Thursday, August 30, 2012

happy 4th anniversary

terasa macam baru ja kalut-kalut uruskan pasal nak kawen, jugak macam baru ja dapat anak sekali dah 4 tahun sudah

dah 5 kali beraya sekali, tahun pertama lepas baru ja diijabkabul, tahun kedua memboyot pregnantkan syauqi, tahun ketiga excited dapat anak, tahun keempat dengan anak dah 2 plus hari raya pertama yang sama tarikh dengan anniversary yang ketiga dan tahun ni boleh dah melaram sebab si kecik dua2 dah boleh berjalan sempat la mak depa melaram sat

hari ni plannya nak spend berdua, nak pegi mana tu x tau lagi...tapi macam nak atur bank ja hari ni..apakah?

apapun to mr husband, happy wedding anniversary yang ke4

Tuesday, August 28, 2012

mawar merah

bukan orang bagi, bukan jugak beli sendiri...tapi ambik yang orang dapat, aci dak?

cantik :)

Friday, August 24, 2012

raya 2012

as salam..
dah jumaat baru nak upload gambar...haha tapi aci la kan, kata sebulan raya kan kan..tema tahun ni adalah kelabu, puas la cari baju bajan nak matchkan dengan tema, nasib baru empat orang, kalau sepuluh? pitam aku kirai baju dekat kedai
anak dara ni paling sakan, baju kebaya tu sebab puas cari kaler kelabu jumpa hat ni ja.aci la, headband x mau dah pakai, beli cekak tahan la 30 saat, last-last ikat tocang dua, ikat reben...bolehla *abaikan cara duduk x berapa sopan tu...haha*
sempat lagi main ipad sementara tu bapak-bapak balik dari masjid
annur afeefa dengan khalisha
tuan tanah..lebarnya pipi...huhu
cubaan ambik bertiga...nasib jadi cuma syauqi melentik bukan main
ambik berempat pulak...kali ni dua-dua kanak-kanak x mo tengok kamera dah
en hubby dengan kanak-kanak, syauqi kengkonon nak buat peace
okeh pegi beraya plak..kanak-kanak pegi bermain, makbapak nak posing plak...haha
tukar posisi plak...haha

sebenarnya ada cerita sebelum ambik gambar-gambar raya ni..pagi tu kemain lagi siapkan anakanda berdua tu, si abang ikut papa dia pegi masjid untuk sembahyang raya, x bagi pun pakai pampers dengan yakin la dia boleh tahan sampai balik rumah...solat raya kan sat ja, sekali papa dia kata dah habis tu dia kata nak kencing, dari saf depan nak pegi keluar masjid dengan orang ramai semua last-last elok kat tangga dah terkencing, balik la dengan seluar dah basah

aku plak x tau lagi cerita ingat dia kencing x cakap, bengang ja...dok fikir baru pukul brapa dah kena tukar baju plak, gambar raya pun belum lagi...last-last dapat idea..pegi basuh tangan pastu spin bagi kering dan iron baju tu...dapat jugak la bergambar pagi raya sebab kalau x memang x ambik dah gambar ni..lambat cikit dah main melasak, baju kotor memang x la nak ambik gambar ni

tahun ni kuih raya yang sempat buat cuma popia nestum ja... tu pun sehari sebelum raya buat, nasib la mendapat sambutan cepat ja habis, lagipun balik rantau panjang memang ramai, maka hidang lauk apa pun mesti dapat sambutan..kuih raya pun sambil dok borak-borak tu letakkan sekali cepat la habis 

apapun x terlambat lagi kot nak wish selamat hari raya pada semua yang beragama islam... :)

Wednesday, August 22, 2012

tamat sudah cuti-cuti malaysia

ya di hari raya ke4 sudah kerja...tapi x apalah tahun ni rasa dah puas beraya biarpun cuma 3 hari...cuti pun lama sangat satg mau kematu otak duduk rumah lama-lama...datang ofis hari ni adalah sangat heaven...parking yang banyakkk, pastu bos-bos cuti lagi...feeling jadi bos besar, makan kuih raya, cerita hari raya pastu kau tengok muka aku, aku tengok muka kau...cari agenda nak dibuat...yang tengah atas highway dengan traffic jam tu selamat bersabar la ye

kerja pulak biasa la cuti ke x memang ada ja kerja menunggu...oh minggu depan ada sambutan hari raya mpspk dekat pejabat baru, isnin 27hb ogos...jemput-jemput datang ya...

p/s: gambar raya belum diedit...tapi ada ka orang nak tengok muka aku ni? feeling retis


Sunday, August 19, 2012

susahnya nak dapat line

dah dekat kampung ni nak dapat line memang hazab la...huhu ada pun celcom edge tu pun sat ada satu bar tak pun x dak lansung

tapi duduk kampung memang seronok, nak plak macam-macam karenah kenit-kenit yang ada :) tahun ni bilangan cucu ibu mertuaku dah masuk 25 orang, biarpun separuh kot dalam satu rumah sekarang ni dah macam-macam ragam boleh tengok

apapun nak wish selamat hari raya buat semua teman bloggers...moga ceria di samping keluarga :)

Sunday, August 12, 2012

mood raya

dari pagi lagi radio asyik pasang lagu raya...dengan background lagu raya, pastu cakap sikit pasang lagu raya, pastu dari zaman tah bila punya lagu tapi pokok pangkal semua adalah lagu raya...huwaaa rasa macam x dak mood nak keja dah, nak raya ja

secara keseluruhan, *tiba-tiba rasa macam menaip karangan budak skolah darejah 6 haha* persiapan raya aku boleh dikatakan dah siap cuma kuih raya ja belum sampai, tak termasuk beras pulut sumbangan ofis aku...kalau sampai lambat kena main pos-pos nak hantar balik kuala nerang japg

oh masa taip entri ni adalah dekat ofis baru mendengar lagu raya, ofis lama dah macam susah nak jejak sebab parking adalah sangat limited, dekat ofis baru parking adalah banyakkkk...haha korang tengah buat apa? shopping baju rayakah? kuih raya?

*entri dari orang yang kena keja di hari ahad*