Showing posts with label syauqi. Show all posts
Showing posts with label syauqi. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

hai la pengasuh part 2

wah dah berpart-part pulak kan...itulah orang bagi cadangan kat aku hari tu tapi masih lagi berlembut...makin lama macam aku rasa makin x sudah jugak..dan aku rasa pun dia x tau yang aku ni x suka part-part cuti mengejut ni..bukan aku ni kejam ok..bukan aku x ada rasa tapi aku jugak ada kerja..huhu

alkisahnya kemarin tengah dok serabut hal keja tiba-tiba pengasuh depa mesej..aku kalau dapat mesej dia time ofis hour memang aku dah cuak semacam..mesti ada hal la kan..x kan seronok-seronok nak tanya aku buat apa plak..dia sms mintak kalau boleh nak aku ambik kenit 2 org tu awal, dan nak cuti keesokkannya...wah macamkan aku pegi pasar yang bila-bila masa boleh balik je kan..reason dia ayah dia masuk wad..ok reason macam boleh terima tapi senang je kan nak cuti mengejut macam tu...

akal jahat datang..aku kata x boleh, reason aku ada meeting, habis cepat pun 4.30petang, dia kata ok sempat kemas apa patut...dan pukul 2 camtu dia sms plak x pe la ambik cam biasa pun, esok hantar la dulu nak ambik cuti ahad isnin la, boleh jaga ayah lama sikit..wah kan macamkan kalau dia cuti tu aku leh ja bawak anak2 aku tu pegi ofis dok congok kat ofis aku tu...serius aku dah tensen time tu..apa pun aku x balas

bincang dengan ofismate, encik hubby dan jugak my mom trus decide cari taska, kalau dapat end of this month saja tempoh kent berdua tu duduk dengan pengasuh..lepas tu duduk taska je la..ramai pun x pe la leh berkawan kan, kalau jauh dari rumah pun x pe la, janji mudah aku nak terjah...tapi kena tengok hasil carian dulu la..kalau x dapat kena la aku redha sampai hujung tahun ni..menambah kan lagi sakit kepala pikir hal ni...hukhuk

serius kemarin lepas dia sms macam tu terus aku x jadi apa satu pun keja...hukhuk suka sangat nak sms time ofis hour, suka suh ambil awal la, nak cuti mengejut la..serius semua tu aku x leh terima, belum lagi sms komplen hal kenit berdua tu yang bagi aku hal-hal small matter ni...

moga Allah permudahkan urusan aku kali ni...amin

Friday, May 4, 2012

syaza besday party

sebelum dok bertangguh sampai besday syauqi plak satg baik aku upload dan siarkan gambar...haha banyak sangat bertangguh ni, besday syaza 18hb4 hari tu tapi sebab aku kena pegi kelas weekendnya makan tangguh ke 28hb..haha sempena bersih ka? dak2 cuma masa tu aku free pun
menu hari tu..tapai ngan ketupat mak aku bawak, soto, nuget, chicken fries sebab kes tengok iklan lam tv terus tergoda dan beli, haha pastu kek la semestinya, buah tembikai dan bihun goreng..masa ni bihun dok atas dapur lagi
mak aku la tukang goreng ni...aku kalau setengah bungkus pass la kot nak goreng, lebih dari tu aku surrender dah la
kek untuk besday girl...tapi syaza x jamah pun sebab hari tu still demam, cuma nenen dan nenen saja..lain semua x layan pun, nuget pun makan sikit ja buang lagi banyak dari makan..bersepah rumah dia cubit kecik-kecik dan buang
syauqi dan syazwan yang macam anjing dengan kucing..x leh jumpa asyik nak bergaduh, kalau x jumpa rindu-rinduan la plak..nyampah aku
besday girl yang x boleh letak...nangis ja manjang...last skali aku buh lam buai bagi tdo..lena sungguh sampai kul 3 lebih kot baru bangun buat perangai balik
dengan papa yang dok x mo, x mo bla aku ambik gambar
see nak ambik gambar pun x mau senyum dah...ada lagi 2 keping aku snap tapi dah cebek semacam ja..huhu hai la anak

dengan orang jauh...dari bangi tuh..hehe suka aku jumpa member blogger ni..selalu pegi rumah di alam maya ja..ni jumpa tuan punya blog dengan imaan n nouri...behave sungguh nouri..sepanjang dok rumah aku x dak lansung kuar sora dia..karang kalau balik kedah lagi singgah la sp naa..
ni last dah petang...kul 7 lebih dah..si bapak rajin sambil kemas-kemas offer budak 2 orang ni nak mandi kolam dak...x yah tanya la kan bukan main excited dah la...riuh kemain lagi mandi kolam skali ngan bapak dia pun lencun sama

tips untuk nak buat party kecil-kecilan jugak:
1. buat menu yang senang-senang ja, skang ni banyak dah yang segera-segera ni...boleh ja guna dan jimat masa...leh prepare masak-masak sendiri
2. bekas air ngan kuah sup memang aku beli, kalau ada member dah ada boleh ja kot pinjam...aku beli sebab karang nak buat lagi dah mudah dah, bekas makanan skang banyak gak pakai buang, senang x yah basuh membasuh dah
3. jumlah makanan ikut panggilan kut, contoh cam aku hari tu panggil member, jiran2, sedara cuma guna ayam 2 setengah ekor ja...tu pun lebih jugak, bihun goreng 2 bungkus, soto 10 bungkus ja...next time kena tukar menu laksa plak kot.hehe
4. aku x prepare pun goodies bag sebab banyak yang datang bukan kanak-kanak tapi mak bapak budak dah maka x yah la goodies bag ni
5. oh hari tu masalah space nak hidang...mungkin kena pikir ruang tambahan nak letak makanan

selain dari tu lain-lain adalah ok bagi aku...seronok jugak buat makan-makan ni...kena plan lagi lain kali

Monday, April 30, 2012

serius terasa

syaza adalah tidak sihat..hari jumaat badan mula dedar-dedar dan sampai hari ni still demam..semalam dah mula batuk-batuk tahap extreme yang macam nak terkeluar anak tekak...air masak lansung x mau minum sejak kemarin, menambah lagi teruk keadaan kerongkong dia, maka hari ni mak dia sambung cuti bawak pegi klinik kanak-kanak...

perjalanan nak ke klinik yang dalam 15 minit dari rumah tu dah mula drama dah si adik la sebab x nak duk lam carseat, badan x sihat, abang cuit sikit pun dah melolong bukan main...nak mak dia peluk, maka aku kena drive sebelah tangan sementara nak sampai, nasib si abang main-main ok ja dalam kereta

dalam klinik plak, masa menunggu memang melampau punya lama...dekat 2 jam la jugak menunggu nak jumpa doktor, syaza dah mula boring, plus mengatuk, tido pun sekejap tapi x puas, si syauqi melasak macam biasa, ada pondok dalam tu, aku bagi dia main sorang-sorang, agak jauh gak dari penglihatan aku, tapi boleh dengar suara dia melasak tu..aku cuma seriau ja kalau dia buat anak orang, maka dok jenguk-jenguk tapi ada pun cuma dia ajak main macam tu ja

lepas 2 jam tunggu baru turn syaza, aku masuk jumpa doktor, syauqi duduk luar main dengan sue yah dia teman,syaza sebab ada kahak doktor suggest bagi nebulizer untuk cairkan kahak..first time oh rasa pegang anak kena nebulizer ni...macam nak kena sembelih ja kelupur bukan main..siap lepas habis neb tu aku peluk trus tertido, badan sebelum kena nebulizer 37.3, lepas neb doktor check balik dah jadi 38.1..demam balik aku rasa sebab terkejut dengan mesin tu..haha

kuar dari bilik doktor aku pegi duduk depan sebab dekat dengan tempat ubat, jugak dekat dengan tempat syauqi main pondok-pondok tu, syauqi dok ngendeng dekat pompuan cina ni, sebab anak dia dok main iphone, tiba-tiba aku dengar pompuan tu kata kat syauqi " go away, this is not a public place" serius time tu aku terkejut plus terasa..eh tu anak aku tau cakap lebih kurang macam tu..syauqi cuma pegang bahu dia sebab nak tengok budak tu main iphone..kalau ya pun nak kata macam tu..plus tu kat klinik bukan rumah ko...

trus aku tarik syauqi cubit sedas dua sambil cakap, orang x suka kat hang syauqi oi x yah dok dekat sangat...syauqi plak memang jenis x paham bahasa dok jerit "nak dok situ" means sebelah pompuan cina tu...memang aku bengang dan aku rasa dia x syak awal tu aku ni mak syauqi tu kot, boleh cakap lebih kurang macam tu...x pa la tengok nanti kalau orang cakap kat anak dia lagu tu..apa dia nak rasa...serius aku memang terasa, kalau syauqi p tarik iphone anak dia aku boleh accept tu memang kurang ajar, ni cuma nak ngendeng pegang sikit dah cakap lebih kurang, kalau orang besar bleh la paham, ni budak x makan saman macam tu...aku kata kat en hubby pasni beli la tab kat syauqi tu, at least x la nampak jakun sangat, tengok orang main iphone pun dan ngendeng bukan main


Sunday, April 1, 2012

lembut hati?

wah tadik kemain lagi sesi luahan perasaan marahkan si pengasuh...haha skang mood rindu dekat si syauqi..lepas sesi luahan perasaan dekat mak then mak plak bukan bleh bab cucu-cucu kesayangan ni..lepas sesi speech terapi adik aku dekat hospital alor star, trus lajak dengan kakak datang rumah aku ambik si syauqi...dah mak dia plak rindu-rindu dekat syauqi..haha sentimental plak

syaza plak sebab malam-malam harus ngempeng ngan mak dia maka tok x ambik la bawak balik kuala nerang...tinggal syaza ja hantar pengasuh sampai hari rabu ni..sebab hari rabu malam dah balik kuala nerang sebab khamis pagi nak bertolak ke johor..nak g tengok si qaireen sofiah..lalala

dan bila syauqi x dak ni..leh la lama-lama depan laptop..anak dara dah lena dari tadi...x dak orang nak berebut laptop cam slalu..hukhuk

dan lepas sesi borak-borak dengan pengasuh dia petang tadi macam terfikir..apa salahnya bagi peluang dekat dia lagi..yaa memang aku mudah lembut hati..kelemahan aku jugak kot..mudah sangat maafkan orang..kadang marah-marah then x lama dah rasa macam nak borak-borak balik macam biasa macam x ada apa..huhu lagipun dia jaga syauqi dengan syaza adalah baik-baik...kalau luka pun dia bgtau...x de la sembunyi-sembunyi kalau calar-calar ni..mungkin patut diberi peluang memperbaiki kelemahan..dia jugak manusia..

lembut sangatkah aku??

hai la pengasuh

sekadar sesi meluah perasaan...aku x sure plak pengasuh aku ada baca belog aku ni ke dak? haha bukan apa kadang ada jugak rasa x puas hati dekat pengasuh anak-anak aku ni...dia start mengasuh sejak dari syauqi umo 2 bulan lebih dah aku hantar dekat dia...kalau dari segi penjagaan memang puas hati...siap potongkan kuku..dulu syauqi pakai cloth diapers..kadang tu siap cucikan cd tu..biarpun berkali-kali aku pesan x yah cuci cuma masukkan dalam wetbag tu ja

tapi dia ada komplen pasal cd tu x lama lepas tu dan syauqi macam x selesa pakai cd...aku pun stopkan hantar cd kat dia dan zaman syaza pun x dak dah bercd bagai ni..cuma disposable diapers ja...dua-dua jugak bersusu ibu masa awal-awal dan skang syaza masih lagi bersusu ibu..syauqi saja tidak...

pengasuh aku ni anak baru ja sorang..pompuan yang tua setahun dari syauqi...maka total sehari dia menjaga cuma 3 orang saja, syauqi, syaza dan anak dia...aku memang x komplen la bab anak melasak, calar ke jatuh ka sebab memang natural budak nak membesar ada luka ke calar tu memang adat la kan...

cuma sejak bertambah jadi dua ni aku perasan la jugak..dia dah makin banyak komplen..syaza x nak duduk la, syaza x mau minum susu la, x mau makan la, boleh ambik awal x syaza meragam, selain dari boleh ambik awal x nak pegi dotdot, nak ke dotdot...kadang tu aku think positive lagi..mungkin dia concern bila dah meragam ni susah hati ke apa..tapi bila aku ambik bawak balik rumah boleh plak main macam biasa..x dak masalah meragam ke apa...tak pa still think positive ni

aku dengan encik hubby adalah kerja tidak sama hari..aku cuti jumaat sabtu, encik hubby pulak hari sabtu ahad...dan husband si pengasuh ni pulak cuti sabtu ahad..aku perasan kalau hari ahad ja mesti banyak dalihnya seboleh mungkin x mau la nak mengasuh...ambik lambat sikit la...ambik awal sikit, hantar awal, nak pegi kenduri..dan lain-lain..

ada suggestkan tukar hantar nurseri pulak tapi dekat taman aku tu x ada nurseri la plak..hukhuk sebab kebanyakannya isteri tidak bekerja maka banyak la yang ambik upah mengasuh di rumah sahaja..kalau taman sebelah tu mungkin ada la kot...tapi kena consider boleh ka handle ebm ni..time emergency x boleh dah hantar(skang pun emergency x hantar jugak)...dilema sungguh la, syauqi pun plannya tahun depan baru nak hantar tadika

kalau korang ada ideakah?

Thursday, March 22, 2012

memilih..

dulu aku rasa masa zaman baby lagi senang kot bagi anak bujang aku si syauqi tu makan..masak la bubur ke apa ke orait ja dia..letak menu apa pun boleh ja..bagi la biskut ka makanan kita tengah makan pun dia datang sua mulut nak makan jugak...tapi sejak makin membesar dah makin memilih..huhu tu baru 2 tahun nak masuk 3 tahun karang kalau dah 6 tahun 7 tahun..haha cabaran sungguh membesarkan anak ni

kalau hari ni dia suka mee esok maybe kena masak bihun plak..nasi kalau kata hari ni nasi putih dia makan esok belum tentu lagi..kena kreatif sungguh nak sediakan makanan dekat dia..pengasuh dia pun cam pening..katanya sebelum ni masak mee ok ja makan, esoknya x mau dah..kena sekali tu dia masak nasi ngan sambal..syauqi ni dok pulun makan then buat sekali lagi x mau dah...pasni kena beli banyak la buku makanan budak-budak..haha

dan aku tengok si syaza tu turun semacam abang dia jugak..skang ni tengah mood excited jumpa makanan..kita makan pun dok sua la dia tu kot-kot orang suap..maklum la pemakan tegar..selain dari merangkap vacuum cleaner..bukan benda makan ja dia nak makan...apa benda dekat lantai semua nak kutip..harap-harap besar sikit kang x la memilih sangat bab makan..penuh harapan ni aku ni..haha

owh menu malam ni cuma ikan bawal masak sos dengan sayur goreng ikan masin plus telur dadar...berselera plak si syauqi makan..selain adik dok asyik nak masuk dalam pinggan si abang...esok kena fikir idea lain plak nak masak..ada aku penah dengar orang cakap kena ajar anak makan semua makanan yang boleh dimakan..nanti-nanti dah besar x mau plak..aku sangat jarang masak ikan..kena slalu la pasni.. (kalau ikan temenung aka kembung tu dekat market mau dak depa siang kat aku..haha malas sungguh aku nak siang ikan)

Thursday, March 15, 2012

krisis bahasa

bukan aku tapi anak bujang aku..haha sebab aku dengan encik hubby adalah bertutur dalam bahasa yang tidak sama...biarpun kebanyakan words yang kami guna tu macam sama tapi ada certain benda tu memang nampak la bezanya...dan aku rasa si syauqi tu macam confuse la jugak nak guna word yang mana satu..ikut mama ke papa..haha kadang tu macam lawak pun ada jugak bila kami dua-dua kalut dok sebut bagi syauqi ikut konon cam lawan sapa lagi teror nak bagi si syauqi ni sebut..haha

antara perkataan yang slalu la x sama tu yang aku rasa selalu dok guna

1. tengok dua-dua gambaq tu nampak la dua benda berbeza kan satu kasut satu lagi selipar...dan encik hubby pun sebut dua-dua ni selipar dan kasut..tapi haha dekat kedah ni dua-dua biasa panggil kasut...sandal ka, selipar ka, kasut ka semua adalah kasut...aku rasa si syauqi panggil semua adalah kasut

2. hat ni lagi satu...kalau atas adalah roti hat bawah tu biskut tapi kat kedah atas tu roti keping kot, bawah pangge roti mayat x pun roti 4 sagi...haha hari tu beria-ria encik hubby ajar anak dia sebut biskut tapi syauqi dok bunyi roti la jugak..maybe sebab pengasuh dia pun kedah jugak maka bunyi sebutan dia lebih kearah kedah jugak..nasib aku x dak bibik kalau dak indon la anak aku
3. ni plak nama biasa dia basikal la kan..kat kedah nama dia bertukar jadi gerek..haha syauqi selalu sebut gerek la plus pelat dia lagi..so encik hubby mesti suh aku translate dulu apa anak bujang dia nak bagitau
4. hat ni plak common la kot kat kedah ni orang panggil ayaq..encik hubby plak air..penah dulu syauqi balik kampung tokmek dia trus confuse, orang tanya nak air x? dia diam ja dah lama tu dok jerit-jerit nak ayaq, nak ayaq..haha ada skali tu sebut dua-dua plak, ayaq banyak, air banyak haha

5. hat ni paling aku suka..haha sebab dari rumah aku nak ke bertam tengah dok buat jalan sebab projek kereta api laju tu..maka banyak la kenderaan ni kat jalan..encik hubby panggil kereta nyodok..read:dalam slang klate yer, aku plak panggil backhoe..syauqi plak sebut ho..mean backhoe...pastu pakat gelak2 laki bini..haha encik hubby pastu dengan ayat sedih..syaza la ikut papa haha

betul la bahasa dia backhoe..tak caya ampa p google tengok mesti image tu yang kluaq...haha

Monday, March 12, 2012

family day mpspk 2012

hari sabtu lepas selepas brapa tahun tak ada family day aku ingat depa x mau buat lepas aku masuk..haha banyak aktiviti sebenarnya tapi sebab anak-anak aku x layak nak masuk acara apa-apa maka p main ayaq ja la

mula-mula lepas daftar kita round-round dulu pilih port nak terjun last-last nampak pool untuk kanak-kanak...suka la budak sorang tu nampak tempat ni..x bertangguh nak terjun padahal sebelum tu sikit lagi nak lemas dekat pool bawah tu pun tak insaf-insaf

pool kanak-kanak...ramai la kanak-kanak dah nama pun pool kanak-kanak motif nak ulang kanak-kanak tu banyak kali??
mama dan syaza...time ni duk la dua-dua orang tunggu beg ja...dah nama ramai risau la jugak nak tinggai beg tu dekat situ tanpa pengawasan...beringat sebelum kena..hehe
tester letak anak dara dalam pool..haha suka ko dia ni masuk lam air...gelak mengekek boleh kena air...kemain lagi
sudahnya kena la aku menapak pegi ke entrance balik cari pelampung..tu pun kejap ja syaza dok lam pelampung ni..si syauqi ambik kat dia selebihnya..siap lepas tu dah nek atas pun still berjalan dalam pelampung..haha over la hang syauqi oii
cubaan nak men dua-dua orang...galak depa dua orang ni bila dok lam ayaq..sampai kecut-kecut kaki tangan pun x mau naik lagi
anak bujang aku...jangan tak tau masa dia mandi ni dengan seluar jeans okeh...dah basah dah ngan baju ngan seluar tu aku pun malas dah la nak tukar baju len kat dia..hang terjun ja la ngan baju tu pun
ni tengok anak sapa ntah dok kat tebing ayaq tu makan eskrem dia pun teringin...satu scoop rm2..mahai la tapi skali skala bagi la jugak...ni zaman bila aku nak masuk lagi carnival ni x tau la kan...siap nak makan dok kat tebing tu jugak..sambil lunjur kaki goyang-goyang kaki lam ayaq..over sungguh tapi sat ja masa depan eksrem tu..x lama lepas tu terjun lam ayaq..kena kutip p buang
syaza lepas dah tukar baju..muka x redha kena naik awal sangat..kalau ikut depa ni nak duk ja lam ayaq tu x yah naik...

aku spend masa sat ja kat karnival ni..sebab sukaneka semua anak-anak aku x layak nak masuk makanya p main ayaq ja la...best jugak..hehe len kali boleh p dengan bajet sendiri selain tempat dekat ja dengan rumah

Saturday, March 10, 2012

whoopee

sebelum nak stori panjang-panjang kita kasik tayang dua orang buah hati aku nih..haha payah nau nak suruh ambik gambar berdua...sibuk apa tak tau la kat depa
si adik sibuk kat tokak puting botol susu abang...si abang plak dan la posing sat sebelum berebut kamera ngan mama dia
okeh ni cerita hat betul nak cerita...sebelum ni terbaca kat page "we're 2011 babies" pasal pampers ni...aku mula-mula cam pampers brand apakah itu? haha punya x penah dengaq...tapi skali masa dok window shopping dekat kedai baby dekat sp ni terjumpa pampers ni...rega boleh la tahan...x dak less, habis macam la kedai baby tu dok bagi less...haha pelekat dia soft tape apa nama dia tapi jenis x lekat kat badan tu la, aku x suka pelekat hat jenis lekat kat badan tu dah la anak makin lasak, satg nak buh pampers dok pusing rata terlekat pelekat tu nangis sepasai dah
ni harga dia RM28.90...dekat love garden dekat-dekat ngan econsave dekat taman petani jaya, sungai petani...berapa banyak dekat la aku dok sebut...haha
rupa pampersnya..kaler purple tu..haha suka-suka, bila belek betul-betul dekat plastik dia baru aku perasan yang whoopee ni produk malaysia...satu ja x best..pampers ni x letak size dekat pampers..cuma letak size dekat plastik packaging ja...satg ada la hat tertukar size jap g read: pengasuh depa
ni pampers hat dok pakai skang ni...huggies dry comfort...sebelum ni masa syaza baru lahir, aku bagi pakai dua-dua mamy poko..masa syauqi dulu huggies merah ni la..kadang hat biru tu..tapi huggies biru tu cam x ok...bila banyak shee shee dia jadi berketul-ketul kat pampers..huduh plak aku tengok..huggies merah ni ok cuma saja la mak dia galak nak try pampers baru...hehe
rupa huggies dry comfort...ok la pampers ni...boleh tahan lama dan x la berbau bila depa kencing...macam packaging dia tulis boleh tahan 10ja...aku tukar pampers depa lepas maghrib sampai la esok hantar pengasuh still boleh tahan x dak bocor ka apa...

footnote: cloth diapers dah dok simpan lam kotak sebab pengasuh dia komplen...x mo susahkan dia dan lama-lama aku plak jadi malas nak pakaikan kat depa

Wednesday, February 15, 2012

AGE dan syauqi

dari minggu lepas lagi rasanya...anak teruna aku tu start simptom age tu...memang musim kot skang ni...jugak sebab cuaca yang berubah-ubah..mula dengan malam first tu muntah yang dahsyat...3 kali muntah kaw-kaw yang sampai lencun baju tdo dia...bawak pegi klinik panel kena la cucuk dekat montot...sebelum tu tanya jugak why sampai kena cucuk dan jawapan doktor adalah cara yang paling cepat nak stopkan muntah dia...kalau bagi ubat air paracetamol tu nanti muntah balik dalah sama jugak...baik cucuk masuk trus dalam badan...dan alhamdulillah..it work..malam tu x ada lagi sesi muntah-muntah

esoknya masa ambil dari rumah pengasuh..ibu dia cakap berak cair yang amat dahsyat...sampai habis tilam ngan toto dekat rumah dia...nak x nak kena la bagi pakai pampers semula...tu pun malamnya bocor pampers sebab memang cair sangat...brapa kali pulak adegan mengelap kerusi dengan lantai...huhu nak marah pun orang tengah sakit kan

hari ahadnya bawak pegi klinik kerajaan...bila klinik kerajaan silalah faham yang masa menunggu adalah maha dasyat punya lama...aku pegi pukul 8..jumpa MA pukul 11.30...cuma dapat garam untuk dibancuh tu...dia cakap kalau x ok dan nampak dehydrated sangat suh pegi emergency masuk dalam wad...tapi sampai petang budak itu adalah cergas..ok la kot cuma dari pukul 8 ke pukul 11.30 tu aku 4 kali ulang pegi kereta sebab syauqi yang bosan menunggu..

mula sebab mak dia nak mengepam..second bawak pegi beli air kotak ngan jajan, third dia dah membuang..kena ganti baju..then elok masuk klinik nak susu plak...time tu nombor giliran lagi 3...jauh tu nak ulang..aku dok suruh dia tunggu tapi budak-budak kan mana la nak tunggu-tunggu ni...last-last aku marah sangat bangun pegi dok jauh sikit dari dia...tau plak kena marah...dok cebek-cebek dekat kerusi tu tapi takut nak datang dekat aku...ada plak sorang pakcik ni kesian..mesti dia pikir lam ati kesian budak tu mak dia x mampu beli susu dekat anak, mai dok offer suh ambik la ayaq milo dia..haha pakcik, saya dah beli dah ayaq milo dekat dia tapi tadi dia kata x mau, saya tinggai la lam keta, dah la keta parking jauh sebab parking yang dekat dah penuh...huhu yang nombor tu pun masa tu la x mau bergerak-gerak...last-last panggil datang peluk aku bawak jugak pegi kereta cuma ambik beg susu dengan air masak bawak masuk balik tempat menunggu...elok nak sampai tempat menunggu tu nombor dah panggil dekat 3 kali jugak la..huhu

oh balik ja dari klinik aku plak yang flat sebab perut dah sebu masuk angin trus jadi sakit satu badan...huhu satu hari flat tapi still kena pegi ofis sebab x ada orang dekat ofis...

moral: next time pegi kk kena bawak bekal..

Sunday, February 12, 2012

wordless sunday

buah hati pengarang jantung dua orang ni..sudah pandai main sama-sama..ko lompat aku gelak..ko baring aku gelak..ko nangis aku tampar, naik moto dua-dua, minum susu dua-dua, mandi dua-dua, tdo dua-dua..barang kalau adik pegang..abang pun nak jugak, kalau abang pegang adik pun nak jugak..hihi

bak kata tok depa la..tercapai jugak hajat mak dia nak syauqi ada teman..sebab dulu aku penah wish nak bagi adik dekat syauqi supaya syauqi ada teman nak main..sungguh nampak la boleh main sesama ni..cuma kadang tu dia ajak adik main gusti..ohho adik hang tu pompuan la syauqi oi

Thursday, February 2, 2012

ride ride

mak dia yang mengidam ke anak yang mengidam adalah tidak pasti..haha kalau ikut masa cuti kismas hari tu nak beli dah..tapi sebab x jadi maka cuti raya cina baru beli..tu pun bgtau kakak ipar aku awal-awal mintak dia belikan..sebab dia beli motosikal ni dapat murah sikit..kalau saiz kecik rm130, saiz besar rm160..kat kedah penah la aku survey dapat dalam 200 lebih..huhu
budak ni mula-mula memang x pandai naik..tapi keinginan tu dah ada...kena ajar dia tekan butang reverse ngan front..tapi butang lagu jugak dia suka tekan..ada 5 ke 6 jenis lagu tah, selain butang volume untuk lagu, tempat plug untuk charge, kunci dengan start..moto ni guna bateri boleh tahan 3 jam ke lebih kot..x penah hafal brapa lama dia tahan tapi nak charge bateri kena 8 jam
abang bawak si adik naik moto...hepi la budak kat belakang tu x padan dengan kecik..haha sengih kemain lagi dua-dua
ni pagi esoknya..abang belum bangun tapi si adik bangun awal...merangkak laju pegi nak naik moto..bila letak atas moto kemain lagi senyum meleret

Wednesday, February 1, 2012

syauqi's toilet train

hari tu ada aku cerita pasal aku trainkan syauqi pegi toilet kan..well sama ada aku x cukup kuat ke sama ada syauqi belum lagi..huhu sampai hari ni masih lagi berpampers...adoi la nampaknya misi masih lagi gagal..tapi aku masih lagi berpendapat yang syauqi dah ready untuk diapers free cuma aku ja x cukup konsisten nak bagi berjaya..huhu

hari mula aku pakaikan cd tanpa insert nampak macam ok la setiap 30 minit aku bawak pegi toilet...tak terkincit pun dalam cd tu then hari second pakai seluar ja...banyak fail asyik la kena dok lap lantai..huhu then bila dah masuk keja lagi la susah sebab cuma ada malam ja untuk train..dah penat campur letih maka asyik la hold acara toilet train ni...ish hati kena kuat jugak ni

tadi terbaca dekat blog kak izzah pasal potty train anak dia selain dari blog mama imaan jugak pasal potty training..dan jugak tip-tip dari sini dengan sini pasal potty training nampaknya weekend ni kena usahakan bagi berjaya jugak...aku bakal bercuti dari hari jumaat nanti sampai ke hari selasa nanti..harap-harapnya kali ni berjaya la kot...huhu
budak ni la yang nak di potty train tu...huhu harap-harap berjaya la

Friday, January 13, 2012

syauqi's toilet training

hari ni memandangkan sampai ahad ni aku cuti maka encik hubby buat suggestion untuk kasik ajar syauqi toilet training...harap-harap ada improvement la kan...huhu kalau ikut dia nak start esok tapi aku kata hari ni la boleh untuk 3 hari...dan kalau lagi bagus sambung ke rumah pengasuh dia sekali...huhu

pagi tadi ada la 2 kali terbabas kot...tapi ok la untuk permulaan kan...kena aku make sure setiap setengah jam ajak dia pegi toilet nak buang air...kalau x macam tadi la dah 2 kali terbabas...mungkin ambik masa sebelum bleh upgrade sejam sekali x pun 2 jam ke 3 jam...huhu sabaq pz

aku cuma pakaikan dia cloth diaper tanpa insert untuk bagi dia alert dengan basah bila dah kencing...harap-harap ok la..ka aku kena bagi pakai seluar saja ek? bila nak kena jengah setiap 30 minit memang agak penat la...dan nasib baik hari ni dua-dua beradik tdo secara berjemaah..boleh la masa ni aku makan nasi, bertenet kejap...blogwalking..wah-wah suka ya kau pz...

apapun moga misi aku untuk 3 hari ni berjaya ya...amiin

p/s: takat ni cuma kencing kalau bab berak..macam mana la plak, dah la awang tu sehari at least 3 kali berak...huhu

Saturday, December 31, 2011

kamus bahasa syauqi


maklumla dah ada anak sedang membesar ni dan sedikit pelat maka ada setengah word tu memang aku ambik masa nak paham..haha dan encik hubby pun kadang akan tanya aku as translator..haha dah jadi kamus bahasa dah aku..bukan bahasa melayu ke bi tapi bahasa si syauqi..haha

antara word dia:
uti: syauqi
yaya: syaza
shu: susu kadang jadi shushu
acik: nasik
umi: sumi
gen: vitagen
eyak: berak
pin: upin ipin
boboiboy: hat ni terer la plak kan sebut penuh, even lagu pun dah hafal..haha
abu: ibu
tak boyeh: tak boleh
buyung: angry bird

last but not least
umi cuk umah..hahaha dulu umi ja skang dah bertambah..tau apa tu?



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*


zombi masuk rumah aka game plant vs zombies tu..haha penangan game kan
hai la anak

Tuesday, November 22, 2011

jalan-jalan ke bukit bendera

aktiviti siang tadi...sempena ibu mertuaku datang ke rumah, bawak la jenjalan dekat cni..padahal sendiri teringin nak pegi..haha duduk keja dekat je ngan penang tapi asyik la g jalan-jalan ke batu feringgi ja yang x ada apa..maka decide pegi la plak bukit bendera..siap print map tu ko..haha yelah orang x dak gps hatta smart phone gitu la kekdahnya..tapi sampai la jugak ke bukit bendera tu akhirnya..lalala

sebelum apa-apa kita bergambar dulu dalam keta..kan kan
ni plak si syauqi yang pantang tengok kamera mesti bunyi senyum, senyum yang dalam maksud senyum tu adalah kamera...si papa syauqi yang bergaya dengan spek baru...semalam baru ambik
kami berempat
ni masa dalam feri..dua-dua budak itu suka la sangat tengok air ni..apa yang best x taulah
keta kecik kami
syaza dengan sue yah...kemain lagi syaza tengok kamera
ibu mertuaku...saja bawak naik feri..ni kali pertama syaza naik feri...awal-awal tu kemain lagi peluk
si kecik yang selalu ceria
abang syauqi yang dah pandai buat gaya macam-macam bila orang nak ambikkan gambar
stroller yang last-last abang syauqi conquer
adik redha je la duk lam carrier...tapi ok gak sebab x lama lepas tu dah lena dia dalam tu...sedap kot rasa macam kena peluk
kadar harga nak naik train...nasib semu bawa ic kalo x kena cas rm30 sorang..tunjuk ic sorang rm8 ja tapi musykil sebab adik ipar aku kena rm4..tu harga untuk kanak-kanak 3-12 tahu..adakah sebab gambar ic masa 12 tahun..haha jimat la rm4 sebab time nak turun balik baru perasan harga tu
gambar kat situ...orang sibuk nak beli tiket kita yang x buat apa-apa marilah kita ambik gambar
budak ni kemain pegi bersandar nak suh kita ambikkan gambar
time membeli...last-last apa pun aku x beli...harga ok la x mahal sangat jugak x murah sangat
gembar sebelum turun
kami berdua
adik last-last boleh jugak duduk dalam stroller..kejap je la time naik train nak turun kena peluk sebab takut jugak budak ni bila naik train

best jugak sebenarnya sekali sekala pegi bukit bendera ni...ke sebab aku dah lama x pegi jalan-jalan...balik semua ketiduran sebab penat kot...anak dara tu pun sampai berdengkur tidur