Sunday, November 28, 2010

berpisah dengan anak...aku memang x sanggup

hari tu kan aku kena pegi seminar alah x lama pun dari 21-23hb dekat kl dan budak kecit debab tu aku tinggal dengan tok dia dekat kampung...dan masa tu baru aku rasa kot macam mana mak2 yang keja jauh tu kena berpisah dengan anak derang...yang jumpa 2 minggu sekali or sebulan sekali...seriously memang aku x sanggup...duduk dalam rumah tu dah macam orang gila bayang je...dulu gila bayang dekat bapak dia tapi skang gila bayang bila berpisah dengan anak dia...memang aku x rela...buat semua benda asyik teringat dia je...dan masa tu aku fikir mak2 yang tinggal anak derang tu hati memang cekal sebab bukan senang dok jauh dari anak ni...tapi aku x la sampai berendam air mata kan cuma bila teringat sangat2 tu aku col la tanya dia dok buat apa...

dan hari jumaat lepas dengan nekadnya ajak encik hubby balik ambik dia dekat kampung...esok ambik cuti jaga dia sebab pengasuh dia mintak cuti...korbankan la cuti tahun aku yang tinggal sejemput tu...layan budak kecit tu kat rumah...dan hari ni encik hubby jadi mr mama jaga dia sorang2 kat rumah even tadi balik sekejap ja hantar lauk dengan nasi untuk derang...esok turn aku plak...hmmm

Wednesday, November 24, 2010

rasa marah itu tidak menguntungkan...

hari ni pagi2 lagi kena berhadapan dengan manusia yang pemarah...x faham jugak kadang2 x boleh kah kalau bercakap dengan bahsa yang sopan apakah bila marah2 tu anda akan dilayan dengan lebih sempurna?? tapi aku rasa kalau cakap dengan bahasa yang lebih sopan ni layanan orang pun lebih dan orang pun x rasa nak sumpah2 kita...

kes dia macam ni dia datang tu dengan muka yang ala2 samseng sebabnya anjing dia kena tangkap olah bahagian kami...ye la bila dah lepas luar dari kawasan gate rumah dia dah jadi satu kesalahan ikut undang2 kan lepas tu bila dah kena tangkap nak suruh staff tu lepaskan anjing dia balik tanpa budi bicara dah jadi satu kesalahan dah kalau buat macam tu...dah x boleh lepas maka datang kat ofis marah2..konon nanti anjing dia x makan la duduk kat dalam tahanan tu lepas tu anak dia menangis la...walau apa pun alasan dia salah tu tetap la salah tapi x bolehkah bercakap dengan bahasa yang sopan...budi bahasa kan budaya kita...berfikirlah secara rasional sebab x ada salah bila bercakap dengan lebih sopan ni...

dan bila dia marah2 orang yang berlawan cakap dengan dia pun naik moody sama2 jugak tapi tu lah kan customer is always right walau macam mana pun nada dia bercakap tetap x boleh marah balik dekat dia tapi dia tetap kena ingat kakitangan kerajaan ni tetaplah manusia ada hati dan perasaan yang bekerja takat terdaya...x bolehkah anda bercakap dengan nada yang lebih sopan sebab tu tidak merendahkan martabat anda pun...sungguh aku x faham

Saturday, November 20, 2010

berkursus...lalala

lepas raya trus p berkursus...nun di tengah kl dekat2 dengan pwtc...21-23hb...
apa syauqi? oh budak kecit tu duduk dengan tok dia jd budak kampung kejap...pandai2lah tok dia melayan kejap mak dia p berjalan...hehe lgpun tok dia dah sangat exsaited sebab cucu duduk dengan dia sebelum ni mak dia memang x nak bg kan...ok lah apapun daaa...

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya aidiladha

wah esok dah nak beraya dah kan? tapi kenapa yer mood nak beraya haji kali ni memang sangat2lah tidak ada...kuih raya satu habuk pun aku x beli...baju raya pun pakai balik baju raya posa yang lepas ja...tapi dalam x semangat tu ada satu je aku semangat sangat...semangat nak cuti...hehe ye lah kedah kan cuti raya haji 2 hari dah raya hari rabu, sambung ke khamis lepas tu jumaat dan sabtu cuti am campur2 dah jadi 4 hari...yeay

mak aku pun macam x sabar je asyik dok tanya bila aku nak blk...last2 dah aku pening sangat bila tanya banyak2 kali ni aku dah terjawab kata nak nak balik hari rabu...opsss hehe hari rabu kan dah raya ada jugak yang nak kena sekeh sebab nak balik pagi raya...hehe

apa2pun selamat hari raya buat semua...selamat menjalani ibadah korban jangan korbankan diri sudah... :)

Sunday, November 14, 2010

revise edd(due date bersalin)

well peknen kali ni byk kali jugak la jumpa doktor dan check up memacam...yang terbaru hari isnin lepas jumpa untuk scan balik tgk due date yang dah lari jauh tu lepas tu tengok result test untuk anemia tu...alah yang ambik darah, urin dan stool tu...dan hasil ujian adalah x ada apa2 yang nak dibimbangkan sebab sebelum jumpa doktor tu ada jugak ambik hb dan hb terkini adalah 11.7(rasa sedikit lega kat situ) ohh time ambik hb ni rasa nak puji ckit dekat mlt yang ambik tu sebab macam ok jugak la dia ambik hb ni ckit pun x sakit...sebab pengalaman lepas ada nurse yang ambik hb ni sampai sakit hujung jari aku tu dekat 3 hari...sangat lah x pro dan nnt lepas beranak berkemungkinan aku kena hadap nurse tu lagi...huwaaa

ohh hasil scan dan tarikh masa scan hari tu dan yang terkini memang x berubah maka doktor kata x payah ikut tarikh period tu ikut yang scan dan due date baby adalah 15 april 2011...time dapat tau tarikh due date tu macam blank sekejap (oh tak habis2 nak blank) sebabnya sem depan kalau ikut kalendar aku akan exam final bermula 20 april dan kalau aku jadi bersalin 15 april maka lepas 5 hari beranak aku dah kena pegi duduk exam yang x kurang 3 jam tu...dan kalau bersalin sah2 la aku akan balik berpantang dekat kg di kuala nerang dan kena travel ke sungai petani nak ambik exam dan lepas tu balik ke kuala nerang balik...agak hazab jugak bunyinya...tapi lepas tanya mak aku dia kata doa lah supaya aku dimudahkan bersalin dan mudahlah jugak aku nak ambik exam nnt...aku pun harap2 macam tu jugak...amiiinnn

dan dengan ini makcik nak simpulkan yang tarikh terkini due date baby adalah 15 april 2011 dan bukan lagi 24 march 2011...harap2 dapat bersalin dengan mudah kali ni x nak lagi dah induce2 ni semua...aminnn

no connection...

aku kan hari tu dok bising2 kata broadband line c tu macam lembab nak mampus kat rumah aku maka lepas bincang2 dengan en hubby dan kalau nak stop plan tu memang x bleh sebab kontrak masih berbaki setahun dan akhirnya offer kat abg aku dia nak x ambik broadband tu cuma sambung bayar bil bulan2 dalam rm50...dan dia pun setuju maka aku pun x lg boleh beronline dari rumah cuma kat ofis ja boleh online sekejap2 dan oh memang seksa beronline kat ofis ni...sebabnya...2 minggu lepas server kat ofis aku problem...maka senyaplah aku dari dunia internet...hambik kau...belog pun dah x berupdate...semua cerita x boleh nak cerita dekat belog...isk2(sedih woo...)

ohh dalam pada tu ada jugak bercita-cita nak ambik streamyx tapiiii aku kan x lama lagi nak tambah lagi sorang in the family dan expense jugak mungkin bertambah...maka impian itu mungkin x dapat direalisasikan lagi...huk huk (sambung sedih)

tapi x pe hari ni line sudah ok...hoyeah...(gelak ketawa yang jahat) dan exam final untuk sem ni jugak sudah habis hari jumaat lepas (sambung lagi gelak jahat) maka hari rabu ini aku boleh beraya sakan...biarpun en hubby cuma cuti hari rabu saja dan dia akan keja balik hari khamis dan jumaat tapi x pe sebab aku cuti dari hari rabu membawak ke hari sabtu....lalala ok nnt2 aku sambung story mory ye...till then daaaa