Wednesday, June 15, 2011

pengalaman kedua...x sama macam pertama

dah nak masuk 2 bulan anak baru nak cerita pasal experience bersalin kan...tapi x pe lah sebagai kenang-kenagan dan ingatan bagi mek kecik tu bila dia besar nanti...bila tgk ohh macam tu rupanya aku dilahirkan dulu..eceh

aku hari kan patutnya due 15hb4 2011 tapi masa tu memang mek tu x nak kuar kot sedap dok lam perut mak dia lansung x ada tanda2 apa...habis semua petua nak bagi beranak dah aku terai..dari minum air kelapa (habis satu mayang) pastu ada orang petua suh basuh dinding bilik air...haha part ni mak aku suka berkilat je bilik air dia aku wat keja... pastu orang petua minum air teh dengan kuning telur pun aku try tapi kot lambat effect dia kot sebab lepas minum x trus sakit pun

then en hubby plak macam biasa la balik ujung minggu...dia kata nak balik sp jap ada hal...aku pun masa tu kata nak ikut kot2 sebab jalan jauh blh rasa2 nak bersalin...tapi sampai balik kg balik pun x sakit jugak...sempat la makan ice cream cornetto idaman kalbu (nak kena pantang setahun ni...huhu) aku ada cakap kat en hubby yang aku rasa macam 18hb mesti aku beranak, dia tanya kenapa? aku pun x tau..cuma rasa di hati macam tu..padahal masa cakap tu x dak pun tanda-tanda nak beranak

lepas dah settle semua urusan en hubby plak naik bas balik ke kl tempat berkursus dan elok2 je en hubby sampai duta dalam pukul 4 pagi cam tu aku mula rasa sakit...awal tu dalam 30 minit sekali, awal tu aku ingatkan sakit perut sebab malam tu makan laksa melampau pedas...pegi toilet kena plak paip air tercabut...kena kujut akak aku pegi tutup paip kat luar... masa pegi toilet tu tgk ada tanda darah...dah rasa nervous tapi pukul 5 br kejut mak kata dah ada tanda darah..time ni bajet lam ati sempat kot tunggu hari cerah...sempat kot breakfast dulu

tapi masuk pukul 6 dah makin kerap...dalam 5 minit sekali dah mak pun kejut kak aku suh bgn hantar aku g sepital...kak aku plak ingat nak pegi check perut biasa tu siap marah2 kata tunggu la dah siang nanti (time ni dia baru nak tido lepas aku kejut dia kes paip air pecah tu)...dah explain kata sakit nak beranak baru dia siap2...

sampai hospital nurse situ blh plak dok tanya macam2 padahal time aku memang aku rasa bukan 5 minit sekali dah tapi kerap sangat2 dah...tanya pasal kes uri rendah tu padahal doktor dah tulis dalam tu kata uri dah ok...ada sorang nurse suruh aku p kencing tapi aku memang x blh pegi dah sebab sakit sangat dan bila check bukaan dah 7cm...dan elok langkah ke labour room naik katil, nurse pecahkan air ketuban dah nak beranak pun air ketuban belum pecah lg teran 5 kali selamat lahirkan bb...nurse tu sempat puji pandai teran apa semua..habis ni dah kali kedua..dan syukur jugak dimudahkan cara

oh koyak kali ni macam hari tu jugak banyak jugak jahitnya...sampai aku troma kes jahit tu...huhu time jahit x sakit tapi bila dia lap dengan tisu tu azab la sakit..kuat kot dia tekan tisu tu, biarpun rasa lega sebab kejap sangat sakit kali ni dari pukul 4 ke pukul 7.12pagi...3 jam saja tapi contraction tu memang azab sungguh...macam tu rupanya rasa sakit bersalin normal

tapi kali ni sempat la rasa rooming in dengan baby sebab dari lahir sampai keluar wad memang baby ada kat sebelah ja...hospital tu plak aman sungguh sebab hari tu cuma aku dengan akak lagi sorang je bersalin...duk wad pun aman gila sebab orang x dak
ni la mek kecik tu  NURUL SYAZA RAIHANAH yang maksud cahaya jambangan bunga yang harum
berat masa lahir 3.3kg...lepas 10 hari dah naik 3.8kg  timbang lagi 20 hari naik 4.1kg dan last timbang 30 hari 4.5kg
pipi gebu semacam sebab masa hujung2 sebelum lahir mak dia makan bahulu satu tupperware besar...hehe

Sunday, June 12, 2011

first day keja :(

biasa la lama cuti mood masih kelaut lagi haa... tgk meja pun cam bersih semacam (sebelum ni semak melampau)...buka pc pun macam lain macam...blogwalking tengok blog sendiri dah bersawang...tgk email ada 400 lebih email x check, tengok fesbuk banyak plak member dah x solo dah...member2 yang memboyot pun dah beranak...uihhh ni aku baru cuti 60 hari dah banyak benda yang aku ketinggalan...banyak benda yang nak kena catch up banyak keja nak kena revise balik...ada hikmah jugak aku cuma cuti 60 hari ni (pasrah x dapat 90 hari)

tapi bila call rumah en hubby cakap adik merengek x brapa nak tdo...trus hati lonjak2 rasa nak bali rumah...huhu hai la hati...oh cerita2 basi pasal kelahiran baby dengan kenduri kendara sempena cuti skolah lain masa aku update...kena adjust diri sendiri plak dengan first day keja ni...bg korang tgk gmbr je la dulu yer


Nurul Syaza Raihanah Binti Mohd Sobriey

Tuesday, April 5, 2011

seploh hari...waa x lama dah

hari ni tgk lilypie dah lg 10 hari...dah x lama dah tu...tapi tanda-tanda jelas nak bersalin still lagi x nampak...tanda2 lain tu semua dah nampak harap-harap biarlah ontime dan x lebih dari tarikh jangka...x mo la lebih jangka ni sebab experience lepas kena induce sangatlah sakit...huhu

hari ni dah melawat klinik desa dekat sini, bgtau pasal pindah kes semua dan ahad ni kena jumpa doktor, sebab kes transfer...pengalaman dulu hari jumpa doktor tu la aku dah bersalin, kali ni kalau jadi macam tu jugak kira ok la sebab cuti bersalin aku bermula 10hb4...kalau bersalin lambat dari tarikh tu cam rugi la jugak...

tarikh exam final jugak dah kuar...kali ni aku ambik 3 paper ja final, lagi dua coursework yang x ada final, sangat berbeza aku rasa yang ada final dengan x ada ni, dan aku rasa lagi best yang x ada final sebabnya dah habis seminar trus blh berbahagia, ni dah habis seminar kena dok baca-baca lagi sebab nak prepare nak masuk exam...

kali ni aku akan masuk exam macam sem mula-mula dulu la dengan pakai stokin masuk dewan..tapi kali ni cuma dua kali pegi merbuk nun sebab ada 2 paper kena hari yang sama, pagi dan petang, tapi x pe lah penat satu hari ja, campur lagi satu hari kiranya cuma 2 kali penat g exam dalam pantang...lepas tu relax di rumah sampai habis pantang pastu tunggu bulan 9 nanti baru masuk belajar balik...lama gila cuti sem, nasib aku part time kalau full time leh g cari keja dah...hehe

apa-apapun dah kena sesuaikan diri untuk menghabiskan masa dirumah berlepak-lepak menonton tv sambil mengemas apa yang patut..jangan nanti bosan balik udahlah

Sunday, April 3, 2011

pjjj (perkahwinan jarak jauh)

dulu aku pikir x mungkin aku akan rasa pjj ni sebabnya memang aku plan dah siap-siap lepas habis je belajar n masuk keja, cari plak keja yang dekat-dekat ngan encik hubby, dan alhamdulillah lepas keja sekejap dapat offer yang betul-betul dekat ngan ofis encik hubby dan aku pindah x lama lepas tu kawen (ayat cam gatal plak)

tapi tu la ada gak merasa kami pjj ni sebab dari bulan 2 hari tu encik hubby berkursus dekat hukm selama 6 bulan, dah 2 bulan berlalu lagi 4 bulan nak diteruskan...kalau ikut hati ni dari awal hari tu tanak kasi ekcik hubby pegi berkursus...lama tu kena tinggal tapi pikir-pikir balik demi keja dia kenapa aku nak jadi penghalang plak

encik hubby pun kali ni merasa la betul-betul kegunaan bas ekpress tu sebabnya kena travel hujung minggu untuk balik jenguk aku ngan syauqi (x lama lagi jenguk adik syauqi skali)...tapi bila kenang-kenang balik eh dah 2 bulan yer...hari tu rasa cam lama tapi ni dah lepas 2 bulan...lagi 4 bulan untuk dihitung-hitung, tolak aku cuti 2 bulan pantang kat kampung pastu lg 2 bulan masuk keja semula dan encik hubby dah back for good...sangat x sabar menunggu masa tu

dan aku rasa lepas ni tanak dah pjj lagi (harapan la) sebab pjj ni memang mencabar jugak emosi ngan fizikal (nasib ada mak teman :) ) pada pasangan lain yang pjj lagi tu...anda memang hebat...aku x hebat nak lama-lama pjj nasib la 6 bulan je :)

Friday, April 1, 2011

lagi 14 hari...2 minggu lg tuh

ada yang tanya aku dah bersalin ke blum...dan jawapan aku adalah tidak...hihi masih lagi sedap dok kicking dalam tummy ni dan harapan aku biarlah lepas ahad ni...masa ni tgh bizi settlekan assignment last minit dan jugak prepare mental dan fizikal nak travel ke kelas buat kali terakhir sebelum menunggu baby

esok jika diizinkan nak kena ke puncak alam la untuk kelas epjj dan berangkat pulang hari ahadnya...cuti awal bersalin pun dah apply dan mula bercuti hari isnin ni...tunggu la bila baby nak kuar dirumah...mungkin lepas tu belog ni sedikit sepi sebab kat rumah x ada internet...nak ada pun kena ke seberang kalau mak buyung belum bersalin boleh lah keseberang untuk update belog tapi kalau x sepi lah belog ni

kemungkinan aku bercuti sampai awal bulan 6 kot sebab cuma dapat cuti untuk 60 hari saja bukannya 90 hari...x pe lah mungkin ada hikmahnya aku dapat 60 hari saja bukan 90 hari...nnt kalau dah meletup tu aku usahakan jugak war-warkan dekat cini yer...insyaallah

Wednesday, March 30, 2011

tanda-tanda hampir bersalin...

sejak kebelakangan ni macam selalu terasa-rasa macam sakit dekat pangkal paha dan sakit perut macam cramp dan dalam hati dok bertanya-tanya "ish dah makin hampir ke" biarpun ini adalah kelahiran yang kedua tapi masih lagi blur aku ni dalam bab-bab tanda ni...ye lah anak sulung acik guna ubat maa...induce 3 kali trus kuar

maka tadi google-google sikit pasal tanda-tanda nak bersalin dan macam mana nak tau kot-kot aku ni dah ada simptom-simptom dia...jap eh nak check:

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:


  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.(dah rasa...nak jalan pun susah ckit)




  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (slalu gak g toilet tp last time lg kerap kot...sebab 30 minit skali...ni masih blh tahan lg)




  • sakit perut, memulas (ni slalu gak rasa)




  • kerap buang air besar (ish x pasti lak, rasa masih lg cam biasa cuma x la kerap)




  • kerap terkentut (pun x jugak...budak bucuk tu lg kerap dari mak dia)



  • Keluar Lendir Pekat/Berdarah
    Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
    Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. (blum lg)

    Sakit Belakang
    Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. (x plak)

    Pecah Air Ketuban
    Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (haa yang ni lagi la x)

    kiranya satu, dua simptom tu sudah ada...masih ada masa lagi kot untuk aku berjalan-jalan pegi kelas weekend ni...pastu kalau baby nak kuar pun x pe la...dah ready menunggu orang baru ni...exsaited pun ada jugak :)

    Monday, March 28, 2011

    another 18 days...gulp!

    hari ni belek-belek belog sendiri (owh nak membelek belog sendiri pun sangat payah) lepas tu terperasan lilypie ticker (entah betul x aku sebut nama dia) ala countdown dekat tepi sidebar ni, dan perasan yang aku masih ada cuma lagi 18 hari lagi...hohoh sangat nervous

    hari ni ada ulangan untuk jumpa pakar dan review balik pasal uri rendah tempoh hari...harap-harap sudah jadi macam yang sepatutnya...semalam pegi melawat jiran sebelah rumah yang sepatutnya bersalin bulan empat jugak tapi sebab kes-kes x boleh nak elak kena ceaser lagi sekali...sangat jeles sebab anak dia adalah kembar, baby boy dua-dua...sorang 2.6kg sorang lagi 2.9kg, sihat betul (sambil dalam hati dengan luar hati dok komen-komen kat en hubby kenapa kita x ada salasilah kembar, sebab hati sangat teringin nakkan kembar..haha)

    dan sekarang ni tiap kali mandi mesti ukur kat perut baby dan turun ke belum...dan dalam ati sangatlah berharap kalau boleh biarlah bersalin selepas 3hb4 nanti sebab time tu kelas epjj yang last, kalau diizinkan biarlah sempat jawab paper mandarin ngan present research proposal sebab 2-2 paper tu x ada final, kalau ada final pun start lambat dah ujung bulan 4 nanti (lagi sekali aku pegi exam dalam pantang dengan pakai stokin segala...hehe)

    barang persiapan untuk orang baru jugak dah kira complete...cuma mungkin keinginan mengada-ngada mak dia nak tambah selai dua barang tapi rasa x payah dah kot, yang ada pun sudah cukup...sebabnya masa pegi kelas tempoh hari aku sempat la menjengah ke expo yang aku sangat teringin nak pegi tu dan menghabiskan duit en hubby membeli barang baby...ada jugak aku baca review setengah yang kata expo tu cam mahal tapi bagi aku ada la barang yang murah...yang murah tulah aku rembat, dan secara kebetulan memang dalam list barang yang aku cari...maka complete la list barang untuk adik syauqi...hehe (jangan x tau gigih ni naik komuter pegi expo beli barang pastu usung balik naik komuter jugak...nasib ada ladies coach)

    papepun saya sangatlah berharap kelahiran kali ini lebih mudah dari kelahiran abang dia yang dulu dan tempoh berpantang yang lebih mudah jugak dari hari tu...how i wish) moga-moga diizinkan oleh-Nya...amiiin

    Sunday, March 27, 2011

    pabila anak demam...

    syauqi selalu akan demam tiap kali kena cucuk dan aku kiranya bernasib baik sebab masa-masa lain dia agak payah demam melainkan dia sendiri pegi mengacau orang yang demam dan berjangkit...setakat umur dia setahun setengah ni cuma 2 kali dia demam sebab berjangkit, lain-lain demam tu sebab kena cucuk imunisasi...dan apa yang aku amalkan bila dia demam adalah:
    1. mula-mula sekali mesti la ambik cuti kan untuk jaga anak...biarpun pengasuh dia blh diharap nak jaga dia bila dia x sihat tapi biarlah aku berkorban janji demam anak aku tu x melarat
    2. bg makan ubat kalau ada...kalau masa tu time tu ubat dah expired nak ke klinik pun makan masa silalah ambik langkah alternatif lain...dah la budak sorang tu memang payah nak makan ubat...kena sorang pengang sorang lagi suapkan ubat
    3. kalau time malam, biasa aku lap badan dia dalam 15-30 minit sekali...lap ni satu badan dan masa tu memang aku x bg pakai baju lansung...bunyi cam kejam je kasik anak pakai pampers semata...tapi suhu badan dia x la mencanak sangat naik, agak-agak cepat sangat badan dia panas balik aku sambung balik lap badan dia. even kadang tu 5 minit sekali.
    4. kalau waktu siang aku mandikan dia lebih kerap...blh jadi 5 kali sehari...pun reason x mau bg panas badan dia naik mencanak jugak.
    5. bila petang nak maghrib tu biasa aku mandikan dengan air asam jawa....slalu budak tu mesti nangis sebab geli...tapi memang berkesan untuk turunkan panas badan dia...cara dia, lepas dah jirus ckit badan dia lumurkan air asam tu satu badan pastu biar dalam seminit dua x pun 5 minit pastu baru bilas balik

    dan aku rasa orang lain mesti lainkan cara amal derang...kalau nak share-share jugak boleh la share...mana tahu apa yang kita amal tu berkasan untuk anak orang lain jugak...tapi yang kat atas ni apa yang aku amalkan la...sebab bagi aku cara traditional itu lebih bagus dari bagi anak makan ubat demam....

    Thursday, March 24, 2011

    syauqi at setahun setengah



    semalam dah selamat kena cucuk dekat paha untuk setahun setengah...mula2 sangat semangat masa menunggu siap2 marah2 bila turn dia lambat kena panggil...duduk dalam bilik injection pun bukan main lasak...nak timbang pun bukan main payah...skali inject trus melalak...part ni mak dia jadi jahat gelak kat anak sendiri...bila aku dokong trus tunjuk keta sebab nak balik...(time inject tok dia pengang sebab masa yang sama mak dia g check perut dekat bilik sebelah) berat untuk setahun setengah cuma 10kg...x naik sgt maybe sebab lasak kot

    balik dari cucuk masih lagi ceria tapi petang dah start melalak sebab sakit kaki, jalan pun cam robot...ptg sikit lagi badan dah suam2...kena paksa ngan mak dia untuk makan ubat...anak bujang aku ni memang payah ckit nak makan ubat...malamnya kena dok slalu lap2 kasi x panas sangat dan hasilnya pagi tadi dah x demam dah...cuma kaki masih lagi cam robot...sakit x pun lenguh effect kena cucuk tu kot...

    overall perkembangan syauqi diusia setahun setengah
    1. mulut dah makin becok dengan certain2 word dah sebut dengan penuh seperti mana, nak, mama, papa, tok, takmau, ayaq
    2. makin lasak, kadang kalau luka ke jatuh kena g belek2 badan dia baru tau kata luka sebab dia x kan menangis kalau luka sikit2...risau gak bab ni
    3. suka menendang lately...mana blajar ntah...sangat susah nak fahamkan dia yang tu adalah habit yang x elok
    4. sangat suka naik motosikal...kalau naik mesti duduk depan dengan tangan pegang
    5. kalau mak dia baring mesti datang dekat nak cium perut...sambil sebut adik, adik...sweet je
    6. makin manja skang ni...byk minta didokong
    7. kadang masih lagi datang kat mak dia sebut nenen, nenen kalau biar mesti selak baju mintak...haih ada ciri2 nak berebut dengan adik nanti
    8.kalau berak mesti datang dekat tok dia mintak basuh...bila basuh boleh plak dok ee geli2 dekat taik sendiri...tah hapa2 je, kalau tanya plak sapa yang berak mesti cakap tok, kira bukan dia la
    9. bila ajak solat mesti sujud sampai berbaring dekat sejadah...dah siap sujud bagi balik kopiah x pun letak sendiri atas almari :)
    10. makan nak suap sendiri biarpun byk bersepah dari masuk mulut tapi still nak jugak makan sendiri


    sungguh tidak percaya dah setahun setengah membesarkan budak bujang sorang ni...how i wish takmo die besar...taknak meninggalkan zaman bb die... :(
    my bucuk-bucuk yang super lasak...

    Wednesday, March 23, 2011

    baby sedu dalam perut?

    skang ni macam selalu sangat rasa satu rhythm yang berulang-ulang dalam perut dan bila aku search dalam google dia cakap berkemungkinan baby itu sedu didalam perut...ohh boleh jugak eh baby sedu dalam perut...dan memang boleh kata almost setiap hari akan rasa rhythm tu...kadang 15 minit jugaklah...

    bila cakap dekat encik hubby mesti dia suruh minum air dengan alasan nak bagi baby hilang sedu dia...kesian plak kat anak dia sedu...dia cakap tapi sedikit musykil bagi aku...bukan baby memang duduk dalam air dah ker? nape mak dia nak kena minum air lg...x faham?

    Imbasan ultrasound turut membuktikan bahawa bayi dua bulan di dalam kandungan juga tersedu, sekalipun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan. Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan.

    sumber cni

    kiranya baby tersedu dalam rahim tu memang adalah normal la yer...cuma rasa sedikit x selesa bila baby sedu ni...perut berdenyut-denyut

    Tuesday, March 22, 2011

    confusing...

    selepas 4 hari tinggalkan rumah semalam baru sempat tgk surat2 dalam mail box dan semalam dapat surat pasal statement bank islam brapa dah bayar brapa lagi balance...statement personal loan macam normal ja tapi statement loan rumah macam sedikit pelik...err ada sapa2 yang buat loan rumah dengan bank islam jugakkah?? normalkah ada rebate untuk bayaran tiap2 bulan sebabnya statement tu dari bulan 6 smpi bulan 12 dan tiap2 bulan ada rebate...baik hati sangatkah bank islam nak bagi rebate tiap2 bulan tu...contoh kata aku bayar rm600.00 sebulan dan lepas tu rebate dia pun lebih kurang rm600.00 tu jugak...total rebate untuk 6 bulan lebih kurang dekat rm5000.00 jugak...byk tu dan makcik sudah konfius...

    encik hubby cakap tunggu dia blk nanti sambung belek lg statement tu...aku iyakan saja

    Wednesday, March 16, 2011

    freestyleku...sampai jugak akhirnya

    akhirnya selepas menunggu nak berfreestyle hajat tu terlaksana jugak...wah hati ini sangatlah hepi dari semalam berbunga2 x sudah2...hehe ye lah impian sekian lama akhirnya sampai jugak hajat...tapi...

    eceh ada jugak tapinya pump ku itu masih lagik di kampung dan hari khamis ni baru aku berkesempatan nak menengok dan merasa pegang...huhu x pe hari ni dah rabu esok je lagi...nnt review pasal guna lepas bersalin baru boleh stori mori sekarang ni review pasal beli saja...

    sebenarnya sejak masa dok menyusukan syauqi lagi aku dah teringin pam ni tapi masa tu kewangan agak tidak mengizinkan maka reda saja guna pam avent tu...biarpun manual banyak jasa dia dekat aku...setahun 2 bulan jugak aku guna dia...hasil pun memuaskan cuma...bese la kan hati ni nak jugak merasa yang letrik nak-nak plak freestyle x yah guna tangan...masa awal2 dulu kalau aku berkeras nak beli yang ni confirm encik hubby x kan kasik...dengan alasan ape ke mahal bebenor pam itu...ye lah dekat pasaran malaysia harga kedai dalam rm2199.00 uih dah boleh beli macam2 dengan rega tu...

    tapi lepas dipujuk-pujuk (ayat mesti power yerrr) dan akhirnya impian ku terlaksana jugak..kalau x beli mau tiap2 hari aku buka belog orang yang jual pam ni sambil melayan perasaan rasanya...hehe


    maka nanti lebih kurang macam ni la rupa pam ku...x payah guna tangan lagi...boleh la tangan guna wat keja len...encik hubby ada cakap pas ni jadi lembu la dah pam x guna tangan...ciss x pe lah demi anak ku sanggup...haha

    satu lagi hajat untuk tahun telah tercapai...lalalala

    Wednesday, March 9, 2011

    2nd motherhood expo 2011

    sangat teringin untuk menghadirkan diri...harap-harap hari tu berkesempatan la menjejakkan kaki dekat sini...huhu

    Tuesday, March 8, 2011

    check up 34 weeks...dapat berita lega

    hari tu masa check up 32 weeks doktor kata ada kencing kotor dan dari saat tu mula la aku kena ambik antibiotik, lepas seminggu review result masih lagi sama tukar plak antibiotik lain dan pastu kena tunggu lagi seminggu nak review plak...dan hari ni pegi klinik dengan hati berdebar-debar...

    ambik urin semua pastu tunggu jumpa doktor dan mula doktor scan bb tgk condition bb dan doktor cakap bb adalah ok nanti uri tu akan naik jugak maka tak payah risau...time dah rasa senang hati pastu tengok result urinalisis untuk hari ni pun doktor cakap ok sebab dah negatif...dan dan tu rasa lega dalam hati ni...berbunga-bunga gitu...hehe

    hari tu masa detect kecing kotor tu trus insaf mungkin sebab underwear semua yang dah ketat trus g beli br...ye la badan dah kembang kan...pastu beli pencuci wanita nak bg sentiasa bersih kan, selain dari minum air yogurt untuk bakteria baik...dan hasilnya memang tak mengecewakan...sangat suka hati dah tak payah makan antibiotik yang selalu terlupa nak makan...ye lah dia kata makan ubat tu sebelum makan tapi mesti teringat kata terlupa selepas makan...macam mana tu...kan kena tunggu makanan hadam pulak baru boleh makan ubat...hehe

    footnote: bb sangatlah aktif menendang skang ni sampai berombak-ombak baju bila bb bergerak

    Monday, March 7, 2011

    suka hati... :)

    gembira sebab semalam liverpool menang...muehehe dengan MU la tu 3-1 lg...hebat2...maga hari ini saya sangatlah suka hati...err pada penyokong MU tu jangan marah...lalalala

    edited: ok la makcik salah 3-1 tapi tetaplah menang...

    Wednesday, March 2, 2011

    bateri keta...

    last week macam biasalah sesi belajar ke puncak alamlah kita untuk menuntut ilmu...kali ni pegi kelas cuma bertiga je lagi sorang pegi lambat ckit dan kali ni naik kete aku plak...nama pun sistem gilir2 kan...tapi orang yang bawak keta adalah sama sebab die sorang je laki dalam 4 orang kami tu...nasib la ada sorang untuk tolong bawak kete ngan jadi penguat semangat dikala emergency...

    dan memang pun kali ni ada jugak emergencynya...sebelum ni macam dah terfikir dah pasal bateri kete tu...sebab dah lebih dari setahun...kali terakhir aku tukar adalah 8hb8 2009 masa ni dan lepas setahun orang kat kedai tu adalah cakap pasal kena berjaga-jaga sebab bila-bila masa ja bateri tu boleh mampos...dan kali ni lansung x ada tanda-tanda kata dia dah weak ke apa...

    malam tu aku bertolak macam biasa dan kali ni plan nak rehat dekat lepas kuar tol rawang tu...plan konon nak tdo kat surau la apa la...skali surau pompuan berkunci dan aku ngan memberlagi sorang kena la tdo lam keta je...paginya lepas siap mandi, wangi-wangi semua dan bila nak hidupkan keta bunyi cam x nak hidup...try lagi dan lagi still x nak hidup...dah la 3-3 bukan expert sangat bab-bab keta ni...

    nak panggil plus peronda tapi x lalu pun...ada skali lalu sebelah bertentangan tapi x sempat nak tahan...time tu la perasan pasal etiqa smart assist tu...call dia dan dia cakap la awak sanggup ke tunggu ni...sementara mekanik nak sampai...hello apa jenis soalankah itu? macamkan kami masa tu ada pilihan lain untuk tidak menunggu..call etiqa dalam pukul 7 lebih masa matahari baru nak jenguk-jenguk muka...still sejuk-sejuk tapi lepas mekanik tu sesat pegi entah kemana dalam pukul 9.30 macam tu baru dia sampai...perut tu masa tu dah berlagu rock, nasib jugak la kami berhenti dekat hentian tepi tu bukannya tepi jalan kalau x rasanya mesti berderet-deret tol truck nak tolong bg servis derang...

    lepas dia check bateri guna apa benda tah, pastu dia kuarkan jumper untuk startkan keta...jumper dia lebih kurang rupa gambar kat atas ni la...dan masa tu boleh dok kagum tgk jumper tu...haha dan magicnya lepas guna jumper tu trus hidup enjin keta...cis kalau awal-awal tadi dia senang start macam tu kan ok...x la kena tunggu lama kat situ...pastu mekanik tu tanya la nak tukar ke x bateri tu..lagi satu soalan, macam la masa tu kami ada pilihan lain...dia cakap total cost kalau nak tukar dalam rm215...owh mahal ckit tapi dah terdesak macam tu trus setuju ja...tapi bila tgk balik dalam blog ni last time tukar harga memang 170 lebih tapi campur kos labour le apa la last2 jadi 200 lebih gak, kira sama la kan

    bateri kali ni jenama bosch dan bateri kering jugak...untuk orang yang malas nak check selalu bateri ni baik guna bateri kering sahaja...senang tapi kena hati-hati la lepas setahun...mana tau jadi macam kali ni lagi...

    hari tu kami sampai dekat puncak alam dalam pukul 10 lebih dan kawan aku yang sorang sempat masuk untuk jawab test sahaja sebab kelas dia sepatutnya start pukul 8.30, aku ngan lagi sorang tu start pukul 10.45 sempat la pegi bekpes dulu dan masuk kelas betul-betul ontime pukul 10.45...kira ok la tu

    kesimpulan yang aku dapat adalah memang berguna etiqa smart assist tu sebab dikala macam tu ditempat yang kita x kenal sapa-sapa bantuan dari etiqa smart assist tu sangatlah berharga...pasni confirm renew insuran dekat ctu lg

    Tuesday, March 1, 2011

    set bersalin nr

    hari ni dah selamat membeli set bersalin ini...hari tu kan aku ada cakap pasal nak beli set ni dekat cni, harap-harap guna produk ni x dak la masalah sembelit macam hari tu...total cost untuk beli satu set adalah rm320...harga market kalau x salah rm365...kira ok la dapat murah ckit dari harga market...dan harap-harap jugak aku boleh habiskan the whole set nih...hahaha jgn nanti ada ja yang aku x habis guna...

    maka set bersalin dah tertunai...ni menunggu lagi satu wishlist untuk tertunai jugak

    Wednesday, February 23, 2011

    rezeki setiap anak tu memang dah ditentukan...

    dah nak masuk 33 weeks dan perasaan pun makin berdebar-debar...banyak yang terfikir dalam kepala, banyak lagi benda yang masih belum settle harap-harap menjelang masa aku bersalin nanti semua kerja-kerja dah siap...boleh bercuti dengan aman dan check list senarai barang baby pun semua dah list sebagai settle...amiinnn

    dan salah satu yang bermain dalam kepala adalah biarlah kali ni boleh menyusukan anak aku dengan jayanya sama macam abang dia dulu dan hopefully lebih baik lagi...kalau dulu aku x berkesempatan 24jam rooming dengan syauqi biarlah kali ni aku diberi badan yang sihat dan lepas bersalin boleh sekatil dengan baby...biarlah kali ni melalui sakit bersalin yang normal (sangat berharap hari isnin ni doktor pakar akan cakap benda yang baik-baik sahaja)

    dan betul la orang cakap yang berlalu tu jadikanlah pedoman...kalau dulu aku mampu bertahan setahun 2 bulan kali ni biarlah genap 2 tahun insyallah...kalau dulu aku berjaya fully breastfeed syauqi tanpa bantuan formula harap-harap kali ni pun macam tu jugak...biarlah masa syauqi dulu rezeki dia x melimpah ruah x sempat nak penuh freezer macam orang lain...cuma kais hari ni untuk esok tapi tetap cukup untuk dia dan harap-harap untuk adik dia lebih baik lagi...insyaallah

    tapi serius masa aku bfkan syauqi dulu tgk belog orang lain asyik letak gambar susu penuh freezer memang aku jeles...sebab freezer aku x macam depa tapi nak buat macam mana dah takat tu ja rezeki anak...biarlah x penuh freezer tapi jangan x cukup susu...tapi biarpun dah berpengalaman bfkan syauqi tetap terlintas dalam hati mampukah aku bagi cukup susu untuk adik syauqi...harap-harap berjaya la hendaknya...macam-macam usaha dah dibuat demi nak jayakan penyusuan kali ni dan harap-harap usaha tu berbaloi...amin

    Monday, February 21, 2011

    catatan: on life part 2

    eceh tetiba je ada part 2 plak kan...padahal alasan nak update blog sebenarnya tapi puas pikir nak letak tajuk apa dekat post tu...hahaha
    encik hubby dah selamat pulang balik ke kl semalam...naik bas kul 11.30, aku g hantar sorang2 dia naik bas sebab malas nak bawak budak kecik tu...last time aku bawak dia merengek la apa la bila balik kali ni g ja sorang2 biar dia tido dengan amannya sorang2 dekat rumah...eh x bukan sorang2 la, kan tok dia ada meneman kat sebelah kalau-kalau dia terjaga nak susu ke, mengigau ke apa kan

    dan sebab encik hubby dah balik boleh la kereta tu menjengah ke car wash...haha gila malas bini dia nak bawak kereta tu pegi carwash, dan nampak la kereta tu berkilat ckit kalau x  berabuk semacam ja macam keluar dari hutan mana ja...

    footnote: pasal entri sebelum ni kalau nak baca gak stori mori tu taip ja tajuk post aku (realiti sebuah kehidupan)...blog lagi satu aku x jumpa dah link dia sebab nama pun blogwalking x berjejak...memang nak search balik makan masa la jugak

    catatan: on 32 weeks pregnant

    semalam demi nak pegi check perut dan scan perut maka telah ambik cuti...lain reason ambik cuti adalah sebab encik hubby balik...yeay boleh la bermanja2 sekejap kan (sila muntah tempat len yer) dan memang berbaloi pun ambik cuti dekat klinik pun ambik masa setengah hari...dari timbang berat, ambik bp, ambik urin, tunggu jumpa doktor, masuk jumpa doktor, scan perut, kuar balik ambik urin, tunggu result, masuk balik jumpa doktor, kuar balik g ambik ubat, masuk balik jumpa doktor pastu scan bb lagi skali...dan dapatlah next appointment jumpa pakar...hukhuk

    ok2 ni baru betul2 punya cerita...semalam adalah appointment untuk scan bb untuk tgk condition dia kat dalam tu macam mana...boleh ke x bersalin normal ibu sihat ke n macam2 lagi la...pegi klinik rasa dah habis awal dah tapi ada lg yang lebih awal sebab masa aku sampai tu belum lg pukul 8 tapi dah dapat nombor 30...dasat2 tunggu punya tunggu kul 8.30 baru panggil untuk timbang berat then lepas 10 minit baru panggil untuk check bp...dah check bp pegi lak makmal untuk ambik urin ngan hb...pastu proceed ke tempat menunggu nak jumpa doktor...dapat lg 5 turn ingatkan dah cepat suh encik hubby datang skali kau tunggu dalam sejam gak la br leh masuk jumpa doktor

    then doktor scan bb semua dia kata bb ok, sihat n semua la pastu dia tanya ada masalah apa2 tak, aku pun gtau la kata sakit pangkal paha, dia kata maybe kencing kotor suh g lab balik ambik urin untuk check dan hasil dia memang ada trace kencing kotor, doktor suh g farmasi ambik ubat...jalan lg g farmasi lak...pastu dah ambik ubat dia dok tulis2 kat buku tu nampak result yang aku g scan swasta tempoh hari...yang tulis pasal uri rendah tu trus dia scan lagi skali dan memang uri naik x habis...ada naik dan ada lagi tinggal kat bawah...kena refer pakar next monday..hukhuk

    dan wish aku kat diri sendiri masa ni adalah biarlah uri tu naik sepenuhnya sebelum aku bersalin...nak la x dak masalah bersalin ni...x nak la macam last bersalin...bb kena masuk nicu la, aku demam la, kena induce la, mintak2 la dijauhkan induce2 ni...

    oh masa scan kali ni pun x nampak sgt bb lindung dengan paha dia x nak kasi mama ngan papa dia tgk kot...tapi doktor jangka adalah pompuan..ptg kemarin jugak aku dengan semangatnya beli gown segala...kalau kuar nnt ada bird jugak aku kasi sedekah ajelah gown segala tu dekat sapa2 yang bersalin anank pompuan...kalau x hepi gak la dah dapat sepasang nnt... :)

    Thursday, February 17, 2011

    realiti kehidupan

    ini adalah entri membebel kerana rasa tidak puas hati

    aku kengkadang suka gak berblogwalking dan terjumpalah macam cerita dan macam2 benda, ada yang best dibaca dan ada yang x best untuk dibaca, ada yang sedih ada yang suspen dan ada yang menggiurkan (err ni bila jumpa blog shopping online ngan blog masakan...hehe)

    dan recently terjumpalah blog pasal cerita2 kehidupan yang bukanlah satu fairytail tapi satu cerita ngeri bg aku...sebabnya pencerita adalah orang yang menderita bagi penilaian aku la...ada sedih dari tulisan yang ditulis tu...dan memang aku sangat anti dengan perampas laki orang ni...serius x kesah la laki orang ke, boyfriend orang ke, tunang orang ker...apa dan x cukup laki kat malaysia ni nak ambik hak orang...

    kalau dah kemaruk sangat cari la biarpun lombok ke, negro ke x kesah lah janji bukan berstatus hak milik orang lain, dan memang setengahnya guna ayat nak berkongsi kasih tapi apa kes bila dah dapat kongsi kau nak kebas untuk diri sendiri...sangat unfair ok...tidakkah anda tahu yang dunia ini bulat dan allah itu maha mengetahui...dan bila dah buat benda x baik tu akan ada balasan dia esok hari...memang la mendirikan masjid itu baik tapi masjid disebalik keruntuhan masjid lain...sangatlah tidak baik...malah berdosa lagi

    aku bukanlah hakim tapi dari segi pembacaan dah boleh dinilai dari kedua2 blog, satu blog yang laki kena rampas satu lagi blog yang merampas dah boleh nampak perbezaan...dari segi ayat yang ditulis dah nampak x cukup pembelaan...dah nampak sapa yang salah sapa yang menderita...dan satu yang aku x faham adalah bukankah kita sama2 perempuan...tidakkah anda tahu merampas hak perempuan lain adalah satu yang kejam dan x berperikemanusiaan...dan no wonderlah ada satu paper hari tu cakap yang orang malaysia ni makin kejam dan x bereprikemanusiaan...dan aku percaya memang pun!

    err korang nak link ker? rasa cam x gamak plak aku nak bg...huhu

    note: x pasal2 en hubby kena quiry ngan aku lepas aku baca blog derang2 ni...doa aku biarlah kami kekal dan x terjadi seperti cerita2 ngeri ini...mintak dijauhkanlah amiiinnn

    Wednesday, February 16, 2011

    catatan: on life...

    random update:

    1. masih lagi sihat walafiat biarpun minggu lepas adalah sedikit selsema tapi masih lagi tegar dan berjaya meneruskan sebagai ibu tunggal semetara...oh encik hubby bakal pulang hujung minggu ni...suka2 dah siap belikan tiket pegi dan balik supaya x jadi lagi macam masa menghantar tempoh hari...menunggu bas xtra yang patut pukul 12 tpi pukul 1.30 br nak muncul...sangat hampeh

    2. budak kecik tu ada la bunga2 rindu dekat bapak dia dan bila buat video call untuk borak dengan bapak dia lepas letak ja mesti buat perangai...esoknya mesti jadi termenung, jalan pun x stabil tiba2 boleh jatuh sendiri...kesian jugak yer...tapi kadang2 nak tergelak pun ada...hehe

    3. bila dah nak dekat due macam2 nak kena settle, oh nama bb blum cr, bj bb pun blum basuh, barang pun byk x lengkap lg, breastpump kena postpone beli (sadis), keja masih x settle, esemen x siap (ni blh masuk lam kategori jugakkah?) sabar2 pizet, tarik nafas...huhu kena siapkan satu2 supaya boleh duduk dirumah dengan aman

    4. cuti 90 hari rupanya masih blum lg kuatkuasa kat ofis aku ni...eh bukan pekeliling kata start bulan 10 thn lepas ker? aku pun x faham, katanya tunggu kelulusan kerajaan negeri baru boleh kuatkuasa, nak kena masuk meeting segala...oh nasib la aku x keja bahagian sumber manusia, kalau x mesti orang marah aku selalu...ni aku dah nak bersalin macam mana nasib entah la...huhu ada feeling2 nak bawak sepanduk "saya nak cuti 90 hari" tapi malu itu masih menebal

    5. rupanya duduk dengan mak ni cam ok jugak patut la orang dah kawen pun still nak duduk dengan mak, hehe duduk dengan mak yang which mean mak yang masak...balik keja dah blh trus makan, wah sangat suka tapi rasa x boleh dibiasakan nanti lama2 aku jadi malas pulak...hehe banyak lagi yang mak buat...tapi x la privasi sangat bila duduk dengan mak ni...ada jugak la pro n cons dia...x pe lah cuma 2 bulan je pun duk dengan mak lepas ni dah berjauhan balik dengan mak..bermanja2 sekejap

    6. dah jadi pjj sekejap ni rasa sangat salute pada orang yang dah lama berpjj...memang sangat hebat mereka, rasa percaya perlu sangat tinggi...selain dari komunikasi...dan rasa rindu yang sangat menebal...x pe2 bln 7 dah habis dah...kejap je tu...tiba2 rasa nak buat countdown...haha (poyo je kan)

    7. last week balik kg terkejut bila mak angkat syauqi mati kena langgar dengan motosikal, sadis mungkin dah sampai masa dia kot, dan adik aku yang sekolah menengah masih lagi x tau kucing tu dah mati, mak aku x nak kasi tau takut nanti menangis x sudah plak mengenangkan kucing kesayangan dia tu...lepas dia x ada la yang nak tunggu tepi tilam bila balik kampung, yang nak kalut lebih bila syauqi menangis, yang nak tahan kena buli dengan syauqi, sanggup tu dia tunggu syauqi duk buli dia...sabar je la

    8. hari ahad depan nak kena scan bb untuk tengok progress dan boleh ketidak beranak normal, sangat nervous sebab masa scan klinik swasta tempoh hari doktor ada cakap pasal uri kat bawah, biarpun tempoh ni uri tu patut dah naik atas tapi masih lagi kat bawah, maka dah cuak...tapi x de pun bleeding, mungkin lambat ckit kot uri tu kembali ketempat asal..biarlah kali ni beranak secara normal...sakit bila sampai masa, x mo dah masuk ubat yang sangat menyeksa tu...huhu

    9. dah nak masuk akhir2 pregnancy ni dah makin kerap aku menjengah toilet, ada ckit lagi rasa nak letak kerusi ngan meja tepi toilet, ish satg orang salah faham aku ni penjaga toilet plak, tapi series asyik rasa nak terkencing je, nak2 bila si kecik dalam perut ni tendang2 bawah...seksa jangan terkucil dalam seluar udah la...x pasal2 aku balik awal plak dari ofis

    Thursday, February 10, 2011

    innalillah...moga ditempatkan dikalangan orang yang beriman

    agak lambat bercerita bukan apa minggu lepas agak sibuk selepas mendapat khabar yang tak diduga sampaikan aku dan encik hubby sedkit terkejar-kejar masa...tapi alhamdulillah semua urusan telah pun selesai dan sempat la aku bercerita...

    hari sabtu dan ahad lepas kan aku macam biasalah ke puncak alam untuk sesi seminar kelas e-pjj aku, dan sem ni aku cuma pergi dengan kengkawan sekelas, encik hubby dan budak kecit tu duduk kat rumah, sebelum aku kekelas tu ada jugak encik hubby cakap kata ayah dia aka bapa mertua aku masuk spital, memang dia ada sakit2 tapi bukan sakit yang sampai x leh bergerak cuma sakit biasa2...dan plan kami nak ambik cuti raya cina balik kg

    skali masa on the way blk dari kelas ahad tu akak ipar aku col cakap yang bapa mertua aku dah meninggal...trus cam kaku jap...dan member aku yang bawak keta trus jd 140km/j...hehe dan encik hubby pun asyik tanya jauh lg ke

    balik rumah pun x sempat rehat apa trus pack barang dan gerak balik kelantan, time tu dah pukul 10 mlm, dengan minyak keta time tu ada la kot 5 bar nasib la sempat sampai jeli dan isi minyak, ada jugak stesen minyak 24 kat jeli, kalau x kami laki bini kena tolak keta...hehe smpi kampung dalam pukul 4 pagi kot, sempat la pejam mata 2 jam sebelum bangun plak...dan efek lepas travel non stop tu adalah sedikit serak suara aku...

    encik hubby aku tgk macam steady je, aku x tau la apa dia rasa...kalau dia simpan dalam hati pun entah la kan...
    arwah bapa mertua aku...moga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman...amiinnn

    macam mana nak pos motosikal guna pos laju

    ni sebab hari selasa hari tu aku poskan moto encik hubby pegi ke kl untuk kegunaan dia sepanjang dia kat sana dan lepas2 ni kalau ada orang tanya boleh je aku check balik sequel dia kat cni...dan kalau ada orang nak cari pengetahuan boleh jugak baca di sini saja...

    aku masa awal tu byk jugak tanya orang kot2 sapa ada pengalaman kan dan lepas tu banyak la cerita yang aku dapat pasal harga, prosedur dan macam2 lagi la...sebabnya sepupu aku penah pos moto guna ktm dan dia cakap macam x secure sgt dan risiko side mirror patah x pun hilang, tapi harga memang murah, dia kata try la tanya nationwide

    dan esoknya aku col la sambil google info yang mana berkaitan, lepas col nationwide, kangaroo ngan abx ngan pos laju ngan ktm dapat la sikit rumusan
    -kalau ktm cas dia dalam RM107, estimate sampai dalam 2-3hari kena bawak geran sekali time nak pos moto dan tempat ambik adalah dekat kl sentral
    -kalau nationwide pulak harga dalam RM140+10%tax, estimate sampai dalam seminggu
    -kalau pos laju pulak harga dalam 160+20%tax estimate sampai dalam 4-5hari bekerja ambik dekat pejabat pos laju terdekat
    -lain2 kurier dia cakap x terima moto
    -minyak kena kasi minimum yang mungkin dengan alasan mengelakkan kebakaran

    dan lepas fikir2 semua campur tolak darab aku ambik choice nak hantar guna pos laju, try la cari orang nak bawak moto tu pegi pejabat pos laju sebabnya masa tu encik hubby dah kat kl nun, aku plak memang lansung x reti bawak moto, takat tolak moto tu blh la...hehe last2 sepupu aku cakap boleh dan cari orang plak bunag minyak dalam tank sebab seminggu sebelum tu encik hubby isi penuh minyak moto dengan alasan sempat la dia pegi keja dan minyak tu tinggal suku, tapi x sempat bila jd kecemasan tempoh hari, minyak yang dah wak kuar tu aku bg ja trus kat orang yang tolong buang minyak tu...kalau aku ambik macam x guna gak

    dah sampai pos laju isi borang dia cakap la kos nak pos dalam RM180, ohh cepat sungguh rega naik yer, tapi dah hntr kan ok aje la, then dia suruh buang side mirror dengan no plat belakang, time ni cam terkejut, tiba2 makcik nak kena jd mekanik nih, siap dia bg spana ngan skrudriver, puas usaha last sekali sepupu aku kata dia bawak g kedai repair keta dekat ctu, x sampai 3 minit dah datang balik, padahal sebelum tu dekat sepuluh minit kami usaha x berjaya...huhu dia kata minyak kena bg tinggal suku tank, ok yang tu done la kan...isi borang semua pastu dia tanya nak pos helmet x...oh boleh rupanya pos helmet sebab masa tu x bawak helmet sekali, time tu proceed ja pos yang mana ada

    balik rumah ambik helmet pegi balik sana then kena tambah duit lg RM5.75 untuk helmet pulak.
    kiranya summary hari tu adalah'
    -kos untuk pos moto adalah RM180
    -insuran kalau nak ambik adalah RM1.50 setiap seribu, aku ambik 2000 maka RM3
    -kos nak pos helmet sekali RM5.75
    -minyak kena kasi suku tank
    -side mirror dengan no plat belakang kena cabut untuk elakkan patah tapi still pos sekali dengan moto
    -kunci pun pos sekali jugak
    -kalau pakai pos laju x yah bawak geran pegi sekali
    -estimate masa sampai dia cakap habis lambat adalah seminggu

    dan nasib baik jugak pegawai kat pejabat pos sangat mesra alam...suka aku nak pegi lagi...err nak pos keta boleh jugak ke eh? mana la tau kan malas nak drive smpi kl boleh kita poskan jugak...hehe

    Wednesday, February 9, 2011

    bukan x boleh tapi malas...

    aku rasa semenjak dah kawen ni macam satu tabiat plak yang aku biasakan dan encik hubby pun memanjakan dan membiarkan tabiat aku tu berterusan sebabnya lepas kawen ada setengah benda yang sebelum kawen boleh ja aku buat tapi dah kawen macam orang x reti dan kalau boleh memang aku x kan buat antaranya:
    -isi minyak keta sendiri...aku memang malas nak isi minyak keta kalau boleh sampai dah berkelip2 baru aku pegi stesen minyak dan biasanya encik hubby akan bawak pegi isi minyak keta..padahal yang bawak keta tu aku, dia nek moto ja g keja
    -ambik duit kat atm...padahal kat bawah ofis aku ni ada dua atm, satu bank islam satu lagi cimb dan aku seboleh2nya sanggup lg bg dia pegang kad aku dan aku cuma mintak duit kat dia ja tiap2 hari...
    -check angin tayar keta, ni lagi satu tabiat malas aku...hehe bawak je keta nak isi angin pun malas
    -buangkan sampah...selalu aku bungkuskan ja siap2 dan encik hubby pegi buang
    -bawak keta pegi basuh...padahal masuk mesin ja kan tu pun malas nak jejak...tapi nampaknya minggu ni kena la pegi jugak dah macam kelabu asap dah keta tu

    oh dan semalam aku berjaya pegi isi minyak keta sendiri dan nasib baik stesen minyak tu ada assistant tolong isikan minyak, aku cuma pegi bayar kat kaunter ja...bagus2 lepas ni mesti aku jejak kaki lg ke sana...tapi bab2 lain tu alahai kena la jugak buat sendiri...dah berjauhan kan...lepas ni kena buat countdown la bila encik hubby nak balik kursus boleh aku x yah buat semua2 tu...haha (masih lg x insaf)

    Tuesday, February 8, 2011

    bermula semalam...

    sejak dari semalam jadi la aku ibu tunggal sementara...huhu eh tidak aku belum lg dapat title j tu...biarlah x dapat smpi habis hayat...amiin sebab aku jadi ibu tunggal sementara sebab en hubby sejak dari semalam dah berada di hukm nun berkursus selama 6 bulan smpi hujung bulan 7 nanti baru dia blk cni...biarpun masa weekend blh je dia blk tapi tetap x sama dengan dia ada kat cni tiap2 hari...huhu tapi x apa lah demi kerjaya dia aku pejam ajelah sebelah mata biarpun 6 bulan kena tinggal...

    sementara en hubby berkursus dia akan guna motosikal dia dan tadi dah selamat aku pegi pos dekat pejabat pos dan estimate masa sampai sana dalam seminggu katanya...sementara tu naik dulu la public transport ye encik hubby...

    si budak kecit tu semalam dah start tunjuk perangai lepas video call ngan bapak dia dah start merengek ngan tunjuk perasaan semua...rindu kot sebab selalu kalau dia wat pangai bapak dia la yang memujuk ni tukang pujuk dah duk jauh...mak dia ni x brapa melayan sgt nasib la tok dia ada nak layan cucu seorang...ohh sementara encik hubby pegi jauh mak aku meneman kat umah smpi aku cuti bersalin nanti...nanti harap2 encik hubby dapat la bercuti seminggu sempena aku bersalin kalau x ish sedey gak ni bersalin tanpa encik hubby...

    doa aku biarlah aku boleh jd ibu tunggal 6 bulan ni dengan selamatnya...lama jugak berjauhan ni...orang2 yang kawen tapi duduk jauh2 ni memang hebat menahan dugaan...moga2 aku pun macam tu la amiinn

    Monday, January 24, 2011

    khas buat ibu yang x mo menyusukan anak derang

    artikel yang aku jumpa dalam metro hari ni dan rasanya x rugi untuk dikongsi dengan orang lain...
    RAMAI wanita bimbang mengenai masalah payudara kendur sehingga ada yang mendapatkan pelbagai rawatan untuk menegangkan payudara. Ada pula berpendapat penyebab utama payudara kendur kerana sering menyusui anak.
    Secara saintifiknya payudara adalah kelenjar yang berfungsi menghasilkan susu. Struktur utama payudara dibentuk oleh kilang kelenjar susu.

    Di sekeliling kilang kelenjar terdapat tisu lemak, kolagen dan ligamen. Payudara tidak mempunyai otot atau tulang.

    Oleh itu saiz payudara bukan saja dipengaruhi oleh kelenjar susu yang ada tetapi juga oleh berapa banyak terdapatnya tisu lemak dan kolagen di sekeliling kelenjar susu itu.

    Menurut Konsultan Laktasi (IBCLC) dan Pensyarah Kanan, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Zaharah Sulaiman yang sekarang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana (PhD) di Universiti La Trobe Melbourne, Australia dan membuat kajian mengenai penyusuan ibu di kalangan wanita bekerja dia menolak dakwaan mengenai faktor menyusu menyebabkan payudara kendur.

    Katanya, ini kerana bentuk dan saiz payudara seseorang boleh dipengaruhi faktor umur, gen (keturunan), etnik dan pemakanan seseorang wanita. Adalah satu kebiasaan bagi payudara seorang wanita berbeza saiz antara yang kiri dan kanan di mana satu lebih besar dan kecil.

    Dr Zaharah berkata, terdapat beberapa faktor menentukan bentuk payudara antaranya keanjalan ligamen yang menampung atau mengampu payudara serta tarikan graviti secara semula jadi yang akan menyebabkan payudara kendur.

    "Payudara bersaiz besar dan lebih berat akan mempunyai tarikan graviti yang lebih. Tarikan graviti ini akan menyebabkan ligamen dan kulit payudara tertarik dan menyebabkan kekenduran.

    "Bentuk dan saiz payudara yang normal juga berbeza-beza. Ada bersaiz kecil dan besar. Ada yang bulat dan ada bentuk panjang dan lonjong.

    "Begitu juga dengan bentuk puting payudara. Ada puting timbul, leper dan tenggelam. Semua ini adalah kepelbagaian dalam bentuk normal," katanya.

    Menurutnya, peningkatan usia penyebab utama kekenduran payudara.

    Jelasnya, payudara kendur adalah proses semula jadi wanita kerana pembentukannya dipengaruhi hormon estrogen.

    Katanya, kekenduran payudara menjadi lebih nyata semasa menopaus apabila aras hormon estrogen amat berkurangan.

    Beliau berkata, proses kekenduran payudara tidak nampak ketara bagi wanita mempunyai saiz payudara amat kecil kerana mempunyai tarikan graviti lebih kecil.

    "Merokok adalah penyebab utama kekenduran payudara. Ini kerana rokok merosakkan elastin iaitu sejenis fiber protein yang memberi ketegangan dan keanjalan kulit seseorang.

    "Oleh itu apabila seseorang merokok, ini akan merosakkan elastin dan mempercepatkan kekedutan serta mengurangkan keanjalan pada ligamen.

    "Merokok juga boleh merosakkan tisu ovari (kilang telur) yang bertanggungjawab menghasilkan hormon estrogen.

    "Estrogen adalah sejenis hormon wanita yang dirembes oleh ovari untuk merangsang pembentukan payudara," katanya.

    Menurut Dr Zaharah, kekerapan kehamilan juga punca kepada payudara kendur.

    Jelasnya, ketika hamil, payudara seorang wanita mengalami perubahan ketara apabila kelenjar susu mula membesar sebagai persiapan untuk menghasilkan susu.

    Katanya, pembesaran kelenjar susu mengurangkan tisu lemak pada payudara.

    "Selepas bersalin dan apabila penghasilan susu tidak lagi diperlukan (sama ada wanita itu menyusui anaknya ataupun tidak), kelenjar susu akan kembali mengecut.

    "Tisu lemak yang telah berkurangan tidak kembali semula ke peringkat sebelum hamil. Begitu juga dengan keanjalan ligamen yang mengampu payudara berkurangan.

    "Justeru jika wanita kerap hamil, perubahan saiz payudara juga berlaku dengan kerap dan ini akan menyebabkan kekenduran boleh berlaku dengan lebih cepat," katanya.

    Menurutnya, wanita kerap hamil walaupun tidak menyusukan bayi mempunyai risiko untuk mendapat payudara kendur lebih cepat.

    Katanya, faktor terakhir ialah penurunan berat badan ketara menyebabkan tisu lemak berkurangan.

    Jelasnya, namun kulit dan ligamen tidak menegang dengan pengurangan tisu lemak ini akan menyebabkan payudara kelihatan kendur.

    Katanya, berdasarkan semua fakta di atas wanita tidak perlu takut menyusui bayi mereka kerana menyusu tidak meningkatkan risiko kekenduran payudara.

    "Susui bayi anda kerana banyak manfaat kesihatan diperoleh bukan saja kepada bayi tetapi untuk ibu.

    "Kajian menunjukkan wanita menyusui bayi berisiko lebih rendah mendapat kanser payudara dan kanser ovari daripada wanita yang tidak menyusui bayinya.

    "Bayi yang mendapat susu ibu juga lebih sihat dan kurang risiko untuk mendapat jangkitan kuman.

    "Namun kajian ini tidak membandingkan antara wanita yang menyusui dengan wanita yang tidak menyusui bayi terhadap kekenduran payudara. Kajian ini melihat apakah faktor yang menyebabkan kekenduran payudara. Ini adalah dua pernyataan yang berbeza," jelas Zaharah.

    Katanya, wanita yang tidak pernah mengandung atau menyusui anak juga turut berdepan dengan masalah payudara kendur kerana proses penuaan dan perubahan semula jadi.

    Apa yang berbeza, ujar beliau, kekenduran berlaku lebih ketara kepada wanita yang mempunyai risiko seperti di atas.

    Kekenduran berlaku dengan lebih ketara ketika wanita mengalami menopaus kerana kekurangan aras hormon estrogen. Wanita yang mempunyai payudara yang lebih besar (oleh itu payudara lebih berat) boleh mengalami kekenduran dengan lebih cepat disebabkan tarikan graviti yang dialaminya lebih ketara," ujarnya.

    Menyedari kepentingan payudara sama ada untuk menyusui bayi atau dianggap sebagai aset kecantikan wanita, kebanyakan wanita mencari rawatan bertujuan mengembalikan keanjalan payudara. Di pasaran terdapat pelbagai produk kecantikan bertujuan untuk mencantikkan payudara. Secara umumnya Zaharah berpendapat kesan diperoleh hanya bersifat sementara terutama ketika produk ini digunakan. Apa yang harus diperhatikan adalah kemungkinan kesan sampingan produk itu yang boleh berlaku sama ada dalam jangkamasa pendek atau panjang.

    Ada juga wanita yang menjalani pembedahan plastik payudara sama ada untuk membesar atau mengecilkan payudara untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang diidamkan. Ini juga tidak bertahan lama dan pada kebiasaannya perlu dilakukan beberapa kali untuk mengekalkan bentuk yang diingini. Lebih-lebih lagi untuk yang beragama Islam, perbuatan ini haram di sisi agama kecuali pembedahan itu dilakukan atas sebab-sebab kesihatan (seperti membuang ketumbuhan).

    "Saya merasakan apa juga yang dilakukan hanya mampu untuk melambatkan proses kekenduran, hakikatnya kekenduran payudara akan tetap berlaku. Ini adalah kerana proses penuaan adalah fitrah. Payudara seperti juga organ lain, ia anugerah Allah. Jika seseorang suami atau lelaki tertarik kepada wanita hanya disebabkan ketegangan payudara yang dimiliki oleh wanita itu, maka lelaki itu hanya mengimpikan sesuatu yang sementara saja.

    "Ini kerana proses penuaan ini bukan saja dialami wanita tetapi lelaki. Jika isteri atau wanita mengalami penuaan, maka suami atau lelaki juga mengalami fasa penuaan yang dikenali sebagai andropaus. Keberkatan dan kebahagiaan rumah tangga bukan terletak semata-mata pada rupa paras fizikal tetapi juga keserasian dan kebolehan pasangan untuk menerima pasangan masing-masing seadanya dengan kekurangan masing-masing," katanya.


    Panduan menjaga payudara:

    1. Jangan merokok

    2. Menyusukan bayi. Ini kerana menyusu anak adalah hak seorang anak untuk mendapatkan nutrisi terbaik dari ibunya. Lebih-lebih lagi ia benteng terbaik yang boleh mengurangkan jangkitan kuman kepada bayi dan mengurangkan risiko kanser payudara pada ibu.

    3. Penggunaan coli. Terdapat banyak pendapat mengenai cara penggunaan coli. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kajian menunjukkan penggunaan coli boleh mengelak payudara kendur. Ada kajian yang mengatakan coli boleh mengurangkan kekenduran hanya pada masa coli itu dipakai. Apa yang lebih penting adalah menggunakan coli yang sesuai dengan saiz dan bentuk payudara seseorang. Coli yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan pada tulang belakang (belikat) dan juga tidak baik untuk postur. Terdapat coli yang dibuat sesuai digunakan untuk mengampu payudara ketika menjalani aktiviti sukan.

    4. Senaman. Secara umumnya, senaman fizikal bertujuan untuk menguatkan otot. Walau bagaimanapun, kelenjar payudara tidak mempunyai otot. Tetapi payudara hanya terletak di atas otot dada. Oleh itu senaman fizikal yang boleh menguatkan otot dada ialah berenang kerana secara tidak langsung boleh meletakkan payudara pada tempat yang lebih kemas. 

    artikel dari paper metro...maka lepas ni kalau x mau bagi susu dekat anak jangan dok buat alasan kata breast kendur ke apa...carilah alasan lain (read:nada tensen dengan orang yang buat alasan nak lawa pastu x mo bg susu kat anak...kalau alasan kesihatan ke x cukup ilmu ke boleh lagi diterima)

    Sunday, January 23, 2011

    kalendar akademik baru...

    nampaknya betul la aku akan bercuti sem lebih panjang macam entri aku yang sebelum ni pasal cuti yang lebih panjang tu...tapi mestilah ada pro dan cons dia kan, sebabnya lepas tu lansung x ada cuti sem...ambik kau lepas exam trus start kuliah baru...mungkin sebab nak selaraskan masa kot...dan semester lepas tu cuti sem dia pun x panjang sangat...cuti pendek ja...huhu dan lebih buruk ckit cons dia bila tgk tarikh tamat belajar aku habis cepat pun jadi 2014 bukan lagi 2013...huhu lambat jugak nak dapat ijazah...tu pun kalau x ada sangkut paper dan la aku grad 2014 kalau dak jadi la 2015 ke 2016...ishh nauzubillah mintak2 la sempat 2014 tu aku grad...amiin


    nak tengok lebih lanjut g kat cni... owh harap2 sem ni dapat la flying colour yang di idam2kan...harap2 lah

    Wednesday, January 19, 2011

    legionnaire

    tengok akan tajuk kat atas cam eh ape benda kan legionnaire tu..ooh tiba-tiba makcik jadi rajin nak bercerita pasal penyakit alah ada la selit-selit sikit pasal study dah nama pun student separuh masa kan...itu baru separuh habis kalau sepenuh masa?? fikir-fikirkan haha ni sebab pagi ni terbaca cerita psal penyakit ni dekat bali yang entah bila aku nak jejak kaki...

    sedutan akhbar kosmo
    DENPASAR - Pihak berkuasa Indonesia masih menyiasat laporan tentang wabak penyakit legionnaire yang merebak di pulau peranginan Bali, kata seorang pegawai semalam selepas 10 warga Australia pulang ke negara asal mereka dengan dijangkiti penyakit tersebut.
    Ketua Jabatan Kesihatan Bali, Nyoman Sutedja berkata, kerajaan Australia telah memberikan maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak tersebut tetapi setakat ini tiada tanda-tanda penyakit itu ditemui.
    "Kami sedang menyiasat selepas menerima satu laporan daripada konsulat Indonesia. Kami tidak menerima laporan mengenai individu yang dijangkiti penyakit legionnaire daripada hospital-hospital di sini," katanya.
    "Pihak kami percaya penyakit itu berpunca daripada hotel-hotel yang gagal menyediakan bekalan air bersih," tambahnya.
    Jabatan Kesihatan Australia Barat memberi amaran kepada rakyat negara itu yang melawat Bali baru-baru ini supaya berwaspada mengenai simptom penyakit legionnaire yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.
    Simpton penyakit legionnaire menyerupai selesema yang antara lain seperti demam, ketar, sakit otot, sakit kepala, letih, hilang selera makan, cirit birit, batuk kering dan sukar bernafas.
    Penyakit itu berpunca daripada bakteria yang membiak dalam air terutamanya persekitaran panas seperti tab mandi, tangki air panas, sistem paip air dan sistem penghawa dingin. - AFP
    sedikit info yang aku baca dari laman web plak

    penyebab sakit ini adalah dari bakteria Legionella
    • boleh merebak melalui air dan sistem penyejuk udara bangunan besar(air cond) dan juga shower tetapi tidak merebak dari manusia kepada manusia.
    • simptom penyakit ini adalah demam, menggigil, dan batuk. ada juga yang mengadu tentang sakit kepala dan sakit otot.
    • simptom biasa berlaku selepas hari ke 2-14 selepas terdedah kepada bakteria tersebut.
    • penyakit ini sukar dibezakan dengan pneumonia lain kerana simptom yang hampir sama.
    • penyakit ini boleh dikesan dengan ujian x-ray ataupun ujian makmal bagi menentukan bakteria penyebab penyakit.
    kumpulan berisiko

    • berumur 65 tahun keatas
    • perokok
    • menghidap masalah jantung
    • menghadapi sistem imuniti yang lemah

    biasa dirawat dengan antibiotik Erythromycin

    sedikit info selingan di pagi hari...

    Tuesday, January 18, 2011

    sem baru...kepala udah ting tong

    pejam celik pejam pejam ehh dah terlebih pejam kan rupanya dah masuk semester 4 aka semester 7 aku ambik degree rupanya...result adalah hampeh jugak semester lepas maka silalah salahkan diri sendiri sambil hempas2 kepala dekat bantal tanda sedih dengan result yang malu nak tunjuk dekat orang tu...hahaha lain la aku dapat ad nnt masa tu baru la aku nak war-warkan dekat satu dunia kata aku dapat ad kan...ni dah dapat result pun cukup2 makan lepas tu jatuh pointer dari semester lepas padahal orang lain beranak pinak jugak masih jugak score 3 pointer lebih...huhu

    ok habis dah sesi mukadimah aka ceramah tengah hari untuk diri sendiri...huhu hari sabtu dengan ahad lepas (dikala warga kedah bercuti am sebab besday sultan kedah) aku dengan selamatnya dah masuk kelas untuk semester baru dengan harapan berkobar2 nak baiki result semester sudah2, harap2 dapat la aku pointer yang lebih membanggakan diri sendiri hendaknya...amiiinn

    dan mengikut kata2 pensyarah semester baru ni kena selalulah menjenguk ke iclass dan meninggalkan jejak anda disana...aku pun dah kata semangat berkobar2 kan balik esok tu trus buka iclass dah kata esemen, nota, kena check dan donlod kat sana...tapi adalah hampeh! apa pun x ada...dah jadi clueless lecturer x upload ke sistem masalah ke mata aku masalah sebab aku x nmpak sebarang butir esemen pun dekat ctu...err ada wakil2 mana nak komen?

    semester ni jugak aku ambik mandarin sebagai bahasa ketiga dengan harapan lepas ni jumpa mana2 apek cina ke minah2 amoi ke leh la aku tegur dengan confidennya dalam mandarin...chewahh angan2 tu harap2 jadi la realiti...tapi itulah masuk first class pun lidah cam tergeliat...first class kot baru lagi orang kata...lepas ni terer la kot...selain dari lepas ni nak kena cari lab yang guna alat yang buat western blotting...jangan tanya aku apa benda alat tu nanti lepas aku jumpa lab yang ada alat tu baru aku cerita lebih2...kalau x jumpa lab gov terpaksa la aku kuar duit g bp lab x pun apa2 lab swasta yang ada kat sp ni...nasib sp banyak gak lab swasta...ehh hubby aku bukan keja lab ke...hehe

    maka semester ini jugak aku dengan ini berazam nak rajin2 baca x nak dah last2 minit...sudah2 la duduk pointer cukup2 makan tu...nak gak merasa 3 keatas dan atas...amiiinnn

    Friday, January 14, 2011

    watermark untuk diorder

    sticky post untuk 48jam yer...untuk entri baru silalah scroll down ke bawah

    sekarang ni banyak orang suka uploadkan gambar naik ke internet kan...macam-macam jenis gambar pun ada kan dan untuk nak selamatkan gambar anda dari diciplak atau orang copy masuk page orang lain dan jugak nak bagi gambar tu lebih eksklusif hanya anda ja boleh ada hak untuk gambar tersebut bolehlah letak nama anda dekat gambar tu...canne ekh nak buat?

    alah skang ni kan orang letak nama dekat gambar tu apa nama lain orang panggil waterwark...kiranya gambar itu adalah ekslusif hanya anda yang punya...lebih kurang macam tu la...

    maka bila ada watermark bolehlah nak mark gambar macam ni
    ataupun macam ini
    dan jugak begini

    harga yang ditawarkan pun murah-murah sajo dari serendah RM3 anda boleh memiliki watermark anda sendiri. Berminat? kalau berminat boleh la masuk dan lihat-lihat dekat dalam belog ni eh http://2watermarks.blogspot.com/  sebarang pertanyaan pasal cara nak mengorder bolehlah bertanya pada tuan empunya belog tersebut...jangan tanya kat makcik plak x reti eden bab-bab membuat watermark ni haa...tanya yer jangan x tanya...nak runding harga pun tanya beliau jugak yer...hehe

    Thursday, January 13, 2011

    trifle yang teringin last2 siap jugak buat :)

    selepas berapa hari dok teringin pastu barang beli siap2 tapi hasil x nampak2 kan sampai encik hubby dah perli2 bila nak siap trifle aku maka semalam dengan bantuan encik hubby siap jugak la trifle yang diidam-idamkan...lalala

    Trifle
    bahan-bahan
    1 gulung swiss roll / kek coklat / kek buah (ni aku guna swiss roll chocolate)
    1 tin fruit coktail (aku tukar guna nata de coco sebab x suka sgt fruit cocktail)
    1 gelas susu cair
    2 gelas air
    1 sudu esen vanilla
    3 sudu makan tepung kastad
    2 – 3 sudu makan gula
    1 kotal serbuk jeli berperisa strawberry (aku guna perisa blueberry...pun sedap jugak)

    Caranya
    1. potong kek dan susun dalam bekas...kena bg mampat2 ckit kek tu
    2. Tapiskan nata de coco daripada airnya. Jiruskan air ke atas kek.(agak2 bagi kek basah dah ok la sebab air die kan manis)
    3. tabur nata de coco atas kek.

    Cara membuat kastard :-
    1. Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air, esen vanilla. Kacau di atas api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat. (kena kacau selalu dan satu arah ja kacau tu...kalau x nanti berketul)
    2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit. (tunggu la dalam 15 minit cam tu kalau x nnt x cukup keras dan campur dengan jeli)

    Cara membuat Jeli (pz guna kristal jeli nona) :-
    masak dengan 2 cawan air atau ikut sukatan label 400ml air dan kacau supaya tidak berketul. Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukkan………

    ni masa tengah susun2 kek...encik hubby yang potong dan susun...aku jadi mandur...haha guna bekas dadih ni dapat dalam 20 bekas sekali buat
    susun2 nata de coco plak sebab bekas comel je maka potong nata de coco tu jd 8 bhgn kecik2 baru nmpk comel2 ckit dalam bekas
    ni lepas isi kastard...
    ni plak step last isi jeli tapi sebab kastard x betul2 beku dah letak jeli panas tu maka ada setengah bekas jeli tu bercampur dengan kastard...rupa adalah sedikit tidak comel
    ni bekas yang masih comel la...hehe
    bila dah siap kita susun2 dalam peti ais bg sejuk supaya lebih sedap dimakan...hehe jemput2 semua

    Tuesday, January 11, 2011

    cuti yang lebih panjang??

    sebelum ni cuti semester dalam 3 bulan yakni mei sampai julai tapi bila tgk announcement baru kat web istudent nampaknya lagi lama la aku bercuti semester ni...wah sempat la bb nanti besar ckit baru kena tinggal/ travel ngan mak dia pegi kelas...wa wa lama tu mei sampai september goyang2 kaki...lalala

    korang masih muyskil? haa p la tengok kat link ini dan jugak ini

    set bersalin

    aku sebelum ni guna set bersalin leesa formula...idak la nak kata produk tu x bgs cumanya masa berpantang itu hari ada masalah sembelit dan lama jugak aku sembelit makan masa 3 bulan jugak la...sampai jadi trauma aku nak membuang air besar...huhu

    makanya untuk berpantang kali ni aku dalam kiraan nak try set bersalin brand ni plak sebabnya dari review yang aku dapat kira macam testimoni pengguna la si a: ok la aku guna x sembelit pun nak membuang lancar ja
    si b: ok la dah x sembelit macam pantang sebelum ni

    maka selepas dapat testimoni yang macam tu aku pun jd konfiden la nak try brand ni...harap2 lepas guna tiada lagi masalah sembelit macam hari tu...bengkung plak memang aku x beli br kot guna je yang sebelum ni yang akak ipar aku bg...sgt menjimatkan...hehe

    ohh korang kalau ada pendapat yang lain dari testimoni si a dan si b tu boleh la bgtau yer...sebab aku belum lg nak beli ubat ni nnt dah masuk 8 bulan br beli kot

    Monday, January 10, 2011

    teringin...

    tekak tiba2 rasa nak makan puding trifle pulak...kena tgk kerajinan hari ini...kalau berjaya boleh la aku tepekkan gambar dekat blog ni...hehe sebelum ni dah penah buat tapi gmbr x beruploadkan atas sebab2 kerajinan jugak...hehe

    gambar yang menterliurkan aku...huhu dan2 tu jugak aku g beli swiss roll td...jangan last2 swiss roll tu habis makan macam tu saja sudah lah...hehe

    Sunday, January 9, 2011

    wishlist 2011

    ok masa untuk mengupdate wishlist kat sebelah ni dah brapa hari dah masuk tahun baru tapi wishlist masih lagi 2010 sangatlah x up to date kan...tapi untuk 2011 ni rasanya x nak lah wish byk2 sebab riso x tertunai biar padat tapi semua tercapai kan..kan

    untuk 2011 ni wish aku x byk cuma 5 je

    yang pertama


    harap2 dalam sebulan dua lagi bolehlah aku merasa beli breastpump ni...dah tanya2 jugak dekat orang jual breastpump ni moga tercapai la wishlist aku yang ni ini hendaknya

    yang kedua

    ni pun sudah siap perancangannya jugak cuma tunggu masa kalau x ada aral boleh la kot aku merasa wishlist ni jugak

    yang ketiga


    ni sebenarnya dah ada satu hadiah masa syauqi lahir hari tu...cuma saiz dia agak membataskan aku nak usung dengan kereta kecik aku tu...dok kenen2 dekat encik hubby dan tgk rezeki nnt boleh la beli yang saiz comel ckit yang bila lipat mudah nak simpan dekat but kereta...x de lah nak beli sampai ribu2 kan yang murah pun ok cuma boleh masuk but keretalah

    yang keempat

    tahun lepas cuma bercuti sambil berkursus harapan tahun ni biarlah betul2 pergi sebab bercuti...santai2 dekat atas bukit pun x apa tepi laut pun boleh...janji namanya adalah bercuti

    yang kelima

    nak jadi insan yang lebih baik pada diri sendiri, famili dan jugak pekerja yang lebih baik insyaallah...hari yang mendatang moga akan bagi yang leibh baik dari semalam hendaknya...amiin

    debit kad

    skang ni byk gak bank promo debit kad eh...apa beza yer debit kad dengan kad kredit? ada yuran tahunan cam kad kredit x? ni bukan apa ni sebab dua tiga menjak ni byk la jugak iklan2 pasal debit kad ni menerjah aku makanya jadi cam berminat tapi tu la kan byk sangat pilihan maka terfikir jugak mana yang lagi ok mana yang lagi mudah nak berurusan....

    kalau nak suruh pakai kad kredit memang aku big no no la kan sebab sebelum ni ada jugak pakai kad kredit dari dua bank tapi bila fikirkan interest selepas guna pastu nak kena byr balik maka aku lebih pilih debit kad sebab konsep dia masukkan duit dulu baru guna kalau x ada duit dalam kad tu maka duk je diam2...hehe macam ok jugak macam tu...x nak la nnt utang makin bertimbun sebab terlebih guna...

    mungkin bagi setengah orang fikir alah baik pakai je kredit kad senang...tapi bg aku yang gaji x seberapa ni maka berfikir byk kali jugak sebab kredit kad kan konsep dia lebih kepada hutang...utang yang ada pun asyik dok kira bila nak habis byr kan abis nak tambah lagi utang2 tu...tidak sama sekali...huhu

    so korang mana debit kad yang lagi ok yer?

    Wednesday, January 5, 2011

    roti jala

    rasa macam lama plak aku x cerita2 pasal aktiviti masak memasak ni...ye lah asyik masak ala kadar je kalau masak pun siap je trus ngap x de dah ambik2 gambar ni...x nyempat sebab ada sorang budak yang pantang nmpk apa je aku masak atau beli mesti trus bunyi nak2...kalau x bg plak skarang ni dah pandai wat tunjuk perasaan...tp tgk time jugak la aku nak melayan tunjuk perasaan dia tu...hehe aku kan ibu tiri...ngeh ngeh

     ni semasa proses masih lagi dalam blender...saje kan nak snap2 gak...owh masa tgh kirai x sempat plak snap2...dah satu kerugian nih
     ni la assistant kecik yang slalu tlg mama dia time mama dia masak...acara yang ditolong adalah memunggah perkakasan dapur dengan masuk berdiri dalam periuk lepas tu susun2 semua barang tu dekat ruang tamu...sanggup tu angkut semua barang dari dapur bawak pegi ruang tamu...bila suruh senyum trus buat muka macam tu...heh
    ni plak adalah selepas siap dan sebelum dingap...jimat masa makcik boleh buat makan malam dan sambung skali bekfes pagi td...nyum nyum jemput makan semua

    Tuesday, January 4, 2011

    tahun baru...

    macam agak lambat nak wish dekat org tahun baru tapi nak gak wish happy new year dekat semua orang... :) semoga sukses2 selalu dan tercapai la azam2 anda untuk tahun yang baru ini...moga tahun baru ini lebih bermakna dari tahun2 yang lepas...

    azam aku tahun ni rasanya agak sama kot dengan tahun lepas dan kalau boleh nak tunaikan azam tahun lepas selain nak jadi muslimah yang lebih baik, ibu yang lebih baik, isteri yang lebih solehah(chewahh) dan juga anak yang lebih baik insyaallah...pendek kata nak jadi baik la semuanya...

    dan kalau boleh nak perbaiki mana kekurangan dalam diri aku ni baik dari segi kerjaya dan jugak pendidikan...sem lepas agak hancuss kan maka kena la menginsafkan diri dan lebih muhasabah (owh tiba2 terus insafkan)

    tapi rasanya dalam kepala otak aku ni banyak fikirkan pasal baby kot yelah dalam bulan 4 dah nak masuk anak dua, dengan preparation baby x ready lagi, dengan kewangan yang gelong2 ni...kena rajinkan diri bekerja...tahun lepas ada jugak plan nak berbisnes tapi sampai hari ni impian masih lagi jadi imian...rasa org yang buat bisnes tu dah kaya raya aku jugak dok macam ni...hmmm

    owh korang dah pegi update buku asb ker? semalam tgk maybank memang sgt pack dengan manusia...teringin jugak nak tengok dividen simpanan aku yang ciput tu tapi bila bank yang biasa x berorang tu tiba2 pack dengan manusia buat aku fikir 5,6 kali jugak la nak jejak dalam tu...hmmm

    apa-apapun selamat tahun baru pada semua :)

    Monday, January 3, 2011

    mencari-cari

    sejak aku dah tak guna broadband dari line c tu skang ni macam x berinternet la dekat rumah kan...macam boring la plak duk rumah bila x keja, selain melayan budak kecit yang duduk x diam seminit tu melainkan time tdo selain tu macam bosan je x ada aktiviti sangat makanya harus cari alternatif kan...

    dan dah puas jugak aku cari2 pakej internet yang mampu pakai dan balik modal, bukan apa dulu masa pakai broadband ni kena pilih tempat baru line dia laju dan x putus2 tapi bila tempat macam x sesuai line susah nak connect, x pun kejap sambung pastu putus pastu bila dah sambung balik lansung x boleh buka page apa pun...makanya broadband dulu bg kat abg aku biar dia je sambung guna dan bayar bulan sebab bulan 10 tahun ni br habis kontrak...

    nak pakai w1max plak kat rumah aku x masuk dalam kawasan coverage nak try maxis atau digi dan risau takut jadi cam broadband dulu makanya buat keputusan nak guna streamyx...tapi dok usha2 rega ni nape yer mahal bebenor kalau sampai rm110 sebulan cam x balik modal la plak memang la dia bg line telefon tapi nak buat apa aku nak internet je telefon ada satu skang ni cukup la...macam kan aku ni gila bergayut plak nak guna byk2 line...ada gak encik hubby buat lawak dia kata kalau dah pakai pakej rm110 tu x yah dah pakai line skang ni telefon tu kan x dak wayar usung je la g pejabat...ngeh ngeh sabor je la aku nak usung telefon cordless tu merata2

    mungkin aku kena buat lawatan ke pejabat tmnet kot tanya lebih lanjut...malu bertanya sesat jalan kan...tunggu la esok atau lusa bila keja tidak la menunggu...bila yer??