Friday, February 10, 2012

bagi?? x bagi?? bagi??

kalau korang dekat situasi aku agak-agak apa solution korang buat? bila orang yang kira dekat la ngan aku...bila susah boleh mintak tolong, bila senang boleh tumpang senang...boleh gosip-gosip...ish boleh banyak hal la kan..tiba-tiba mintak something yang bagi aku adalah privacy dan kemudahan aku..

pendek cerita..(macam hal besar je kan...) cerita dia bila jiran sebelah rumah aku mintak passwaord wifi aku..mungkin dekat rumah dia line dah x kuat atau x full tapi still boleh detect dan tiba-tiba anak dia menjenguk dekat pagar sebelah mintak...

rasa macam x puas hati ohh...trus buat-buat macam x dengar ja..(mood x puas hati)

footnote: aku x bagi pun dekat dia

chim chum


tengok orang makan..then teringin ajak encik hubby pegi..tapi huhu aku rasa lagi ok yang aku pegi dekat ampang tempoh hari kot...makanan dekat kedai ni memang ok..tidak la aku menidakkan kesedapan dia..tapi periuk dia..huhu memang bikin panas tau

penat-penat bakar skali nak ambik jatuh dalam sup..huhu baik je aku rebus je awal-awal tadi lagi...pilihan jugak x banyak variety dan limited...tapi berbaloi dengan harga dia satu kepala rm19.90 sorang...kanak-kanak besar syauqi dan syaza tu free of charge..ye lah syaza banyak sepahkan kat lantai..syauqi lupa dunia bila nampak ketul ais..memang patut la x kena charge pun

tapi kalau nak di ratekan..memang x rugi untuk dicuba...boleh bakar-bakar, rebus-rebus sepuas hati..makan la sampai buncit..hihi

Thursday, February 9, 2012

syaza di usia 9 bulan 2 minggu

wah mood nak mengupdate belog ini sangatlah kelaut..huhu cuti sakan thaipusam bersambung ngan kalut kemas rumah selepas berhari kena tinggal..eh eh cite hal penting dulu la ya...



mek ni la...di kala usia 9 bulan 2 minggu (sambil rasa kagum dengan masa yang sungguh pantas berjalan..huhu) ye mek ni sudah mulakan langkah pertamanya masa cuti thaipusam tempoh hari...biarpun satu step jatuh, then lama sikit 2 step jatuh tapi boleh tengok langkah dia yang pertama dengan mata sendiri...sebagai seorang ibu sungguh rasa tersentuh dekat hati...

sangat merasa indah menjadi mak orang.. :)

Friday, February 3, 2012

si manis stevia


semalam selepas sesat barat mencari kilang produk minuman untuk inspection dan selepas sesi sejam setengah inspection berjumpa dengan satu fakta yang menarik untuk dikongsi dengan semua...jangan salah faham aku bukan nak jual produk depa ni cuma rasa menarik dengan apa yang diusahakan mereka.. :)

dan jugak selepas balik surf internet pasal pokok ni dekat cni, cni dan jugak sini..aku rasa macam semakin teruja nak kenal lebih lanjut..hihi pokok stevia kalau ikut nama orang kat kilang tu bagi kemarin pokok gula katanya...at first aku macam biasalah tengok kilang minuman...x fikir lebih lanjut..tapi bila dia bercerita pasal pokok stevia ni macam menarik...pokok ni adalah seperti tebu, ada rasa manis dari hujung pucuk ke hujung akar..hebat..dan dekat belakang kilang tu ada pokok tu dia kasi selai je pun untuk aku rasa dan ye memang manis pun..padahal aku cuma gigit sikit saja

antara lain kebaikan dia yang dibagitau
-boleh gantikan gula..ambik daun ni letak dalam dua helai yang fresh atau dah kering dalam air bancuh dah cukup manis dah
-air yang dibancuh tadi x kan menarik perhatian semut..hebat
-baik untuk penghidap kencing manis

dan paling aku suka bila dia kata pokok ni nak order cuma rm10 sepokok..haha dan-dan aku order
oh lepas ni lagi lambat la gula kat rumah aku nak bergerak..skang pun 2 bulan sekali beli gula..sebab jarang minum air bergula..kalau bancuh air cam milo ke teh banyak letak susu pekat dari gula..masak lagi la x letak gula..ke ada jugak orang goreng ayam letak gula??

Thursday, February 2, 2012

ride ride

mak dia yang mengidam ke anak yang mengidam adalah tidak pasti..haha kalau ikut masa cuti kismas hari tu nak beli dah..tapi sebab x jadi maka cuti raya cina baru beli..tu pun bgtau kakak ipar aku awal-awal mintak dia belikan..sebab dia beli motosikal ni dapat murah sikit..kalau saiz kecik rm130, saiz besar rm160..kat kedah penah la aku survey dapat dalam 200 lebih..huhu
budak ni mula-mula memang x pandai naik..tapi keinginan tu dah ada...kena ajar dia tekan butang reverse ngan front..tapi butang lagu jugak dia suka tekan..ada 5 ke 6 jenis lagu tah, selain butang volume untuk lagu, tempat plug untuk charge, kunci dengan start..moto ni guna bateri boleh tahan 3 jam ke lebih kot..x penah hafal brapa lama dia tahan tapi nak charge bateri kena 8 jam
abang bawak si adik naik moto...hepi la budak kat belakang tu x padan dengan kecik..haha sengih kemain lagi dua-dua
ni pagi esoknya..abang belum bangun tapi si adik bangun awal...merangkak laju pegi nak naik moto..bila letak atas moto kemain lagi senyum meleret

Wednesday, February 1, 2012

syauqi's toilet train

hari tu ada aku cerita pasal aku trainkan syauqi pegi toilet kan..well sama ada aku x cukup kuat ke sama ada syauqi belum lagi..huhu sampai hari ni masih lagi berpampers...adoi la nampaknya misi masih lagi gagal..tapi aku masih lagi berpendapat yang syauqi dah ready untuk diapers free cuma aku ja x cukup konsisten nak bagi berjaya..huhu

hari mula aku pakaikan cd tanpa insert nampak macam ok la setiap 30 minit aku bawak pegi toilet...tak terkincit pun dalam cd tu then hari second pakai seluar ja...banyak fail asyik la kena dok lap lantai..huhu then bila dah masuk keja lagi la susah sebab cuma ada malam ja untuk train..dah penat campur letih maka asyik la hold acara toilet train ni...ish hati kena kuat jugak ni

tadi terbaca dekat blog kak izzah pasal potty train anak dia selain dari blog mama imaan jugak pasal potty training..dan jugak tip-tip dari sini dengan sini pasal potty training nampaknya weekend ni kena usahakan bagi berjaya jugak...aku bakal bercuti dari hari jumaat nanti sampai ke hari selasa nanti..harap-harapnya kali ni berjaya la kot...huhu
budak ni la yang nak di potty train tu...huhu harap-harap berjaya la