Sunday, August 12, 2012

mood raya

dari pagi lagi radio asyik pasang lagu raya...dengan background lagu raya, pastu cakap sikit pasang lagu raya, pastu dari zaman tah bila punya lagu tapi pokok pangkal semua adalah lagu raya...huwaaa rasa macam x dak mood nak keja dah, nak raya ja

secara keseluruhan, *tiba-tiba rasa macam menaip karangan budak skolah darejah 6 haha* persiapan raya aku boleh dikatakan dah siap cuma kuih raya ja belum sampai, tak termasuk beras pulut sumbangan ofis aku...kalau sampai lambat kena main pos-pos nak hantar balik kuala nerang japg

oh masa taip entri ni adalah dekat ofis baru mendengar lagu raya, ofis lama dah macam susah nak jejak sebab parking adalah sangat limited, dekat ofis baru parking adalah banyakkkk...haha korang tengah buat apa? shopping baju rayakah? kuih raya?

*entri dari orang yang kena keja di hari ahad*

Friday, August 10, 2012

dobi mendobi

dah selesai membasuh baju raya...tinggal lipat masuk beg nak balik kampung beraya...hihi wah tiba-tiba semangat ja nak beraya, tahun ni giliran kampung en hubby nun di rantau panjang kelantan...adat la kan dah kawen ni kena la gilir-gilir satg boleh mendatangkan tidak puas hati sesama laki bini plak...aku raya kat mana pun x kisah janji ada ketupat dengan rendang ja...hihi

minggu depan start hari rabu dah cuti balik kampung dah sebab en hubby nak merasa posa dekat sana sebelum beraya...sempat la 3,4 hari sebelum raya...kuih raya tahun ni lansung x buat..haha aku beli ja semua...tapi dalam 3,4 jenis ja pun nak kata beria beli pun tidak jugak sebab serba 50 ja...sekadar merasa kuih berbeza

oh baju yang aku dobi tu x mau kasi reveal lagi la..hihi tunggu raya bila dah pakai baru nak tunjuk...tahun ni tema grey...tu pun seksa mencari saiz kenit-kenit berdua tu...seksa sebab nak main kejar-kejar lagi banyak dari pilih dengan try baju

korang tema kaler apa tahun ni? kot-kot la sama dengan aku boleh buat boria satg..haha

Thursday, August 9, 2012

duit raya

tahun sudah-sudah kirim dekat kengkawan ja untuk tukar duit raya lagipun jumlah nak tukar x seberapa cam segan plak gigih-gigih beratur kalau amaun x seberapa

tahun ni rezeki lebih tapi still x seberapa jugak tapi ambik pengalaman jugak untuk belajar tukar sendiri duit...

bank islam mula benarkan tukar duit mulai hari ni, sama jugak dengan hong leong bank, tapi ada jugak bank yang bagi lagi awal macam bank cimb, ambank, maybank, hsbc dan jugak ada yang bagi lagi lambat mulai minggu depan seperti bank rhb dan ocbc

awal pagi ghairah pegi beratur dekat bank islam, pastu jumlah ditukar adalah x sepenuhnya sebab join dengan kengkawan beramai-ramai kena cari bank lain plak, mula la atur bank yang ada, selain dari kumpul sampul duit raya...hihi

akhirnya selepas atur 6,7 bank jugaklah duit raya dah tukar semua, feel nak raya sudah ada :)

korang dah tukar ke belum?

Tuesday, August 7, 2012

vaseline lotion

tetiba rasa nak membeli lotion...haha bukan apa dah rasa macam dah lama x pakai lotion, sampaikan mak sedara dekat kampung komen kata tangan aku lagi kasar dari tangan dia, segan tetiba

beli lotion ni dekat watson tadi, cari botol yang paling kecik untuk percubaan nak memakai, suka plak bau koko dengan butter ni, harap-harap rajin la pakai, selalunya tahan 2 minggu lebih ja lepas tu orang ke mana lotion ke mana

Sunday, August 5, 2012

i'm 27

wah dah tua diri aku ni...hukhuk tapi jiwa feel muda..aci ka lagu tu? hari rabu lepas 1hb8 dah menginjak umo ke 27tahun...encik hubby kata aku dah 2 tahun tua dari dia...x pa sok lusa nek 26 plak umo dia, kami berbeza besday dalam 9 hari je pun...aku 1hb8, dia 10hb8...tu pun nak feel muda lebih...cheh

x celebrate personal ke apa pun kali ni...hari besday pegi kulim hi-tech makan-makan steamboat dengan bbq...ada la potong kek share ramai-ramai, x feel jugak sebab masa tu kalut kejar-kejar syaza yang tengah melasak, pastu melayan syaza makan sampai buncit perut...haha pemakan tegar sungguh anak dara tu

wiken baru ni balik kampung potong kek lagi sekali...x dak la nyanyi lagu ke apa...tapi still x feel jugak..haha ka sebab bulan posa...ka kena men tiup-tiup lilin, tapi dah tua bangka ni nak tiup lilin memang dah rasa semacam ja..haha

tapi dalam x feel tu tetap la berharap tahun ni akan bagi lebih pengertian pada mak budak ni...moga akan lebih bermakna dan lebih berkat hidup aku ni :)

p/s: result sem ni dah keluar...x dapat ad macam kak kb pun tapi bawah sikit dari ad pun jadilah...masih ada lagi semester akan datang untuk usaha lebih :)

Thursday, August 2, 2012

kisah disebalik galaxy y

hari selasa tempoh hari dah bergadget baru...beli galaxy y saja...yang mana mampu dan harapnya memudahkan urusan harian...bukan satu beli tapi dua bijik sebab since dari zaman bercintan cintun mesti nak enset sama...dulu akhir beli enset tahun 2008 kot. nokia express music ka apa nama dia, mahai kemain seribu lebih...beranakkan syauqi kejap ja dah rosak...kadang padam, kadang skrin pecah, dari sebelum ada syauqi kot dia asyik rosak, kemuncaknya trus gelap x cerah dah

sebagai ganti beli samsung murah ja, rm59 kot satu janji boleh call dengan sms...tapi hayat x lama, syaza lahir dalam 5-6 bulan dah rosak lagi...orang call x dengar, desperate nak beli baru tapi masa tu kewangan plak x mengizinkan...member kesian bagi pinjam phone dia, samsung yang sama...haha

enset encik hubby plak masa tu kejap skrin ok kejap tak ok, dok bertahan lagi selagi boleh sms dengan call...kena dok kira itu keperluan atau kehendak...kalau beli kena dua bukan satu...ganti dua-dua alang nak beli baru kan

cerita ipad tu lain plak, tu memang kehendak...hahaha tapi since 4 beranak boleh guna, kira adil la...biarpun selalu ja syaza gaduh ngan syauqi nak main ipad, siap dah pandai x mau share dengan abang...bawak ipad lari dari abang dia jauh-jauh

kemuncak yang paksa sangat cari phone bila henpon encik hubby lagi banyak gelap dari cerah...dapat plak duit time tu *bukan duit bonus ye* makanya buat bajet, kira-kira agak lepas trus cari henpon baru, beli dekat village mall, sp satu rm399 promo raya katanya...dapat less jadi rm380 free skrin protector ngan cover belakang...harap-harap panjang la hayat y ni dengan kami...hihi