Showing posts with label syaza. Show all posts
Showing posts with label syaza. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

lembut hati?

wah tadik kemain lagi sesi luahan perasaan marahkan si pengasuh...haha skang mood rindu dekat si syauqi..lepas sesi luahan perasaan dekat mak then mak plak bukan bleh bab cucu-cucu kesayangan ni..lepas sesi speech terapi adik aku dekat hospital alor star, trus lajak dengan kakak datang rumah aku ambik si syauqi...dah mak dia plak rindu-rindu dekat syauqi..haha sentimental plak

syaza plak sebab malam-malam harus ngempeng ngan mak dia maka tok x ambik la bawak balik kuala nerang...tinggal syaza ja hantar pengasuh sampai hari rabu ni..sebab hari rabu malam dah balik kuala nerang sebab khamis pagi nak bertolak ke johor..nak g tengok si qaireen sofiah..lalala

dan bila syauqi x dak ni..leh la lama-lama depan laptop..anak dara dah lena dari tadi...x dak orang nak berebut laptop cam slalu..hukhuk

dan lepas sesi borak-borak dengan pengasuh dia petang tadi macam terfikir..apa salahnya bagi peluang dekat dia lagi..yaa memang aku mudah lembut hati..kelemahan aku jugak kot..mudah sangat maafkan orang..kadang marah-marah then x lama dah rasa macam nak borak-borak balik macam biasa macam x ada apa..huhu lagipun dia jaga syauqi dengan syaza adalah baik-baik...kalau luka pun dia bgtau...x de la sembunyi-sembunyi kalau calar-calar ni..mungkin patut diberi peluang memperbaiki kelemahan..dia jugak manusia..

lembut sangatkah aku??

hai la pengasuh

sekadar sesi meluah perasaan...aku x sure plak pengasuh aku ada baca belog aku ni ke dak? haha bukan apa kadang ada jugak rasa x puas hati dekat pengasuh anak-anak aku ni...dia start mengasuh sejak dari syauqi umo 2 bulan lebih dah aku hantar dekat dia...kalau dari segi penjagaan memang puas hati...siap potongkan kuku..dulu syauqi pakai cloth diapers..kadang tu siap cucikan cd tu..biarpun berkali-kali aku pesan x yah cuci cuma masukkan dalam wetbag tu ja

tapi dia ada komplen pasal cd tu x lama lepas tu dan syauqi macam x selesa pakai cd...aku pun stopkan hantar cd kat dia dan zaman syaza pun x dak dah bercd bagai ni..cuma disposable diapers ja...dua-dua jugak bersusu ibu masa awal-awal dan skang syaza masih lagi bersusu ibu..syauqi saja tidak...

pengasuh aku ni anak baru ja sorang..pompuan yang tua setahun dari syauqi...maka total sehari dia menjaga cuma 3 orang saja, syauqi, syaza dan anak dia...aku memang x komplen la bab anak melasak, calar ke jatuh ka sebab memang natural budak nak membesar ada luka ke calar tu memang adat la kan...

cuma sejak bertambah jadi dua ni aku perasan la jugak..dia dah makin banyak komplen..syaza x nak duduk la, syaza x mau minum susu la, x mau makan la, boleh ambik awal x syaza meragam, selain dari boleh ambik awal x nak pegi dotdot, nak ke dotdot...kadang tu aku think positive lagi..mungkin dia concern bila dah meragam ni susah hati ke apa..tapi bila aku ambik bawak balik rumah boleh plak main macam biasa..x dak masalah meragam ke apa...tak pa still think positive ni

aku dengan encik hubby adalah kerja tidak sama hari..aku cuti jumaat sabtu, encik hubby pulak hari sabtu ahad...dan husband si pengasuh ni pulak cuti sabtu ahad..aku perasan kalau hari ahad ja mesti banyak dalihnya seboleh mungkin x mau la nak mengasuh...ambik lambat sikit la...ambik awal sikit, hantar awal, nak pegi kenduri..dan lain-lain..

ada suggestkan tukar hantar nurseri pulak tapi dekat taman aku tu x ada nurseri la plak..hukhuk sebab kebanyakannya isteri tidak bekerja maka banyak la yang ambik upah mengasuh di rumah sahaja..kalau taman sebelah tu mungkin ada la kot...tapi kena consider boleh ka handle ebm ni..time emergency x boleh dah hantar(skang pun emergency x hantar jugak)...dilema sungguh la, syauqi pun plannya tahun depan baru nak hantar tadika

kalau korang ada ideakah?

Thursday, March 22, 2012

memilih..

dulu aku rasa masa zaman baby lagi senang kot bagi anak bujang aku si syauqi tu makan..masak la bubur ke apa ke orait ja dia..letak menu apa pun boleh ja..bagi la biskut ka makanan kita tengah makan pun dia datang sua mulut nak makan jugak...tapi sejak makin membesar dah makin memilih..huhu tu baru 2 tahun nak masuk 3 tahun karang kalau dah 6 tahun 7 tahun..haha cabaran sungguh membesarkan anak ni

kalau hari ni dia suka mee esok maybe kena masak bihun plak..nasi kalau kata hari ni nasi putih dia makan esok belum tentu lagi..kena kreatif sungguh nak sediakan makanan dekat dia..pengasuh dia pun cam pening..katanya sebelum ni masak mee ok ja makan, esoknya x mau dah..kena sekali tu dia masak nasi ngan sambal..syauqi ni dok pulun makan then buat sekali lagi x mau dah...pasni kena beli banyak la buku makanan budak-budak..haha

dan aku tengok si syaza tu turun semacam abang dia jugak..skang ni tengah mood excited jumpa makanan..kita makan pun dok sua la dia tu kot-kot orang suap..maklum la pemakan tegar..selain dari merangkap vacuum cleaner..bukan benda makan ja dia nak makan...apa benda dekat lantai semua nak kutip..harap-harap besar sikit kang x la memilih sangat bab makan..penuh harapan ni aku ni..haha

owh menu malam ni cuma ikan bawal masak sos dengan sayur goreng ikan masin plus telur dadar...berselera plak si syauqi makan..selain adik dok asyik nak masuk dalam pinggan si abang...esok kena fikir idea lain plak nak masak..ada aku penah dengar orang cakap kena ajar anak makan semua makanan yang boleh dimakan..nanti-nanti dah besar x mau plak..aku sangat jarang masak ikan..kena slalu la pasni.. (kalau ikan temenung aka kembung tu dekat market mau dak depa siang kat aku..haha malas sungguh aku nak siang ikan)

Tuesday, March 20, 2012

di usia 11 bulan

sempena beralih bulan kot budak pp kuih pau ni terkena demam...reason demam adalah tidak dapat dipastikan mungkin cuaca, mungkin nak pandai berjalan yang cuma 3,4 langkah jatuh tu, mungkin ada terkena jangkitan dari sapa-sapa yang demam dan lain-lain yang mak dia x dapat pastikan..huh kata je nama ik kan tapi nak siasat kes anak demam pun x leh jumpa ni..hukhuk

tapi sebab sesekali cek suhu dia dengan termometer ada 2 kali cecah angka 40.1darjah celcius maka nak tak nak paksa papa dia balik dari lab untuk bawak si pp kuih pau g klinik..kali ni kita try bawak g child specialist plak sebab jarang-jarang demam kan...dan ok la dengan rawatan dan layanan dia..doktor kasi ubat ikut bontot bagi cepat turun suhu badan dia...nangis kemain lagi padahal doktor cuma ambik suhu ngan check telinga je..heheh fobia doktor ke apa aku tak tau la, berat adalah 8.3kg..turun sikit dari sebab sebelum ni 8.6kg

dan kos total untuk rawatan sangatlah lagi berpuas hati...leh datang lagi bila anak x sihat lagi..suppose jarang-jarang la nak pegi sebab selalu berdoa anak sihat saja..hihi kos rawatan tadi cuma RM35 dan aku rasa k la sebab penah pegi klinik biasa yang panel ngan kompeni aku untuk rawatan si abang lagi mahal aku kena dari tu..dan kat klinik panel x dak tempat tukar nappy, tempat pondok mainan budak-budak, kuda mainan -tah hapa-hapa ja perbandingan..haha

p/s: doktor puji sebab syaza adalah exclusive breastfeeding..very good katanya...sangat bagus -bukan sama ka very good dengan sangat bagus..haha

Monday, March 12, 2012

family day mpspk 2012

hari sabtu lepas selepas brapa tahun tak ada family day aku ingat depa x mau buat lepas aku masuk..haha banyak aktiviti sebenarnya tapi sebab anak-anak aku x layak nak masuk acara apa-apa maka p main ayaq ja la

mula-mula lepas daftar kita round-round dulu pilih port nak terjun last-last nampak pool untuk kanak-kanak...suka la budak sorang tu nampak tempat ni..x bertangguh nak terjun padahal sebelum tu sikit lagi nak lemas dekat pool bawah tu pun tak insaf-insaf

pool kanak-kanak...ramai la kanak-kanak dah nama pun pool kanak-kanak motif nak ulang kanak-kanak tu banyak kali??
mama dan syaza...time ni duk la dua-dua orang tunggu beg ja...dah nama ramai risau la jugak nak tinggai beg tu dekat situ tanpa pengawasan...beringat sebelum kena..hehe
tester letak anak dara dalam pool..haha suka ko dia ni masuk lam air...gelak mengekek boleh kena air...kemain lagi
sudahnya kena la aku menapak pegi ke entrance balik cari pelampung..tu pun kejap ja syaza dok lam pelampung ni..si syauqi ambik kat dia selebihnya..siap lepas tu dah nek atas pun still berjalan dalam pelampung..haha over la hang syauqi oii
cubaan nak men dua-dua orang...galak depa dua orang ni bila dok lam ayaq..sampai kecut-kecut kaki tangan pun x mau naik lagi
anak bujang aku...jangan tak tau masa dia mandi ni dengan seluar jeans okeh...dah basah dah ngan baju ngan seluar tu aku pun malas dah la nak tukar baju len kat dia..hang terjun ja la ngan baju tu pun
ni tengok anak sapa ntah dok kat tebing ayaq tu makan eskrem dia pun teringin...satu scoop rm2..mahai la tapi skali skala bagi la jugak...ni zaman bila aku nak masuk lagi carnival ni x tau la kan...siap nak makan dok kat tebing tu jugak..sambil lunjur kaki goyang-goyang kaki lam ayaq..over sungguh tapi sat ja masa depan eksrem tu..x lama lepas tu terjun lam ayaq..kena kutip p buang
syaza lepas dah tukar baju..muka x redha kena naik awal sangat..kalau ikut depa ni nak duk ja lam ayaq tu x yah naik...

aku spend masa sat ja kat karnival ni..sebab sukaneka semua anak-anak aku x layak nak masuk makanya p main ayaq ja la...best jugak..hehe len kali boleh p dengan bajet sendiri selain tempat dekat ja dengan rumah

Saturday, March 10, 2012

whoopee

sebelum nak stori panjang-panjang kita kasik tayang dua orang buah hati aku nih..haha payah nau nak suruh ambik gambar berdua...sibuk apa tak tau la kat depa
si adik sibuk kat tokak puting botol susu abang...si abang plak dan la posing sat sebelum berebut kamera ngan mama dia
okeh ni cerita hat betul nak cerita...sebelum ni terbaca kat page "we're 2011 babies" pasal pampers ni...aku mula-mula cam pampers brand apakah itu? haha punya x penah dengaq...tapi skali masa dok window shopping dekat kedai baby dekat sp ni terjumpa pampers ni...rega boleh la tahan...x dak less, habis macam la kedai baby tu dok bagi less...haha pelekat dia soft tape apa nama dia tapi jenis x lekat kat badan tu la, aku x suka pelekat hat jenis lekat kat badan tu dah la anak makin lasak, satg nak buh pampers dok pusing rata terlekat pelekat tu nangis sepasai dah
ni harga dia RM28.90...dekat love garden dekat-dekat ngan econsave dekat taman petani jaya, sungai petani...berapa banyak dekat la aku dok sebut...haha
rupa pampersnya..kaler purple tu..haha suka-suka, bila belek betul-betul dekat plastik dia baru aku perasan yang whoopee ni produk malaysia...satu ja x best..pampers ni x letak size dekat pampers..cuma letak size dekat plastik packaging ja...satg ada la hat tertukar size jap g read: pengasuh depa
ni pampers hat dok pakai skang ni...huggies dry comfort...sebelum ni masa syaza baru lahir, aku bagi pakai dua-dua mamy poko..masa syauqi dulu huggies merah ni la..kadang hat biru tu..tapi huggies biru tu cam x ok...bila banyak shee shee dia jadi berketul-ketul kat pampers..huduh plak aku tengok..huggies merah ni ok cuma saja la mak dia galak nak try pampers baru...hehe
rupa huggies dry comfort...ok la pampers ni...boleh tahan lama dan x la berbau bila depa kencing...macam packaging dia tulis boleh tahan 10ja...aku tukar pampers depa lepas maghrib sampai la esok hantar pengasuh still boleh tahan x dak bocor ka apa...

footnote: cloth diapers dah dok simpan lam kotak sebab pengasuh dia komplen...x mo susahkan dia dan lama-lama aku plak jadi malas nak pakaikan kat depa

Sunday, February 12, 2012

wordless sunday

buah hati pengarang jantung dua orang ni..sudah pandai main sama-sama..ko lompat aku gelak..ko baring aku gelak..ko nangis aku tampar, naik moto dua-dua, minum susu dua-dua, mandi dua-dua, tdo dua-dua..barang kalau adik pegang..abang pun nak jugak, kalau abang pegang adik pun nak jugak..hihi

bak kata tok depa la..tercapai jugak hajat mak dia nak syauqi ada teman..sebab dulu aku penah wish nak bagi adik dekat syauqi supaya syauqi ada teman nak main..sungguh nampak la boleh main sesama ni..cuma kadang tu dia ajak adik main gusti..ohho adik hang tu pompuan la syauqi oi

Thursday, February 9, 2012

syaza di usia 9 bulan 2 minggu

wah mood nak mengupdate belog ini sangatlah kelaut..huhu cuti sakan thaipusam bersambung ngan kalut kemas rumah selepas berhari kena tinggal..eh eh cite hal penting dulu la ya...



mek ni la...di kala usia 9 bulan 2 minggu (sambil rasa kagum dengan masa yang sungguh pantas berjalan..huhu) ye mek ni sudah mulakan langkah pertamanya masa cuti thaipusam tempoh hari...biarpun satu step jatuh, then lama sikit 2 step jatuh tapi boleh tengok langkah dia yang pertama dengan mata sendiri...sebagai seorang ibu sungguh rasa tersentuh dekat hati...

sangat merasa indah menjadi mak orang.. :)

Thursday, February 2, 2012

ride ride

mak dia yang mengidam ke anak yang mengidam adalah tidak pasti..haha kalau ikut masa cuti kismas hari tu nak beli dah..tapi sebab x jadi maka cuti raya cina baru beli..tu pun bgtau kakak ipar aku awal-awal mintak dia belikan..sebab dia beli motosikal ni dapat murah sikit..kalau saiz kecik rm130, saiz besar rm160..kat kedah penah la aku survey dapat dalam 200 lebih..huhu
budak ni mula-mula memang x pandai naik..tapi keinginan tu dah ada...kena ajar dia tekan butang reverse ngan front..tapi butang lagu jugak dia suka tekan..ada 5 ke 6 jenis lagu tah, selain butang volume untuk lagu, tempat plug untuk charge, kunci dengan start..moto ni guna bateri boleh tahan 3 jam ke lebih kot..x penah hafal brapa lama dia tahan tapi nak charge bateri kena 8 jam
abang bawak si adik naik moto...hepi la budak kat belakang tu x padan dengan kecik..haha sengih kemain lagi dua-dua
ni pagi esoknya..abang belum bangun tapi si adik bangun awal...merangkak laju pegi nak naik moto..bila letak atas moto kemain lagi senyum meleret

Friday, January 13, 2012

budak comot minum susu

aku minum fresh milk dia pun sibuk mintak kasik la rasa sikit...jangan reject susu mak dia sudahla...hihi still x berapa pandai minum dari cawan lagi...comot aka belomoih..haha dah minum sikit mintak lagi...sedap kot

Tuesday, December 27, 2011

macam-macam gaya si kenit ni sorang

tengok la ke kanan boleh, ke kiri pun boleh, dah macam-macam gaya si kenit ni bila menyusu..kalau time tengah lapar sangat-sangat tu memang x bergerak, tapi dah nak kenyang tu mula la peel dia..kadang tu aku tarik balik kasi normal sikit posisi tu, kadang tu aku biarkan ja...
see sampai meniarap ngan terpenyek hidung tu pun x pe..layankan ajelah..nanti bila dah x menyusu cam si abang dia, moment macam ni la nak terkenang balik..si abang dulu gaya meniarap atas mama dia sambil menyusu..si adik meniarap sambil menyusu..macam-macam la anak oii..janji jangan gigit sudah la..sakit ohh

footnote: si kenit ni tadi udah terlentang ke belakang time duduk, maybe sebab bontot terlebih bulat kot, sejak dah pandai duduk ni asyikla nak duduk biarpun terlentang nak jugak duduk,selain dari memanjat

Monday, December 26, 2011

syaza 8 bulan


anak dara ini di kala usia 8 bulan
-sudah tumbuh gigi..yeay boleh la mengigit time menyusu..dah kena sekali
-dah pandai berdiri tapi berpaut dekat mana-mana
-dah pandai merajuk, marah or balas balik bila abang buli..hihi
-pantang nampak orang makan, semua dia nak rasa..sungguh suka makan, bangun tdo mesti nak makan
-8 kilo bersamaan 8 bulan..progress yang dikira cantik
-banyak membebel dalam bahasa dia, menyanyi pun dalam bahasa dia
-dah merangkak dengan laju...
-ada daya ingin tahu yang kuat..suka dah nak explore, selain ada rasa takut dengan stranger..ambik masa sikit kalau dengan orang yang baru kenal

selain tu rasa normal kot untuk baby seusia dia...time ni dekat ampang tempoh hari..makan steamboat ngan bbq sampai kenyang..suka suka hihi

footnote: gambar kursus 3malam 4 hari dekat penang nanti la cerita-cerita selain dari balik kampung untuk acara keluarga...seminggu x naik ofis ohh sungguh la suka

Thursday, December 15, 2011

tocang yang mama dia dah lama teringin..haha

tengok tengok biarpun secoet..haha lama ni teringin nak buat
see see...mak dia ciwi lebih..tapi x tahan lama sebab si abang pegi tarik sebab nak letak kat kepala sendiri

Wednesday, November 30, 2011

update syaza



kejap je kan anak dara ni membesar...sudah 7 bulan
sudah pandai sebut papa dulu dari mama tapi semenjak dua menjak ni semua mama, mama
bila mama ilang dah pandai merangkak cari mama
dah pandai mintak didokong
jugak pandai bergaduh dengan abang sambil jerit kuat-kuat...awak tu kecik lagi tau
pantang tengok orang makan semua nak rasa
mulut pun dah makin becok...bebel-bebel dalam bahasa dia
dah pandai duduk sendiri
kalau boleh berdiri feeling nak lepas tangan...haih la

apa lagi ek
yang belum plak
belum boleh berjalan lagi..hihi
belum boleh ikat tocang pokok nyoq kat kepala yang mana idaman mama dia sejak dari dalam perut lagi
belum boleh makan pejal lagi still lagi bubur
tu je kot, apapun sudah besar la anak dara tu...pantas sungguh masa itu berlalu

Tuesday, November 22, 2011

jalan-jalan ke bukit bendera

aktiviti siang tadi...sempena ibu mertuaku datang ke rumah, bawak la jenjalan dekat cni..padahal sendiri teringin nak pegi..haha duduk keja dekat je ngan penang tapi asyik la g jalan-jalan ke batu feringgi ja yang x ada apa..maka decide pegi la plak bukit bendera..siap print map tu ko..haha yelah orang x dak gps hatta smart phone gitu la kekdahnya..tapi sampai la jugak ke bukit bendera tu akhirnya..lalala

sebelum apa-apa kita bergambar dulu dalam keta..kan kan
ni plak si syauqi yang pantang tengok kamera mesti bunyi senyum, senyum yang dalam maksud senyum tu adalah kamera...si papa syauqi yang bergaya dengan spek baru...semalam baru ambik
kami berempat
ni masa dalam feri..dua-dua budak itu suka la sangat tengok air ni..apa yang best x taulah
keta kecik kami
syaza dengan sue yah...kemain lagi syaza tengok kamera
ibu mertuaku...saja bawak naik feri..ni kali pertama syaza naik feri...awal-awal tu kemain lagi peluk
si kecik yang selalu ceria
abang syauqi yang dah pandai buat gaya macam-macam bila orang nak ambikkan gambar
stroller yang last-last abang syauqi conquer
adik redha je la duk lam carrier...tapi ok gak sebab x lama lepas tu dah lena dia dalam tu...sedap kot rasa macam kena peluk
kadar harga nak naik train...nasib semu bawa ic kalo x kena cas rm30 sorang..tunjuk ic sorang rm8 ja tapi musykil sebab adik ipar aku kena rm4..tu harga untuk kanak-kanak 3-12 tahu..adakah sebab gambar ic masa 12 tahun..haha jimat la rm4 sebab time nak turun balik baru perasan harga tu
gambar kat situ...orang sibuk nak beli tiket kita yang x buat apa-apa marilah kita ambik gambar
budak ni kemain pegi bersandar nak suh kita ambikkan gambar
time membeli...last-last apa pun aku x beli...harga ok la x mahal sangat jugak x murah sangat
gembar sebelum turun
kami berdua
adik last-last boleh jugak duduk dalam stroller..kejap je la time naik train nak turun kena peluk sebab takut jugak budak ni bila naik train

best jugak sebenarnya sekali sekala pegi bukit bendera ni...ke sebab aku dah lama x pegi jalan-jalan...balik semua ketiduran sebab penat kot...anak dara tu pun sampai berdengkur tidur

Friday, November 18, 2011

budak comot makan solid


budak ni kan time aku bagi makan mesti nak pegang gak sudu...then dengan tangan comot tu pegang kaki, gosok mata, gosok muka selalunya berkesudahan dengan comot satu badan...nasib la masa kecik ni buat apa pun comel...geram je bila tengok mesti nak gomol-gomol

time ni bagi encik hubby ambikkan gambar dia berebut sudu ngan aku...sedap la kot makan bubur

Wednesday, November 16, 2011

perkembangan syaza...

sebenarnya gambar ni capture 11.11.11 (eceh dah lepas pun nak mention kan) tapi sebab masa tu malware lagi dekat blog ni maka hold la dulu..hati cam ralat sangat la sebab excited lebih nak cerita...haha anak punya progress mak dia excited lebih..haha nasib ko la syaza oii dapat mak cam ni

tempat yang sama macam abang dia dulu-dulu jugak...dekat kotak yang patut connect telefon ni...nak kena godek gambar lama ni nak matchingkan...hihi

pastu doh boleh berdiri sendiri trus confiden nak lepas tangan plak...ada la gedebuk jugak pastu nangis jap

then sebab mak dia eksaited ke papa dia eh ambik la kotak simpan cloth diaper untuk syaza buat tolak-tolak...pandai gak dia g kat kotak tu

lepas tu sibuk nak korek-korek sticker atas kotak la plak sambil tolak sambil korek-korek sticker...tah hapa-hapa ja kan pastu ada gak jatuh...hihi nangis lagi la

dah simpan kotak...tapi x pe idea kreatif dia kot, p panjat tempat tv ni...tapi rasa-rasa hujung rak tu apa rasa yang ada
ohh mama ambik gambar saya ka? pusing jap senyum pastu gayat sebab x reti nak turun balik...syaza skang dah pusing satu rumah..bilik air memang x brani la buka tinggal takut tiba-tiba dia merangkak masuk..merangkak pun dah makin laju skang ni, selain dari aktiviti memanjat ni