Tuesday, January 5, 2016

kronologi kelahiran muhammad syameel rayqal

bismillahhirrahmanirrahim...
lama x menjengah sini πŸ˜…πŸ˜… brapa lama blog ni sepi tanpa khabar..
tp nak coretkan kisah kelahiran muhammad syameel rayqal..our third child jugak adik kepada syauqi dan syaza..pregnancy yang keempat kiranya selepas keguguran pada tahun 2014 di usia 6 minggu janin dalam kandungan
syameel yang kandungannya kami berdua tunggu dan nantikan kelahirannya selepas 4 tahun jarak dengan kelahiran syaza..moga membesar sebagai anak yang soleh ☺☺
kronologi kelahiran syameel
due date sepatutnya 22/12/2015 tp since mak dia mula x larat ambik cuti awal seminggu untuk rehat di rumah
14/12/15
turun tanda darah pada malamnya jam 12 tengah malam lebih dengan mild contraction..sempat kemas beg baby, barang nak bawak pegi spital, beg syauqi dengan syaza ke rumah pengasuh..sambung tdo dengan harapan contraction makin kuat tp nan hado sampai ke subuh

pastu dok teragak nak p spital ke x..en husband suh p ja sebab dah turun tanda dah

masa tu blh jalan apa mcm biasa lg siap dok mikir laki bini mana satu kedudukan labour room sebab jarang p hospital tu haha

masa saringan buat ctg ada contraction dan masa check bukaan dah 3cm doktor admit wad untuk pantau, sempat lagi argue dengan doktor sebab x sakit mcm x caya ja dah 3 cm..haha nasib baik cepat ja dpt katil sebab ada yang tukar wad masa tu, dpt bilik berempat..lunch kat spital la hari tu (makanan hospital sedap je rasanya ke aku yang x memilih bab makan)

petangnya check bukaan masih lg 3cm doktor cetuskan sikit untuk lebih cepat bukaan selain dari suruh jalan ronda wad bg kerap, gigih berjalan dengan perut boyot2 tu keliling wad slow2

malam masih lg mild contraction dok kira masih lg x konsisten sat 10 minit, sat 8 minit sat naik balik 10 minit, sempat lena mcm biasa lg masa gap2 contraction

15/12/15
pg rutin biasa doktor round dekat wad.. masuk pukul 8 contraction makin kuat dan pukul 10 lebih dah x tahan sangat tunggu dokor nak check bukaan memang request sendiri untuk doktor check, doktor x hbs lg round wad, nurse ja yang check kali ni, bila check dah 5cm, nurse pesan untuk kalihkan baju pink tu pakai terbalik, call suami dan buang barang kemas apa patut..jam 11 tolak ke labour room sempat call en husband mintak tunggu depan labour room untuk masuk teman, masa tu contraction makin kuat memang x tgk dah mana katil tu org tolak.. sampai labour room mintak dekat nurse nak suami teman, nurse cakap nnt nak ejas bilik husband friendly sementara tu letak dekat labour room no 6...nurse keluar dan aku masa tu mengiring ke kiri untuk kurangkan sakit..tba2 rasa kepala nak keluar dan pusing menelentang sambil teran..nurse masa tu masuk sebab nak ambik air dalam almari tepi tu terkejut trus kalut2 panggil nurse lain..2 kali teran x jd sebab lupa step kena kangkang kaki dgn pegang kaki..haha 3 kali teran dengan step betul syameel selamat lahir jam 11.13pg kiranya sempat 3minit ja aku kat labour room tu..

syameel plak keluar ja dari perut nurse angkat tanya baby boy ka girl trus kencing πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… dan masa letak di dada untuk skin to skin pun kencing lg skali..

proses jahit menjahit adalah proses paling sakit aku rasa, lebih dari sakit bersalin..mcm x dibius ja aku rasa sebab habis kena jahit memang menggeletar satu badan punya tahan sakit

nurse datang bawakkan nasi untuk makan tengah hari, awal mcm x nak tapi hbs jugak la makan nasi lauk ayam bakar tengah hari tu

proses menyusu pun mudah kali ni sebab syameel bagi kerjasama..menyusu dengan elok sebelum ditolak keluar untuk ke wad

jumpa en husband depan pintu ja pakej dah siap keluar dengan baby πŸ˜…πŸ˜… still anak no 3 pun x sempat husband teman, redha je la sebab 3 minit punya proses memang kelam kabut..

kelahiran yang dipermudahkan kali ni sama mcm masa kakak dia dan kali ni x kena drip di tangan sampai ke balik jugak sekali saja ctg masa saringan..layanan jugak baik di hospital selain makan sedap..hehe



Thursday, December 11, 2014

Semeling Street Art

ni la selingan dalam dok merayau-rayau carik pasal..siasat aduan area semeling borak-borak pasal street art dah alang-alang dekat singgah la tengok..menarik jugak inovasi yang dibuat...jadi hidup balik pekan lama ni..siap masa tu dah dekat tengah hari tapi ada famili yang singgah bergambar dengan dok tolak stroller anak lagi :)


coklat M&M pun jadi

hi baymax :)

patutnya duk ataih beskal tu ambik gambar tapi cam segan plak hihi










untuk sapa-sapa yang teringin nak singgah dekat sini boleh datang ke pekan semeling, yang terletak dalam daerah bedong, lokasi dia sebelum sampai ke pekan bedong..dalam kawasan Majlis Perbandaran Sungai Petani


5°42'06.8"N 100°28'21.1"E

5.701889, 100.472540

Friday, December 5, 2014

battle against parut campak

kata orang tua-tua dekat aku, tu la kecik-kecik x kena demam campak, dah tua baru nak kena...
sori la gambar semasa aku demam campak memang x ada, aku pun takut tengok muka sendiri..huhu 2 minggu sengsara dan campak itu pergi meninggalkan parut..huhu dekat badan okeyla sebab bukan orang nampak pun..encik husband ja nampak tp dekat muka waduh penuh kot
makanya lepas google try la pakai mederma, dengan supplement hopefully biarpun lambat tapi akan recover dari parut campak ni.. @_@
p/s: sempat lagi aku pass virus dia dekat member aku...haha sama-samalah kita menyapu mederma serta makan supplement lepas ni

Wednesday, December 3, 2014

wordless

Tuesday, December 2, 2014

istiadat konvokesyen ke 81

selepas 5 tahun punya perjalanan..pheww akhirnya proud to say aku dah grad..yeah dapat jugak merasa satu skroll ijazah selepas berulang-alik ke puncak alam..anak pun dah dua...nasib belum rezeki kalau tidak jadi 3...hehe
majlisnya 23hb november 2014 lepas yakni hari ahad..cuma x berapa nak best sebab sidang petang..agak kelam kabut nak checkout, nak siap2 then ambil gambar studio pun x sempat..tapi saya boleh berbangga dengan berkata dah tamat dah perjalanan pjj untuk degree uitm..berdoa supaya dimurahkan rezeki untuk ke level lebih tinggi ^_^
Konvo dekat Dewan Tuanku Agong Canselor (DATC) dewan besar yang buatkan aku sesat sepanjang hari, dari mula turun bas, nak cari tempat beratur, famili aku nak cari tempat lepak pun x jumpa, difahamkan sidang petang tu saja 1000++ jugak yang konvo..
kami yang dah grad..hee gambar dalam suasana gelap sebab dorang dah tutup lampu..gigih gak nak ambik gambar lam dewan
gambar sehari sebelum konvo..outdoor konon-kononnya

lama sangat tunggu nak masuk dewan..then pakat bergambar dulu...hihi





dearie lecturers.. ^_^



keluar dewan cari tempat nak turun pun sesat gak...haha anak pun dah penat kot dah mula meragam, cari tempat nak pulangkan jubah pun puas tanya guard..nasib la x kena tinggal bas...

pengalaman kalau sapa konvo sidang petang ni pegi la awal kalau nak ambik gambar studio tak pun ambik sehari ke seminggu sebelum...gambar pun lebih cun kan kan

tapi secara puas hati nya boleh kata yee saya dah konvo ^_^

next step????

Monday, July 15, 2013

diari ramadhan

lamanya tak menjengah rumah ni..dah terabai dah...huhu sibuk dengan final exam habis paper last pun ngam-ngam dengan esoknya berpuasa...huhu kira nak wish selamat berpuasa still aci lagi x?? haha

hari pertama berpuasa menu biasa biasa saja..nasi putih, ayam  sambal dengan sayur plus agar-agar yang tak menjadi..huhu besoknya gigih beli lagi agar-agar buat lain..padahal agar-agar sirap ros je pun..haha azam kali ni nak kurangkan beli lauk dekat bazar..lebih pada nak try menu baru

rasanya mikir menu nak memasak lagi penat dari memasak kot, setakat ni menu dah test nasi nenas, nasi ayab dengan nasi beriani ekpress (guna rempah kari ayam ja, tapi syaza makan siap tambah 4 kali berbaloi-baloi) berangan nak try buat kuih lapis tapi dok lam angan angan lagilah...kalau nak cepat kena p tunjuk-tunjuk kat bazar sure jadi punya..hehe tapi kalau p bazar tu almaklumlah segalanya nampak sedap..lari bajet sebulan satgi, makan tak tera mana sangat pun

tahun ni save lagi bajet membeli kurma sebab dapat satu kotak free dari ofis encik hubby dan dua kotak dari ofis aku...satu botol besar kordial sunquick..rezeki la jugak, selain dari ofis encik hubby mesti bagi bubuk lambuk, lauk free setiap hari bekerja mesti dapat punya..Alhamdulillah jugak ^_^


sila maklum gambar takdak kaitan dengan entri ye..hihi dua budak melasak lepas recharge energy...sibling moment yang kadang suka melayan kadang tu naik tensen jugak melayan ^_^