Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

saya hari ini

saya hari ini...
aktiviti biasa...seperti sebelum lahirkan syaza macam zaman abg dia kecik2 dulu jugak cuma pam susu dah upgrade ckit
hasilnya selepas 15 minit mengepam...alhamdulillah moga perjalanan 2 thn akan tercapai nanti

demi untuk budak kecik ni


supaya dia blh menten body macam ni


ni plak abg dia yang cuma sempat 1 tahun 3 bulan bersusu ibu...alhamdulillah

Wednesday, March 16, 2011

freestyleku...sampai jugak akhirnya

akhirnya selepas menunggu nak berfreestyle hajat tu terlaksana jugak...wah hati ini sangatlah hepi dari semalam berbunga2 x sudah2...hehe ye lah impian sekian lama akhirnya sampai jugak hajat...tapi...

eceh ada jugak tapinya pump ku itu masih lagik di kampung dan hari khamis ni baru aku berkesempatan nak menengok dan merasa pegang...huhu x pe hari ni dah rabu esok je lagi...nnt review pasal guna lepas bersalin baru boleh stori mori sekarang ni review pasal beli saja...

sebenarnya sejak masa dok menyusukan syauqi lagi aku dah teringin pam ni tapi masa tu kewangan agak tidak mengizinkan maka reda saja guna pam avent tu...biarpun manual banyak jasa dia dekat aku...setahun 2 bulan jugak aku guna dia...hasil pun memuaskan cuma...bese la kan hati ni nak jugak merasa yang letrik nak-nak plak freestyle x yah guna tangan...masa awal2 dulu kalau aku berkeras nak beli yang ni confirm encik hubby x kan kasik...dengan alasan ape ke mahal bebenor pam itu...ye lah dekat pasaran malaysia harga kedai dalam rm2199.00 uih dah boleh beli macam2 dengan rega tu...

tapi lepas dipujuk-pujuk (ayat mesti power yerrr) dan akhirnya impian ku terlaksana jugak..kalau x beli mau tiap2 hari aku buka belog orang yang jual pam ni sambil melayan perasaan rasanya...hehe


maka nanti lebih kurang macam ni la rupa pam ku...x payah guna tangan lagi...boleh la tangan guna wat keja len...encik hubby ada cakap pas ni jadi lembu la dah pam x guna tangan...ciss x pe lah demi anak ku sanggup...haha

satu lagi hajat untuk tahun telah tercapai...lalalala

Wednesday, February 23, 2011

rezeki setiap anak tu memang dah ditentukan...

dah nak masuk 33 weeks dan perasaan pun makin berdebar-debar...banyak yang terfikir dalam kepala, banyak lagi benda yang masih belum settle harap-harap menjelang masa aku bersalin nanti semua kerja-kerja dah siap...boleh bercuti dengan aman dan check list senarai barang baby pun semua dah list sebagai settle...amiinnn

dan salah satu yang bermain dalam kepala adalah biarlah kali ni boleh menyusukan anak aku dengan jayanya sama macam abang dia dulu dan hopefully lebih baik lagi...kalau dulu aku x berkesempatan 24jam rooming dengan syauqi biarlah kali ni aku diberi badan yang sihat dan lepas bersalin boleh sekatil dengan baby...biarlah kali ni melalui sakit bersalin yang normal (sangat berharap hari isnin ni doktor pakar akan cakap benda yang baik-baik sahaja)

dan betul la orang cakap yang berlalu tu jadikanlah pedoman...kalau dulu aku mampu bertahan setahun 2 bulan kali ni biarlah genap 2 tahun insyallah...kalau dulu aku berjaya fully breastfeed syauqi tanpa bantuan formula harap-harap kali ni pun macam tu jugak...biarlah masa syauqi dulu rezeki dia x melimpah ruah x sempat nak penuh freezer macam orang lain...cuma kais hari ni untuk esok tapi tetap cukup untuk dia dan harap-harap untuk adik dia lebih baik lagi...insyaallah

tapi serius masa aku bfkan syauqi dulu tgk belog orang lain asyik letak gambar susu penuh freezer memang aku jeles...sebab freezer aku x macam depa tapi nak buat macam mana dah takat tu ja rezeki anak...biarlah x penuh freezer tapi jangan x cukup susu...tapi biarpun dah berpengalaman bfkan syauqi tetap terlintas dalam hati mampukah aku bagi cukup susu untuk adik syauqi...harap-harap berjaya la hendaknya...macam-macam usaha dah dibuat demi nak jayakan penyusuan kali ni dan harap-harap usaha tu berbaloi...amin

Monday, January 24, 2011

khas buat ibu yang x mo menyusukan anak derang

artikel yang aku jumpa dalam metro hari ni dan rasanya x rugi untuk dikongsi dengan orang lain...
RAMAI wanita bimbang mengenai masalah payudara kendur sehingga ada yang mendapatkan pelbagai rawatan untuk menegangkan payudara. Ada pula berpendapat penyebab utama payudara kendur kerana sering menyusui anak.
Secara saintifiknya payudara adalah kelenjar yang berfungsi menghasilkan susu. Struktur utama payudara dibentuk oleh kilang kelenjar susu.

Di sekeliling kilang kelenjar terdapat tisu lemak, kolagen dan ligamen. Payudara tidak mempunyai otot atau tulang.

Oleh itu saiz payudara bukan saja dipengaruhi oleh kelenjar susu yang ada tetapi juga oleh berapa banyak terdapatnya tisu lemak dan kolagen di sekeliling kelenjar susu itu.

Menurut Konsultan Laktasi (IBCLC) dan Pensyarah Kanan, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Zaharah Sulaiman yang sekarang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana (PhD) di Universiti La Trobe Melbourne, Australia dan membuat kajian mengenai penyusuan ibu di kalangan wanita bekerja dia menolak dakwaan mengenai faktor menyusu menyebabkan payudara kendur.

Katanya, ini kerana bentuk dan saiz payudara seseorang boleh dipengaruhi faktor umur, gen (keturunan), etnik dan pemakanan seseorang wanita. Adalah satu kebiasaan bagi payudara seorang wanita berbeza saiz antara yang kiri dan kanan di mana satu lebih besar dan kecil.

Dr Zaharah berkata, terdapat beberapa faktor menentukan bentuk payudara antaranya keanjalan ligamen yang menampung atau mengampu payudara serta tarikan graviti secara semula jadi yang akan menyebabkan payudara kendur.

"Payudara bersaiz besar dan lebih berat akan mempunyai tarikan graviti yang lebih. Tarikan graviti ini akan menyebabkan ligamen dan kulit payudara tertarik dan menyebabkan kekenduran.

"Bentuk dan saiz payudara yang normal juga berbeza-beza. Ada bersaiz kecil dan besar. Ada yang bulat dan ada bentuk panjang dan lonjong.

"Begitu juga dengan bentuk puting payudara. Ada puting timbul, leper dan tenggelam. Semua ini adalah kepelbagaian dalam bentuk normal," katanya.

Menurutnya, peningkatan usia penyebab utama kekenduran payudara.

Jelasnya, payudara kendur adalah proses semula jadi wanita kerana pembentukannya dipengaruhi hormon estrogen.

Katanya, kekenduran payudara menjadi lebih nyata semasa menopaus apabila aras hormon estrogen amat berkurangan.

Beliau berkata, proses kekenduran payudara tidak nampak ketara bagi wanita mempunyai saiz payudara amat kecil kerana mempunyai tarikan graviti lebih kecil.

"Merokok adalah penyebab utama kekenduran payudara. Ini kerana rokok merosakkan elastin iaitu sejenis fiber protein yang memberi ketegangan dan keanjalan kulit seseorang.

"Oleh itu apabila seseorang merokok, ini akan merosakkan elastin dan mempercepatkan kekedutan serta mengurangkan keanjalan pada ligamen.

"Merokok juga boleh merosakkan tisu ovari (kilang telur) yang bertanggungjawab menghasilkan hormon estrogen.

"Estrogen adalah sejenis hormon wanita yang dirembes oleh ovari untuk merangsang pembentukan payudara," katanya.

Menurut Dr Zaharah, kekerapan kehamilan juga punca kepada payudara kendur.

Jelasnya, ketika hamil, payudara seorang wanita mengalami perubahan ketara apabila kelenjar susu mula membesar sebagai persiapan untuk menghasilkan susu.

Katanya, pembesaran kelenjar susu mengurangkan tisu lemak pada payudara.

"Selepas bersalin dan apabila penghasilan susu tidak lagi diperlukan (sama ada wanita itu menyusui anaknya ataupun tidak), kelenjar susu akan kembali mengecut.

"Tisu lemak yang telah berkurangan tidak kembali semula ke peringkat sebelum hamil. Begitu juga dengan keanjalan ligamen yang mengampu payudara berkurangan.

"Justeru jika wanita kerap hamil, perubahan saiz payudara juga berlaku dengan kerap dan ini akan menyebabkan kekenduran boleh berlaku dengan lebih cepat," katanya.

Menurutnya, wanita kerap hamil walaupun tidak menyusukan bayi mempunyai risiko untuk mendapat payudara kendur lebih cepat.

Katanya, faktor terakhir ialah penurunan berat badan ketara menyebabkan tisu lemak berkurangan.

Jelasnya, namun kulit dan ligamen tidak menegang dengan pengurangan tisu lemak ini akan menyebabkan payudara kelihatan kendur.

Katanya, berdasarkan semua fakta di atas wanita tidak perlu takut menyusui bayi mereka kerana menyusu tidak meningkatkan risiko kekenduran payudara.

"Susui bayi anda kerana banyak manfaat kesihatan diperoleh bukan saja kepada bayi tetapi untuk ibu.

"Kajian menunjukkan wanita menyusui bayi berisiko lebih rendah mendapat kanser payudara dan kanser ovari daripada wanita yang tidak menyusui bayinya.

"Bayi yang mendapat susu ibu juga lebih sihat dan kurang risiko untuk mendapat jangkitan kuman.

"Namun kajian ini tidak membandingkan antara wanita yang menyusui dengan wanita yang tidak menyusui bayi terhadap kekenduran payudara. Kajian ini melihat apakah faktor yang menyebabkan kekenduran payudara. Ini adalah dua pernyataan yang berbeza," jelas Zaharah.

Katanya, wanita yang tidak pernah mengandung atau menyusui anak juga turut berdepan dengan masalah payudara kendur kerana proses penuaan dan perubahan semula jadi.

Apa yang berbeza, ujar beliau, kekenduran berlaku lebih ketara kepada wanita yang mempunyai risiko seperti di atas.

Kekenduran berlaku dengan lebih ketara ketika wanita mengalami menopaus kerana kekurangan aras hormon estrogen. Wanita yang mempunyai payudara yang lebih besar (oleh itu payudara lebih berat) boleh mengalami kekenduran dengan lebih cepat disebabkan tarikan graviti yang dialaminya lebih ketara," ujarnya.

Menyedari kepentingan payudara sama ada untuk menyusui bayi atau dianggap sebagai aset kecantikan wanita, kebanyakan wanita mencari rawatan bertujuan mengembalikan keanjalan payudara. Di pasaran terdapat pelbagai produk kecantikan bertujuan untuk mencantikkan payudara. Secara umumnya Zaharah berpendapat kesan diperoleh hanya bersifat sementara terutama ketika produk ini digunakan. Apa yang harus diperhatikan adalah kemungkinan kesan sampingan produk itu yang boleh berlaku sama ada dalam jangkamasa pendek atau panjang.

Ada juga wanita yang menjalani pembedahan plastik payudara sama ada untuk membesar atau mengecilkan payudara untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang diidamkan. Ini juga tidak bertahan lama dan pada kebiasaannya perlu dilakukan beberapa kali untuk mengekalkan bentuk yang diingini. Lebih-lebih lagi untuk yang beragama Islam, perbuatan ini haram di sisi agama kecuali pembedahan itu dilakukan atas sebab-sebab kesihatan (seperti membuang ketumbuhan).

"Saya merasakan apa juga yang dilakukan hanya mampu untuk melambatkan proses kekenduran, hakikatnya kekenduran payudara akan tetap berlaku. Ini adalah kerana proses penuaan adalah fitrah. Payudara seperti juga organ lain, ia anugerah Allah. Jika seseorang suami atau lelaki tertarik kepada wanita hanya disebabkan ketegangan payudara yang dimiliki oleh wanita itu, maka lelaki itu hanya mengimpikan sesuatu yang sementara saja.

"Ini kerana proses penuaan ini bukan saja dialami wanita tetapi lelaki. Jika isteri atau wanita mengalami penuaan, maka suami atau lelaki juga mengalami fasa penuaan yang dikenali sebagai andropaus. Keberkatan dan kebahagiaan rumah tangga bukan terletak semata-mata pada rupa paras fizikal tetapi juga keserasian dan kebolehan pasangan untuk menerima pasangan masing-masing seadanya dengan kekurangan masing-masing," katanya.


Panduan menjaga payudara:

1. Jangan merokok

2. Menyusukan bayi. Ini kerana menyusu anak adalah hak seorang anak untuk mendapatkan nutrisi terbaik dari ibunya. Lebih-lebih lagi ia benteng terbaik yang boleh mengurangkan jangkitan kuman kepada bayi dan mengurangkan risiko kanser payudara pada ibu.

3. Penggunaan coli. Terdapat banyak pendapat mengenai cara penggunaan coli. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada kajian menunjukkan penggunaan coli boleh mengelak payudara kendur. Ada kajian yang mengatakan coli boleh mengurangkan kekenduran hanya pada masa coli itu dipakai. Apa yang lebih penting adalah menggunakan coli yang sesuai dengan saiz dan bentuk payudara seseorang. Coli yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan pada tulang belakang (belikat) dan juga tidak baik untuk postur. Terdapat coli yang dibuat sesuai digunakan untuk mengampu payudara ketika menjalani aktiviti sukan.

4. Senaman. Secara umumnya, senaman fizikal bertujuan untuk menguatkan otot. Walau bagaimanapun, kelenjar payudara tidak mempunyai otot. Tetapi payudara hanya terletak di atas otot dada. Oleh itu senaman fizikal yang boleh menguatkan otot dada ialah berenang kerana secara tidak langsung boleh meletakkan payudara pada tempat yang lebih kemas. 

artikel dari paper metro...maka lepas ni kalau x mau bagi susu dekat anak jangan dok buat alasan kata breast kendur ke apa...carilah alasan lain (read:nada tensen dengan orang yang buat alasan nak lawa pastu x mo bg susu kat anak...kalau alasan kesihatan ke x cukup ilmu ke boleh lagi diterima)

Sunday, September 26, 2010

kecewa...

aku ni bukan la jenis nak kempen-kempen nak pomot segala kat orang...jugak bukan jenis nak paksa2 orang ikut pendapat aku konon-konon pendapat aku je yang manjang betul, jugak bukan jenis nak influence orang supaya mendengar dan menurut segala kata-kata aku...dan memang aku malas semua-semua tu...tapi perasaan ni dah lama aku pendam nak berkempen dekat semua orang pasal kebaikan breastfeeding...ye tu la yang aku rasa sejak aku dianugerahkan gelaran baru sebagai seorang ibu...

tapi masa cuti hari raya hari tu aku jumpa ngan biras aku yang dalam pantang anak dia yang kedua...dan aku tengok dia dalam kategori bernasib baik la jugak sebab susu dia melimpah ruah...bayangkan ajelah dia baru ja habis menyusu anak dia dan boleh perah pulak susu dan dapat penuh botol kecik tu hanya pam sebelah pam...hebat kan?? (makcik sedikit jeles dengan situasi ni...memandangkan aku tengah dikala ketandusan susu dan pernah pam cuma dapat tutup botol ckit je)

tapi rasa kekaguman aku tu x lama sebabnya bila sembang-sembang dengan dia dan dia bgtau aku anak dia x nak minum expressed milk tu dan hanya nak direct feeding sahaja...ok fine aku pun cerita la masa syauqi kecik-kecik pun x nak minum expressed milk masa awal-awal aku pernah bagi susu guna shringe...demi susu ibu aku sanggup dan aku pun tanya la dah anak dia x nak minum expressed milk tu kan apa dia buat simpan buat stok ke? (time ni makcik dok bayang dah dekat penuh freezer umah mak mertua aku kat kampung tu)

dan korang tau dia jawab ape??? dia g buang kat sinki ja...gila kauuu aku nak pam dah penuh botol tu pun bercinta ni yang senang-senang dapat sekali pam sebelah breast boleh penuh botol g buang kat sinki...nak je aku mintak kasik dekat syauqi tapi mikir masa depan dan macam2 hal boleh jadi kalau bersaudara susuan ni...maka kansel niat nak mintak susu tu...tapiiii memang la sayang gila susu tu...hanya orang yang dah susah payah menyusu badan saja yang rasa semua tu....ku berdoa biras aku tu beroleh hidayah betapa pentingnya dia simpan susu tu untuk kegunaan anak dia kemudian hari...ohh aku ada jugak cerita pasal penyimpanan susu ibu ni macam mana, brapa kali pam setiap kali keja tapiiii still ke sinki jugak...tiap kali aku tgk memang rasa mcm nak halang je...jangannnn tapi susu orang kan...apa hak aku nak halang...tapi aku memang x puas hati!

kalau korang what will you do? aku still rasa kecewa jugak sampai hari ni...cite kat my hubby dia pun kata sayang nya!!

Monday, September 20, 2010

kembali ke pejabat...bekerja

oh macam lama ja aku cuti dari hari khamis petang sampai la hari ahad kemarin...lama sungguh beraya sampai mood nak masuk opis pun kemana...huhu tu la bila cuti lama2 ja mesti malas semacam ja nak kerja...sabaq je la

ohh hari ni budak kecik tu terpaksa minum susu ibu topup dengan susu formula...dengan terpaksanya ku campur jua sebabnya semalam balik rumah tgk susu dalam freezer semua cair sebab masa bila ntah automatik jentat dan semua susu dah selamat cair dan x sejuk lansung pun...huhuhu tanya pengasuh dia tadi katanya minum nak tak nak je sebab rasa die lain kot...aku try anmum essential dulu sebab yang tu je ada pek kecik...any other idea yang buleh aku try?? apapun tadi tengah hari dah p bg sebotol hasil perahan kejap tadi...moga2 boleh la biarpun hanya sebotol... :(

cerita pasal raya nanti esok la aku cerita lepas upload gambar masuk ke pc...ada gmbr baru seronok bercerita...ye lah idea campur gambar...hehe tapi tahun ni memang rasa la meriah beraya sebab si kecik tu dah boleh berjalan...satu rumah dia pusing menjelajah dengan mulut bebel bahasa baby dia tu...sampaikan orang lain yang tgk pun geram sebab mulut tu becok sangat... :)

apapun selamat hari raya semua :)

Thursday, August 19, 2010

posa kali ni...

pelik eh kalau posa tahun lepas aku boleh bertahan sampai ke petang tapi x la penat ke apa...siap boleh masak untuk berbuka semua padahal masa tu menunggu hari je dengan  perut memboyot boleh ke hulu ke hilir tapi ada la satu hari yang missed sebab rasa baby macam x aktif time tu dan dan tu jugak aku berbuka...takut dan risaukan baby lebih tapi maknya masih lagi kuat...hehe

tapi posa kali ni memang sangat2 menduga iman...ohh masuk petang je aku dah rasa penat macam orang br lepas balik hiking penat sampai satu tahap tu tangan gigil2 sebab letih ya amat...huhu dan semalam aku x tau la aku terlebih rajin ke menduga ketahanan diri aku boleh kuar g ot lagi...haha dan hasilnya lepas berbuka pukul 8.45 macam tu la aku dah selamat tertido...konon la kan nak tidokan anak tapi skali ngan aku hanyut trus...

aku ingatkan aku ja yang rasa penat macam tu tapi encik hubby pun sama...tengok dia pun letih semacam dan aku sedar dalam pukul 9 lebih tgk dia dah tutup lampu semua dan tdo jugak...aku ada la kunci jam konon nak bgn pukul 12 nak pam susu sebab stok bulan puasa ni agak sedih tapi hampeh aku x sedar lansung....huhu

tapi...dalam pada tu aku bersyukur la jugak sebab setakat ni aku masih lagi berjaya puasa penuh cuma rasa penat tu yang melampau-lampau...dan setakat ni aku masih lagi menggagahkan diri masak lauk2 untuk berbuka dan jugak sahur biarpun semalam aku cuma masak bihun goreng je time berbuka...ohh bukan takat letih je aku rasa tapi malas...pelik betul padahal dulu masa memboyot dan berpuasa boleh plak aku masak macam2 menu tapi kali ni rasa macam malas tu terlebih2 plak...hmmm

agaknya aku kena cari supplemen kot untuk lebih tenaga dan maintainkan susu untuk syauqi tu...tapi apa yer? ada idea x? kurma tu aku memang makan tapi sebab aku bukan penggemar kurma maka makan sebjij pun makan kena paksa telan dan bila tiap2 hari makan dan macam nak terkeluar blk...huhu

Monday, August 16, 2010

susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak anda...

kan entri sebelum ni aku ada cakap yang aku akan tetap breastfeedkan syauqi selagi aku termampu dan ya sehingga saat ni aku masih lagi breastfeedkan dia...dan momen bila my mom dapat tau aku peknen, soklan dia tanya adalah syauqi minum susu apa lepas ni...
aku: syauqi minum susu mak dia la
my mom: orang tua-tua kata x elok minum susu mak lagi nanti cacing
aku: x pa boleh ja bagi susu badan masa mengandung
my mom: x elok dia minum susu adik dia
aku: ada la tu rezeki depa masing-masing

ohh aku memang degil even my mom, akak aku ngan arwah abah penah kata aku ni anak yang degil dan memang pun aku rasa aku ni degil...dan aku jugak tau apa yang mak aku kata tu untuk kebaikan aku jugak...dia nak yang terbaik untuk cucu dia dan aku memang berusaha bagi yang terbaik dekat dia... :)

reason lainnya adalah aku masih x sanggup nak wean off kan syauqi...saat tu biarlah aku lalui lepas syauqi genap 2 tahun...biarlah aku penat cikit janji cukup 2 tahun janji aku dekat dia...dah memang dari dia dalam perut dulu lagi aku dah dok janji nak susukan dia genap 2 tahun even masa lahir pun aku dok kata macam tu dan bila aku nak wean offkan sebelum 2 tahun memang aku x sanggup...baca experience orang lain pun aku dah sebak dan kalau boleh aku memang x nak lalui saat2 tu sebelum umur dia 2 tahun...

lagipun kat tin susu formula tu kan ada cakap "susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak anda" owh lagilah aku x sampai hati nak bagi susu formula dikala susu aku masih cukup untuk bekalan dia...dan aku bernasib baik susu aku takat ni masih cukup untuk bekalan syauqi setiap hari dekat rumah pengasuh...harapan aku biarlah cukup sampai 2 tahun penyusuan dia...insyaAllah... :)

Sunday, August 15, 2010

dugaan bulan puasa...

aku kan adalah bercuti dari awal posa sampai semalam sebab balik kelantan sambut posa kat sana...ohh menu buka posa kat sana memang lain cikit dari belah cni tapi sebab x sesuai dengan tekak aku kot maka x banyak la dessert2 dia yang aku boleh telan...semua manis-manis dan direndam dalam air gula maka memang bukan aku lah tu kalau tiba2 aku menelan benda2 yang terendam dalam air gula ni...cuma satu je kot dessert dia yang aku suka onde2 pulut hitam...sedap :)

ohh balik cerita asal...aku bertolak balik tengah hari kemarin dan tiba kat rumah dalam pukul 5.30 macam tu lepas singgah pasar ramadhan beli juadah dan bila masuk dalam rumah dan benda biasa bila aku buat adalah tekan suis kipas dulu...pastu macam pelik nape ehh kipas ni x jalan2...
aku: b blackout ke?
en hubby: dak la tu automatik jentat...
aku :(masa ni automatik fikir habis la susu aku)
trus laju2 pegi buka peti ais tengok stok susu syauqi yang x berapa meriah tu...dan memang pun semua 10 bekas dan mencair semuanya...tapi masih sejuk...hwaaaaa dah la penat aku kumpul nak dapat 10 bekas tu dan semua dah cair...trus jadi letih seletih-letihnya...semalam try jugak pam every 2 jam tapi hasil x berapa nak meriah sebab setiap 2 jam jugak budak tu bangun menyusu...isk isk

dan hari ni mood adalah sedikit down mengenangkan susu anak x meriah...ish kena relax ckit kot baru hasil lagi meriah... :(

Thursday, July 8, 2010

demam lagi harap2 esok kebah x demam2 dah...

sepertikan tajuk di atas awang kecit tu masih lagi demam pagi tadi dan sampai time aku balik x kebah2 jugak...aku pegi ofis hari ni sebab dok teringat keja2 yang dah sampai dateline tapi x terbuat dan bila naik ofis memang aku jadi blur taktau nak capai mana satu....dah la ada orang tu ambik kesempatan suruh aku ganti dia masuk meeting...memang bagi aku kelamkabut...adakah berbaloi dapat gaji bulan2 tapi buat keja untuk dua orang...memang makan hati semenjak orang tu ditukarkan duduk sebelah bilik aku...tensen2

dan pagi tadi jugak aku wat sejarah selepas 7 bulan jadi pengepam tegar ni aku boleh terlupa nak mengepam masa pukul 10...dah pukul 12 lebih baru aku perasan yang aku x pam lagi dan rasa keras semacam...ada macam ketul batu pun ada gak...tu la sibuk sangat buat tu la, ni la last2 boleh terlupa...biarpun lambat nak mengepam tapi hasil dia dah x marvelous macam dulu2 yang bila skali pam boleh penuh satu boleh 9oz, ni takat 6oz...memang buat aku rasa ngeri...harap2 berjaya la aku buat stok untuk bulan posa hendaknya...aminnn sekarang ni baru berjaya kumpul 6 bekas...moga esok boleh la dapat lagi 3,4 bekas ke...dah cukup hebat dah aku rasa...bukan apa budak kecit tu demam kali ni asyik mengempeng...nak ada dimulut ja...kot nak bermanja kot

hari sabtu ni secara rasminya aku akan masuk sem 6...nervous2! kelas masih lagi di puncak alam...dan lecturer semua adalah lecturer yang mengajar masa diploma dulu...dan ada satu lecturer favourite yang memang aku suka sangat, suka bagi markah tinggi2, suka bagi assignment susah gila, suka bagi ceramah yang penuh dengan informasi, suka bagi tumpang bilik dia masa aku ngan member aku ponteng kelas lecturer lain...opsss hehe sem ni aku ambik 5 subjek...harap2 boleh bawak la sampai 5 subjek tu...dah siap print nota segala dengan harapan nak study awal sem ni dan nak score pointer yang lebih baik...harap2 aku berjaya la hendaknya...amiinnn bukan apa study masa fulltime student dulu dengan study masa bekerja ni memang sangat berbeza...dulu skandal ja lebih...plus bercinta dan bergayut tu ambik masa sangat lama...hehehe

owh balik tajuk asal budak kecit tu demam semalam, awal tu macam dah kebah tup tup tengah malam demam balik dan aku syak dia demam balik sebab terkejut lepas jatuh dari buai...ye lah tinggi jugak buai tu untuk budak kecik yang berumur 9 bulan...nasib x dak lebam2 or muntah2...kalau dak menyesal x sudah la mak dia ni...huhu dan malam ni macam dah sihat ckit, last check suhu adalah 37.1 celcius...normal la tu kan? aku dah lama x ambik port suhu normal tu brapa...sebab masa peknen dulu nurse asyik tulis suhu aku dalam 36++ ja, dan assumption aku adalah demam tu bila lebih dari 37.5celcius...betul kot assumption aku tu...

suhu skrang ni panas sangat kan...aku yang x demam pun dah berpeluh2 tambah la awang kecit tu yang demam...agaknya x tahan panas kot, aku siap tadi cari daun selaput tunggul la...bukan apa tok dia tepon kata anak aku tu cacing kot, pastu dok kejan2 paksa suruh cari daun selaput tunggul dan kata aku kenal...aku tengok rupa kenal la tapi bila sebut nama ni lemah ckit...nasib la ofismate aku tolong carikan dan hantar kat rumah sebelum kuar ot...hmmm aku jugak x boleh kuar ot minggu ni...x pe la demi anak yang sakit

budak tu selain demam kena cirit-birit gak...asyik nak terberak je bila jaga...bukan banyak pun ckit2 ja tapi bahananya abis montot tu merah2, pastu dah cerdik skang ni, tau dah bila bawak g toilet tu mesti nak kena basuh berak, dah meraung siap2...hai la anak...aku plak jadi sedih...nak bagi pakai pampers tu pun azab jugak..sebab pedih kena air x hilang2 lagi kot...meraung x sudah

harap2 hari sabtu dan ahad ni budak tu dah sihat2 la hendaknya..risau mak dia ni haa nak belajar...huk huk

Monday, April 12, 2010

balancing sudah lari....huhu

hari ni dan hari2 sebelumnya hasil tenusuku memang sangat sangat x balance...adoi la sebelah kanan memang boleh tahan marvelous sekali pam 6 oz kadang tu blh 8oz tapi sebelah kiri adoi laa huhu habis tinggi 2.5oz jek...auwww encik somi pun ada cakap kalau time berdiri memang nmpk x balance...ntah2 org2 lain jugak perasan tp malu nak tegur...uihhh kalau tegur memang malu la makcik...huhu sedih weh jd cenggini

dah ku cuba macam2 usaha nak bg balance org kata bg anak nyusu lebih sebelah x balance tu nnt balance la balik tp makan masa so aku pun paksa rela budak kecik tu nyusu belah kiri...tp biasa la org tu suka sebelah susu yang laju ja belah susu slow ni memang buat gaduh lagi ada la....selalunya mesti dia jerit marah2 kat aku sebab x nak nyusu belah slow tu...nak yang laju dan byk ja...owh adakah rasa juga ada beza???

dulu masa aku tengah tunggu nak jumpa doktor kat hospital besar, time ni ada appoinment pakar so sambil menunggu tu aku, syauqi, my mom melepak kat bilik susuan tu, ada la sorang new mother ni cakap2 dia penah borak ngan adik dia pasal menyusu ni...mak dia kata kena bg dua-dua belah time menyusu...nnt besar sebelah then dia ada la cakap "abis la dah besar sebelah, nanti dah x boleh pakai kebaya la aku" biarpun kata2 tu hanya dalam bentuk joke tp buat masa ni memang ada kesan kat ati aku...sebabnya sampai sekarang baju kebaya aku masih lagi dok lam kotak...x berani weii aku nak pakai nnt nmpak la betapa balancing aku sudah lari....huhu

time malam pun gigih gak aku pam sebelah yang kecik tu dengan harapan akan balance balik tp hasil adalah masih sama....owh berikanlah aku petunjuk...kalau keta dah lama aku hntr workshop buat balncing ngan alignment bagi betul balik...haha

footnote: makan sambil bersenang ati tu memang memberi kesan pada penambahan hasil tenusu...daku memang percaya sebab berkesan dekat aku...hihi

Thursday, March 18, 2010

motivate diri sendiri...lalala

dulu aku x percaya....dulu rasa cam mustahil, dulu tgk org lain buat ku rasa aku x mungkin akan jd macam tu...dulu ku rasa merendah diri nak tunjuk segala...tp owh ni adalah motivasi untuk diri sendiri...tiada kaitan antara hidup dan mati pada org len...ceh2 ayat cam lam filem lak...muehehe
ni hasil pg td....selepas basah baju madi susu...pasni kalau kulit aku x gebu x tau lah kan...pam dengan leka berfb...*mampus kalau bos aku tau* tgk2 hasil ALHAMDULILLAH memang rezeki syauqi la untuk hari ni...
kalau nak dikira aku skang ni memang kais pagi petang untuk makan esoknya...huhu tp x pe jgn susah ati org kate sebab stress blh jejaskan susu...kena gumbira selalu *err tp daku terperasan stok lam peti ada yang dah expired semlm...huhu* tp x pe tenangkan ati relax...moga tiap kali pam penuh la botol itu...amiiinnn

Wednesday, March 3, 2010

nasihat je blom tentu ku follow

semenjak dah jd mak mak org ni ku jd sensitip ckit bila hal2 yang melibatkan anak padahal anak baru sorang bukan apa orang blh ja berkata-kata tp yang merasa adalah aku...dulu aku rasa aku adalah antara org yang x ambik kisah pun pasal hal budak2 ni even ku rasa sampai sekarang kalau tgk bb or budak yakni anak org len aku hanya tgk kadang tu sentuh pun idak...

bukan daku x suka tp bila dah lama jd anak bongsu 12 tahun tu then dpt adik masih rasa kekok jugak nak pegang even ku rasa aku sendiri x suka sgt dgn budak2...tp aku pun pelik dan hairan nape masa lahirkan syauqi aku x kekok lansung dari awal lg aku blh ja dukung dia....naluri keibuan kot...

tp bila dah jd mak mak org ni memang ramai orang akan komen, bg nasihat segala kan...ku rasa mana yang baik akan aku ikut dan mana yang ku rasa x baik tu maaflah ye...tp daku sungguh x faham kalau dah nama pun nasihat ataupun saranan x semestinya wajib diikut kan?...dah tu nak emo tu nape lak...pelik gak aku
contoh yang aku penah kena la kan masa kejadian ni syauqi br umo 3 bulan ++

kak a: wat per tu pam susu ke?
aku:haah bekal untuk anak
kak a:anak laki ke pompuan
aku : laki
kak a: mesti kerap bgn malam
aku: kerap gak la satu mlm tu dalam 3 kali gak la
kak a: blh dah nak bg nestum, bancuh cair2 pastu bg ikut botol
aku: x pe la x mo bg makan ingat nak tunggu 6 bulan br bg makan x kan la aku nak panjang lebar kat dia keburukan bg awal makan kat bb kan?..kan?
trus je akak tu wat muka...eh emo la plak dia ku rasa cam malas ja nak panjang lebar ngan dia lgpun ku tgk akak tu mcm dah 40an je...

situasi 2 plak
masa aku kat pejabat ada org jual alat2 pendidikan tu tba2 mai jual barang dia, cite kemain lagi paham2 je la kan org jual barang bila aku cakap x nak dah penah ada org mai dah sblm ni trus dia macam x caya "ish mana ada saya org first datang cni, brapa org tu jual kat akak?" aku yang ingat2 lupa ni mana la nak ingat rega dia diam je la...trus dia ingat aku tpu kot

beli la produk ni bg untuk anak kalau x beli rugi akak nant salah satu sebab aku x suka kat dia dan x rasa nak beli barang dia pasal dia panggil aku akak mcm la dia muda sgt bila ku jawab aku ada cara aku sendiri dalam mendidik anak trus dia macam memperlekehkan aku...sentap aku masa tu...suka ati aku la nak didik anak aku sendiri..macam la bila aku x beli produk dia anak aku akan gagal dalam idup nnt...nauzubillah...kalau nak jual barang pun perpada-pada la kan marketing tu dah la terjah bilik aku masa aku tgh sibuk gila pastu celoteh panjang nak mampus, panggil aku akak lak tu dah tu paksa2 lak aku beli barang dia...x koser aku nak layan
silalah anda keluar dari bilikfail saya...

disebabkan aku ni jenis degil x mo sgt ikut nasihat org maka aku juga x suka nak bg nasihat kat org sebab prinsip aku semua org yang dah besar2 ni boleh pikir sendiri x yah dah aku nak nasihat2 segala lgpun bila bg nasihat dan org x mo ikut adalah makan ati...

so kalau ada sesapa mai wat luahan perasaan aku hanya akan dgr sahaja dan jarang aku nasihat apa2 melainkan memang dia mintak aku nasihatkan dia...disebabkan tu jugak x de nya aku nak nasihat mak2 muda kat opis aku ni suh semua bfkan dan cdkan anak depa...unless depa mai tanya aku hal2 tu kalau dak aku wat dunno aje la, biarpun dalam ati nak je suh depa semua breastfeed kan anak depa...kita x boleh mengubah orang dan jangan anggap nasihat kita akan diterima orang...walaupun nasihat kita itu adalah ikhlas

footnote: ini adalah sesi luahan perasaan semata-mata

Thursday, February 25, 2010

pencapaian terbaek buat masa ni...hehe

awas!! ini adalah entri show off semata-mata....

bg org yang sekali pam dpt 20oz tu memang rasa cam poyo je kan aku menunjuk-nunjuk ni...tp bg aku wauuu untuk diri sendiri sebab aku bukan lah jenis susu melimpah ruah....tp masih cukup untuk syauqi makan setakat ni...alhamdulillah
tp betullah bila rajin menepam hasil die memang amat hebat x penah lg ku dapat byk ni skali pam...8 oz ni memang buat aku senyum smpi tgh hari...even tiap kali tgk pun rasa senang ati ni *motivate aku untuk pam lagi dan lagi...hehe*

Friday, February 12, 2010

air masak....

semalam balik keja macam biasa singgah rumah pengaush dulu nak mabik syauqi.....sembang gitu gini bla bla bla skali terkeluar cite "oh hari ni syauqi minum air masak byk gak habis sebotol" pastu aku macam terkejut..."bg air masak ke??"

oh time tu hati aku macam berkecai broommm huhu patut la budak tu naik cikit ja berat dia then susu aku bg selalu x habis...dok pelik why dia makan cikit rupanya dia dah bg air masak...walaupun nada dia macam terkejut sebab x blh bg air masak rupanya...tp tetap sadis...x dak zat wehh air masak tu...kalau dia minum susu formula memang la kena minum air masak tp dia fully breastfeed...sangat kijamm

sedey sungguh blk ngadu2 kat my mom then my mom cakap dia x tau tu...tp kalau nak dicalculate dah dekat 3 bulan gak anak aku tu dok minum air masak...huhu walaupun amaun dia x byk tp tetap effect pada pengambilan susu dia...perut dah full ngan air masak...(nasib la bulan satu aku byk cuti...every ahad aku x hantar sebab ada2 je cuti bln satu hari tu...)
sekiann saya melaporkan...huhu

Monday, February 8, 2010

macam mana korang buat ekh?

aku skang ni slalu dok terfikir nak clearkan ais2 yang dah frost kat dalam peti ais kat umah nun tp kalau buat defrost sah2 susu syauqi yang dok simpan dalam tu akan cair jugak...biarpun susu x byk amat berharga tu setiap titik amatlah bernilai...huhu

so  tengah mencari solution ada x cara2 nak buang frost tu tanpa menutup peti ais n tanpa mencairkan susu syauqi...any idea??

Monday, December 14, 2009

buat sendiri nursing cover...

ni la aktiviti ujung minggu aku...hihi konon dok survey online nak beli skali terjumpa link do it yourself nursing cover...tgk cam senang je trus terlintas idea untuk buat sendiri atas saranan my ofismate...senang jugak membuatnye cuma tu la kan pizet x de mesin jahit kena jahit tgn so lmbt la ckit plus ada iklan2 dari si kecik itu dan jugak bapaknye...tp siap lah sudah nursing cover ku...


ni masa masih dalam proses pembikinan...kiranya x salah la aku ambik yang kotak2 cenggini sebabnya untuk beginner cam aku ni senang nak ukur...ikut je kotak2 die tu confirm senang nak ukur n jahittgh dok menjahit si syauqi nangis2 lapar nak nenen..iklan sekejap ye
dah kenyang tp x nak tdo la plak nak gedik2 jap...mama kena la layan syauqi kejap kan

skang ni pantang dibiarkan mesti nak makan tgn...bukan jari tp kalau blh satu tgn tu nak masuk lam mulut...tgk la tu nak masuk dua2 penumbuk dahdah puas kacau mama syauqi ngantuk la sudah...ok la syauqi tdo dulu ye...hihi time br la blh sambung aktiviti menjahit yang tertunggak itu...
model nursing cover bersama uniform kerja...hihi
ni la nursing cover yang dah siap...time ambik ni adalah pg td kat ofis sebelum p bekpes. motif bgtau:saje suka2 lalala

sape nak try blh la tgk kat link ni
http://www.blisstree.com/breastfeeding123/free-pattern-to-sew-your-own-nursing-cover/

total cost:
kain= rm4.20 (semeter)
benang=rm0.60
jarum=x beli sebab dah ada
gunting=pun x beli
pita ukur=pun x beli
total=rm4.80 x sampai spoh ringgit pun...hihi sgt lah berbaloi2

footnote: nursing cover ni juga blh guna untuk cover syauqi dari panas time naik keta petang2 pegi jalan2

Thursday, December 3, 2009

pumping dilemma

i'm craving for benda2 ni right now...supaya kerja ku tidak terganggu dan lebih efisien...huhu
medela swing...survey said price 660++ or 700++ huhu single pumping

medela freestyle suvey said price 1999++ or 2000++ huhu

ok enuf said kembali bekerja...daaa

Wednesday, November 4, 2009

soklan itu sgt susah + pencapaian terhebat masa kini

hari sabtu ari tu dah selesai sudah aku menjawab soklan paper first (BEL x dikira...hihi sebab x de paper cuma presentation) puas cari dewan exam sebabnya aku ngan 4 org lagi geng adalah calon menumpang kat uitm sg petani...nasib uitm ni byk cawangan leh tumpang menumpang...kalau x maunya seksa aku yang dalam pantang ni g ambik exam kat jalan othman nun...huhu

oh ye disebabkan kami adalah calon menumpang dan aku ni tak penah hayat jejak kaki kat uitm sp ni(adalah skali g check lalat) maka sebaik sampai dah sesat kat dalam tu...haha dan masuk lmbt 5 minit lam dewan peksa tp aku rasa x ubah apa2 kot sebabnya soklan exam adalah melampau susah...waaaa pakat lawan tenung ja aku dan paper tu...haha

dan perasaan aku lepas kuar exam adalah cepat2 masuk keta aku nak pam susu....(aku dah jadi pengepam tegarkah??

hasilnya boleh la aku banggakan haha first time aku pam dapat byk ni lam masa 30 minit plak tu (6.0 oz tu...hihi)...dari sp ke a.star aku dok...haha cam apa je nasib bukan aku yang bawak keta... a big thanx to my sister...hihi nasib dia sudi hantar aku p exam kalau dak naya ja aku x leh berperiksa

ni plak hasil pertama aku pam masa kat spital dulu...saja wat tayang...gigih woo aku pam dekat sejam dapat byk ni ja tp still aku bg gak syauqi rasa...

footnote: hari jumaat ni ada lagi satu paper...psycho la aku pasni

Sunday, June 14, 2009

kebaikan susu ibu


Susu badan lawan kanser bapa
SEORANG wanita dari Bristol sanggup mendermakan susu badannya kepada bapanya semata-mata untuk membantu orang tuanya itu melawan barah. Georgia Browne, 27, dilaporkan berbuat demikian lebih sebulan lalu.
Georgia memerah susu lebih selepas menyusukan bayi lelakinya sebelum dihantar ke rumah ibu bapanya di Wiltshire. Bapanya, Tim Browne, 67, kemudian mencampurkan susu itu dengan susu biasa untuk dijadikan sarapan pagi harian.
Hasilnya, imbasan terkini menunjukkan daya ketahanan lelaki itu semakin baik dan kanser yang dihidapinya sedang pulih. Georgia memberitahu, beliau mendapat idea unik itu setelah menonton sebuah dokumentari TV mengenai kebaikan susu badan.
"Keluarga saya berfikiran terbuka dan tidak berasa pelik dengan idea ini. Ibu dan suami saya menyokong biarpun pada awalnya kelihatan kelakar. Ayah juga sempat bergurau dengan beritahu rakan-rakannya," kata Georgia.
Dokumentari yang ditontonnya itu memaparkan pesakit kanser prostat dari Amerika Syarikat yang sembuh hasil meminum susu badan.Tertarik dengan idea tersebut, dia kemudian berbincang dengan bapanya. Tim didiagnosis menghidap barah pada Julai 2007 dan mengalami ketumbuhan berulang selepas pembedahan. Idea susu badan itu juga mendapat sokongan doktor Tim biarpun penyelidikan sebelum cuma membuktikan susu itu sesuai melawan kanser dihidapi kanak-kanak. - Agensi