau ambik awal pukul 6 jadi la rm220..kalau hantar 2 orang anak jadi la rm180 kot sorang...

dan bila jawapan dia kata dah penuh aku rasa macam lega..eh bukan patut sedih ka? haha tapi masa aku tengok condition kat situ aku rasa x best..kenapa? yang tu aku x dapat nak pastikan..sama ada bukan dari bayangan aku ataupun memang lumrah tadika memang macam tu

masa aku sampai tu ada ramai la jugak budak-budak kat situ mungkin ada yang half day ada yang full day tapi suasana agak bising bila dah ramai-ramai, taska plak cuma ada 3 orang cikgu untuk 22 orang kanak-kanak, tempat bagi aku agak sempit dan pendapat aku jugak macam x selesa nak belajar...kalau tahun depan plan nak masukkan syauqi ke tadika mungkin bukan jugak disitu kot

apapun kena cari plan b plak..tadika dan taska lain...ada suggestion kah untuk area sungai petani ni???

segmen: blogwalking sampai lebam

sebelum aku terlupa dan sampai kesudah aku x buat tag-tag ni baik aku buat tanpa bertangguh..haha kali ni ditag oleh mama ieqa dalam segmen ni

segmen: blogwalking sampai lebam...


reason untuk blogwalking ke blog ini?
haha aku bila nak suh pomot diri sendiri memang lemah weyh...tapi sudi-sudikan singgah di blog picisan ni...aku jugak insan biasa yang jalani hidup biasa tapi hidup aku mesti x sama macam korang kan..pengalaman aku jugak mungkin tidak sama dengan korang...kalau ada benda aku leh share akan aku share...sharing is caring kan..kan sudi-sudi la singgah blog aku ni yer

aku mahu tag:

sudi-sudikanlah buat jugak yer...sapa yang x ditag buleh jugak ambik link dekat sini

Sunday, May 13, 2012

organizer

rasa macam semenjak dua menjak ni...ataupun memang selama ni aku pening-pening lalat sikit bila membuat kerja..hukhuk dari pagi kepetang macam rasa workload yang ada tu melampau dari tahap kemampuan aku...nak diadukan pada siapa aku jugak x pasti...bila kerja yang cuma libatkan aku dan orang2 sekeliling aku boleh la aku buat takat mampu...tapi kalau masuk bab nak deal dengan orang luar yang dok kejan-kejan (read: paksa) maka sungguh menuntut kesabaran

aku bukan nak kata kerja aku susah..bak kata bos lama la, kerja paling senang dalam dunia...tapi kerja yang melibatkan orang luar yang x faham prosedur memang sabar banyakkk ja yang aku boleh kata...tu belum kira bebanan kerja lagi...aku pegang hal a, tiba-tiba si b telefon tanya masalah dia macam mana..ok hold dulu hal a kita tengok hal b dah jadi lagu mana...dok kira yang tu si c plak telefon tanya hal dia plak...abis bila nak selesai hal a tadi...dan perkara ni berulang sampai la ke petang...dan perkara ni boleh berulang sampai petang satg..hukhuk

tu blum aku cuti panjang macam cuti bersalin tu lagi...ada jugak meja yang macam sarang tikus (err la ni pun dah sarang tikus kot) mungkin aku kena cari tune baru kot..lagu pop kena tukar jadi balada ke rock plak kot...haha even satu masa tu tengah dok buat kerja boleh berenti sat pikir tadi aku tengah buat apa ek? kes kena maki ngan public la ni...huhu

agak-agak pegi bercuti boleh releasekan tensen dak?

Friday, May 11, 2012

dera bayi

sekarang dok kecoh pasal pompuan yang dera anak dia tu kan..sungguh sampai hari ni lansung aku x tengok...cuma tengok gambar dalam paper dengan gambar belog-belog yang komen...bukan apa aku ni x kuat semangat..satg kalau tengok entah bila plak aku nak lupa...asyik teringat-ingat nanti..lebih kurang macam dulu kes yang kelar anak dia sampai isi perut terburai tu..sampai sudah aku x tengok..kesian kat budak tu

tapi macam kes baru ni yang dekat sp jugak tu, budak skolah yang bagi lemas anak dia tu...aku rasa kagum..haha orang-orang yang macam ni aku rasa Allah memang masih lagi sayang dekat depa..dia beranak sorang-sorang, bagi lemas anak dia dalam baldi, letak lam beg skolah, boyfren mai ambik nek moto pegi tanam..kronologi jalan cerita dia memang aku kagum...aku beranak pun kat spital..yang perlu dibantu, dah beranak nak bangun pun x larat..kena tolak ngan wheelchair, jalan kepit-kepit apatah lagi nak naik motor kan..tapi dia..wow sampai hari ni aku kagum dekat budak tu..haha moga Allah bagi kesedaran dekat dia dan jugak pompuan yang dera anak dia tu..mungkin masa dia pun apa situasi dia dan keadaan hidup dia..moga dia dapat kesedaran hendaknya...nasib budak tu pun dah terbela kan..ada keluarga angkat jaga dah

dalam kes-kes macam ni nampak la orang malaysia ni masih lagi prihatin kan..cepat ja marah2 kat orang tu termasuk yang rakam sekali kena tempias dia...marah sungguh semua orang...(aku x tengok maka x tersimpan rasa marah..kalau tengok dok teringat-ingat dengan marah berbulan-bulan..)


Thursday, May 10, 2012

hai la pengasuh part 2

wah dah berpart-part pulak kan...itulah orang bagi cadangan kat aku hari tu tapi masih lagi berlembut...makin lama macam aku rasa makin x sudah jugak..dan aku rasa pun dia x tau yang aku ni x suka part-part cuti mengejut ni..bukan aku ni kejam ok..bukan aku x ada rasa tapi aku jugak ada kerja..huhu

alkisahnya kemarin tengah dok serabut hal keja tiba-tiba pengasuh depa mesej..aku kalau dapat mesej dia time ofis hour memang aku dah cuak semacam..mesti ada hal la kan..x kan seronok-seronok nak tanya aku buat apa plak..dia sms mintak kalau boleh nak aku ambik kenit 2 org tu awal, dan nak cuti keesokkannya...wah macamkan aku pegi pasar yang bila-bila masa boleh balik je kan..reason dia ayah dia masuk wad..ok reason macam boleh terima tapi senang je kan nak cuti mengejut macam tu...

akal jahat datang..aku kata x boleh, reason aku ada meeting, habis cepat pun 4.30petang, dia kata ok sempat kemas apa patut...dan pukul 2 camtu dia sms plak x pe la ambik cam biasa pun, esok hantar la dulu nak ambik cuti ahad isnin la, boleh jaga ayah lama sikit..wah kan macamkan kalau dia cuti tu aku leh ja bawak anak2 aku tu pegi ofis dok congok kat ofis aku tu...serius aku dah tensen time tu..apa pun aku x balas

bincang dengan ofismate, encik hubby dan jugak my mom trus decide cari taska, kalau dapat end of this month saja tempoh kent berdua tu duduk dengan pengasuh..lepas tu duduk taska je la..ramai pun x pe la leh berkawan kan, kalau jauh dari rumah pun x pe la, janji mudah aku nak terjah...tapi kena tengok hasil carian dulu la..kalau x dapat kena la aku redha sampai hujung tahun ni..menambah kan lagi sakit kepala pikir hal ni...hukhuk

serius kemarin lepas dia sms macam tu terus aku x jadi apa satu pun keja...hukhuk suka sangat nak sms time ofis hour, suka suh ambil awal la, nak cuti mengejut la..serius semua tu aku x leh terima, belum lagi sms komplen hal kenit berdua tu yang bagi aku hal-hal small matter ni...

moga Allah permudahkan urusan aku kali ni...amin

Wednesday, May 9, 2012

storage gambar pun berbayar ke?

aku kemain semangat nak upload gambar zoo taiping baru-baru ni tapi punah harapan bila tiba-tiba dia cakap dah full pastu tunjuk kena bayar la apa la...sakit hati terus semangat nak update pasal cerita tu terbantut..huhu ada sesapa experience macam aku jugak..ke aku sorang ja dapat macam ni...blogger ni pun kalau dah berwajah baru main nak cas-cas plak...sungguh x puas hati

Tuesday, May 8, 2012

diablo 3

selepas lama dah berahirnya zaman dia, akirnya dia muncul kembali...sungguh x sabar aku menanti 15 may ini...haha ya memang aku game addict...dan encik hubby pun sama ke lagi teruk..haha dan syauqi pun sama jugak asyik main game jugak..err kalau aku latih dia jadi profesional gamer aci dak? gaji pro gamer dah sama dengan gaji pilot apa..hikhik


ok balik topik asal game diablo ni aku main masa zaman belajar dulu...ni dah anak dua pun masih teruja dengan bakal keluar diablo 3 ni..pastu tengok hari ni groupon pun buat sale untuk diablo 3 ni...boleh tahan comel la jugak rega dia ehh..err ada sapa-sapa nak sponsor mak budak ni dak? hehe

pastu bila tengok requirement dia gigih aku aku pun check spesifikasi laptop sendiri boleh ke tidak...
 
err macam mana nak baca graphic kad dia ni...aku rasa macam lain ja spec dia ni...bukan macam yang dimintak kot

Saturday, May 5, 2012

menu kemarin

kemarin punya cerita tapi sibuk nak upload jugak...haha bukan apa hari jumaat kan hari bermalas-malasan...pikir-pikir nak masak apa, ambik buku resepi atas fridge, belek-belek sambil berebut buku dengan syaza last-last dapat jugak idea nak masak apa...jadi la seperti di bawah ni..standard biasa aku masak memang dua menu ja, satu lauk, satu lagi sayur...kalau rajin melampau baru menu tu bertambah..haha
sayur masak sos tiram, ayam masak rempah...resepi ayam ni jumpa la rasa edisi bila ntah..aku kan suka ja beli majalah rasa tu, nak try resepi makan tahun jugak la...skang ni dah stop beli sebab yang ada pun x dicuba lagi..tu buku chef hanielieza 365 resepi tu pun x cuba jugak (ada la aku try masak sagu kot, tapi x jadi..haha)
close up...encik hubby cuma angguk bila aku tanya sedap ke dak..mean ok la tu...dia memang jarang puji, kalau makan bertambah maksud ok, kalau makan x tambah maksudnya x berapa ok...macam tu ja nak tau komen dari dia

party potluck

kejadian hari khamis hari tu...dok bertangguh punya plan berapa lama, sebelum masuk gaji bulan lagi satu baik buat ja kan...jadi jugak plan party makan-makan potluck dekat ofis kami...menu hari tu mee sanggul, bihun goreng, ayam bakar madu(hat ni ja aku bawak pun), agar-agar pelangi, bengkang jagung, lompang, ketupat palas, sambal udang, kuih seri muka, karipap, ada lagi kot 2-3 jenis kuih yang aku x tau nama...haha main makan ja kan

dan hari tu sampai petang memang sendat la perut asyik ulang makan, makan dan makan...best jugak sekali sekala ni..plan akan datang buat menu makan tengah hari la plak..makan nasi plak best jugak

Friday, May 4, 2012

syaza besday party

sebelum dok bertangguh sampai besday syauqi plak satg baik aku upload dan siarkan gambar...haha banyak sangat bertangguh ni, besday syaza 18hb4 hari tu tapi sebab aku kena pegi kelas weekendnya makan tangguh ke 28hb..haha sempena bersih ka? dak2 cuma masa tu aku free pun
menu hari tu..tapai ngan ketupat mak aku bawak, soto, nuget, chicken fries sebab kes tengok iklan lam tv terus tergoda dan beli, haha pastu kek la semestinya, buah tembikai dan bihun goreng..masa ni bihun dok atas dapur lagi
mak aku la tukang goreng ni...aku kalau setengah bungkus pass la kot nak goreng, lebih dari tu aku surrender dah la
kek untuk besday girl...tapi syaza x jamah pun sebab hari tu still demam, cuma nenen dan nenen saja..lain semua x layan pun, nuget pun makan sikit ja buang lagi banyak dari makan..bersepah rumah dia cubit kecik-kecik dan buang
syauqi dan syazwan yang macam anjing dengan kucing..x leh jumpa asyik nak bergaduh, kalau x jumpa rindu-rinduan la plak..nyampah aku
besday girl yang x boleh letak...nangis ja manjang...last skali aku buh lam buai bagi tdo..lena sungguh sampai kul 3 lebih kot baru bangun buat perangai balik
dengan papa yang dok x mo, x mo bla aku ambik gambar
see nak ambik gambar pun x mau senyum dah...ada lagi 2 keping aku snap tapi dah cebek semacam ja..huhu hai la anak

dengan orang jauh...dari bangi tuh..hehe suka aku jumpa member blogger ni..selalu pegi rumah di alam maya ja..ni jumpa tuan punya blog dengan imaan n nouri...behave sungguh nouri..sepanjang dok rumah aku x dak lansung kuar sora dia..karang kalau balik kedah lagi singgah la sp naa..
ni last dah petang...kul 7 lebih dah..si bapak rajin sambil kemas-kemas offer budak 2 orang ni nak mandi kolam dak...x yah tanya la kan bukan main excited dah la...riuh kemain lagi mandi kolam skali ngan bapak dia pun lencun sama

tips untuk nak buat party kecil-kecilan jugak:
1. buat menu yang senang-senang ja, skang ni banyak dah yang segera-segera ni...boleh ja guna dan jimat masa...leh prepare masak-masak sendiri
2. bekas air ngan kuah sup memang aku beli, kalau ada member dah ada boleh ja kot pinjam...aku beli sebab karang nak buat lagi dah mudah dah, bekas makanan skang banyak gak pakai buang, senang x yah basuh membasuh dah
3. jumlah makanan ikut panggilan kut, contoh cam aku hari tu panggil member, jiran2, sedara cuma guna ayam 2 setengah ekor ja...tu pun lebih jugak, bihun goreng 2 bungkus, soto 10 bungkus ja...next time kena tukar menu laksa plak kot.hehe
4. aku x prepare pun goodies bag sebab banyak yang datang bukan kanak-kanak tapi mak bapak budak dah maka x yah la goodies bag ni
5. oh hari tu masalah space nak hidang...mungkin kena pikir ruang tambahan nak letak makanan

selain dari tu lain-lain adalah ok bagi aku...seronok jugak buat makan-makan ni...kena plan lagi lain kali

Thursday, May 3, 2012

tak bersempat

aku rasa macam sibuk dua tiga menjak ni..sibuk apa? aku pun x pasti..haha boleh dak macam tu...nak kata sibuk keja tapi keja x siap2 jugak, kerja rumah tu rutin la kot..x pernah berhenti, kerja sekolah? pun x settle lagi...banyaaak lagi x siap..huhu layan internet...ni lagi aku x pasti sebab nak pegang ja laptop ni ada ja yang dah conquer...ni sempat jugak belogwalking, update blog halai balai (lebih kurang) pastu layan fesbuk...

karang dah nak kena ambik kenit dua orang...rasa banyak masa spend kat kenit berdua tu lebih kot...oh syaza dah baik demam..kemarin macam nak panas balik, tengah hari kena kejar-kejaran balik kasik direct feeding sebab refuse susu dalam botol, pastu kasik antibiotik...pagi tadi dah lasak macam x penah demam maka harap ambik petang jugak segar bugar hendaknya

cuma bila mak dia masuk dapur tetap jugak ikut sambil nangis-nangis pegang kaki mak dia...hukhuk kalau mak dia landing depan tivi tengok dia main ok ja..jangan ja masuk dapur, masak skang ni pun macam skill makin teruk, buat mee rasa masin, bancuh air macam kurang manis..ke kena lagi rajin memasak lagi kot

dah nak sambung rutin membuat kerja rumah...daa

p/s: malam2 sikit jika laptop x diconquer boleh update pasal besday syaza...hopefully la dapat jugak