Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

Saturday, July 2, 2011

cik p

kalau dulu lepas syauqi lapan bulan baru muncul...tapi kali ni mungkin sebab suntikan tu kot...seriously dah gelong macam apa ja...dah la hari tu 14 hari straight kali ni lepas 2 minggu datang lagi...ishh memang macam ni ke kalau lepas kena suntik trus hormon jadi x stabil...dah macam troma makcik gini...dah la posa blum berganti nih...harap2 sempat la daku ganti sebelum ramdhan menjelang nanti...

tapi apa pun makcik masih lagi bersyukur sebab production susu masih lagi ok

mood hati: sangat2 lah tertekan

Saturday, June 25, 2011

mozilla firefox security exception

aku agak la buta it...bab-bab nak log in facebook, blogger boleh la lagi aku handle tapi bila manjang je dok kena confirm security exception ni sungguh la aku x faham...apa masalah mozilla ni kalau manjang dok mintak aku pun nak fedup...sakit je dalam ati nurani ni...huhu

agak-agak macam mana yer nak kasik buang menatang tu kasik x tanya dah menda tu setiap kali nak view page apa-apa..sungguh makcik rasa sedikit tekanan...huhu

Wednesday, February 23, 2011

rezeki setiap anak tu memang dah ditentukan...

dah nak masuk 33 weeks dan perasaan pun makin berdebar-debar...banyak yang terfikir dalam kepala, banyak lagi benda yang masih belum settle harap-harap menjelang masa aku bersalin nanti semua kerja-kerja dah siap...boleh bercuti dengan aman dan check list senarai barang baby pun semua dah list sebagai settle...amiinnn

dan salah satu yang bermain dalam kepala adalah biarlah kali ni boleh menyusukan anak aku dengan jayanya sama macam abang dia dulu dan hopefully lebih baik lagi...kalau dulu aku x berkesempatan 24jam rooming dengan syauqi biarlah kali ni aku diberi badan yang sihat dan lepas bersalin boleh sekatil dengan baby...biarlah kali ni melalui sakit bersalin yang normal (sangat berharap hari isnin ni doktor pakar akan cakap benda yang baik-baik sahaja)

dan betul la orang cakap yang berlalu tu jadikanlah pedoman...kalau dulu aku mampu bertahan setahun 2 bulan kali ni biarlah genap 2 tahun insyallah...kalau dulu aku berjaya fully breastfeed syauqi tanpa bantuan formula harap-harap kali ni pun macam tu jugak...biarlah masa syauqi dulu rezeki dia x melimpah ruah x sempat nak penuh freezer macam orang lain...cuma kais hari ni untuk esok tapi tetap cukup untuk dia dan harap-harap untuk adik dia lebih baik lagi...insyaallah

tapi serius masa aku bfkan syauqi dulu tgk belog orang lain asyik letak gambar susu penuh freezer memang aku jeles...sebab freezer aku x macam depa tapi nak buat macam mana dah takat tu ja rezeki anak...biarlah x penuh freezer tapi jangan x cukup susu...tapi biarpun dah berpengalaman bfkan syauqi tetap terlintas dalam hati mampukah aku bagi cukup susu untuk adik syauqi...harap-harap berjaya la hendaknya...macam-macam usaha dah dibuat demi nak jayakan penyusuan kali ni dan harap-harap usaha tu berbaloi...amin

Thursday, February 17, 2011

realiti kehidupan

ini adalah entri membebel kerana rasa tidak puas hati

aku kengkadang suka gak berblogwalking dan terjumpalah macam cerita dan macam2 benda, ada yang best dibaca dan ada yang x best untuk dibaca, ada yang sedih ada yang suspen dan ada yang menggiurkan (err ni bila jumpa blog shopping online ngan blog masakan...hehe)

dan recently terjumpalah blog pasal cerita2 kehidupan yang bukanlah satu fairytail tapi satu cerita ngeri bg aku...sebabnya pencerita adalah orang yang menderita bagi penilaian aku la...ada sedih dari tulisan yang ditulis tu...dan memang aku sangat anti dengan perampas laki orang ni...serius x kesah la laki orang ke, boyfriend orang ke, tunang orang ker...apa dan x cukup laki kat malaysia ni nak ambik hak orang...

kalau dah kemaruk sangat cari la biarpun lombok ke, negro ke x kesah lah janji bukan berstatus hak milik orang lain, dan memang setengahnya guna ayat nak berkongsi kasih tapi apa kes bila dah dapat kongsi kau nak kebas untuk diri sendiri...sangat unfair ok...tidakkah anda tahu yang dunia ini bulat dan allah itu maha mengetahui...dan bila dah buat benda x baik tu akan ada balasan dia esok hari...memang la mendirikan masjid itu baik tapi masjid disebalik keruntuhan masjid lain...sangatlah tidak baik...malah berdosa lagi

aku bukanlah hakim tapi dari segi pembacaan dah boleh dinilai dari kedua2 blog, satu blog yang laki kena rampas satu lagi blog yang merampas dah boleh nampak perbezaan...dari segi ayat yang ditulis dah nampak x cukup pembelaan...dah nampak sapa yang salah sapa yang menderita...dan satu yang aku x faham adalah bukankah kita sama2 perempuan...tidakkah anda tahu merampas hak perempuan lain adalah satu yang kejam dan x berperikemanusiaan...dan no wonderlah ada satu paper hari tu cakap yang orang malaysia ni makin kejam dan x bereprikemanusiaan...dan aku percaya memang pun!

err korang nak link ker? rasa cam x gamak plak aku nak bg...huhu

note: x pasal2 en hubby kena quiry ngan aku lepas aku baca blog derang2 ni...doa aku biarlah kami kekal dan x terjadi seperti cerita2 ngeri ini...mintak dijauhkanlah amiiinnn

Wednesday, February 16, 2011

catatan: on life...

random update:

1. masih lagi sihat walafiat biarpun minggu lepas adalah sedikit selsema tapi masih lagi tegar dan berjaya meneruskan sebagai ibu tunggal semetara...oh encik hubby bakal pulang hujung minggu ni...suka2 dah siap belikan tiket pegi dan balik supaya x jadi lagi macam masa menghantar tempoh hari...menunggu bas xtra yang patut pukul 12 tpi pukul 1.30 br nak muncul...sangat hampeh

2. budak kecik tu ada la bunga2 rindu dekat bapak dia dan bila buat video call untuk borak dengan bapak dia lepas letak ja mesti buat perangai...esoknya mesti jadi termenung, jalan pun x stabil tiba2 boleh jatuh sendiri...kesian jugak yer...tapi kadang2 nak tergelak pun ada...hehe

3. bila dah nak dekat due macam2 nak kena settle, oh nama bb blum cr, bj bb pun blum basuh, barang pun byk x lengkap lg, breastpump kena postpone beli (sadis), keja masih x settle, esemen x siap (ni blh masuk lam kategori jugakkah?) sabar2 pizet, tarik nafas...huhu kena siapkan satu2 supaya boleh duduk dirumah dengan aman

4. cuti 90 hari rupanya masih blum lg kuatkuasa kat ofis aku ni...eh bukan pekeliling kata start bulan 10 thn lepas ker? aku pun x faham, katanya tunggu kelulusan kerajaan negeri baru boleh kuatkuasa, nak kena masuk meeting segala...oh nasib la aku x keja bahagian sumber manusia, kalau x mesti orang marah aku selalu...ni aku dah nak bersalin macam mana nasib entah la...huhu ada feeling2 nak bawak sepanduk "saya nak cuti 90 hari" tapi malu itu masih menebal

5. rupanya duduk dengan mak ni cam ok jugak patut la orang dah kawen pun still nak duduk dengan mak, hehe duduk dengan mak yang which mean mak yang masak...balik keja dah blh trus makan, wah sangat suka tapi rasa x boleh dibiasakan nanti lama2 aku jadi malas pulak...hehe banyak lagi yang mak buat...tapi x la privasi sangat bila duduk dengan mak ni...ada jugak la pro n cons dia...x pe lah cuma 2 bulan je pun duk dengan mak lepas ni dah berjauhan balik dengan mak..bermanja2 sekejap

6. dah jadi pjj sekejap ni rasa sangat salute pada orang yang dah lama berpjj...memang sangat hebat mereka, rasa percaya perlu sangat tinggi...selain dari komunikasi...dan rasa rindu yang sangat menebal...x pe2 bln 7 dah habis dah...kejap je tu...tiba2 rasa nak buat countdown...haha (poyo je kan)

7. last week balik kg terkejut bila mak angkat syauqi mati kena langgar dengan motosikal, sadis mungkin dah sampai masa dia kot, dan adik aku yang sekolah menengah masih lagi x tau kucing tu dah mati, mak aku x nak kasi tau takut nanti menangis x sudah plak mengenangkan kucing kesayangan dia tu...lepas dia x ada la yang nak tunggu tepi tilam bila balik kampung, yang nak kalut lebih bila syauqi menangis, yang nak tahan kena buli dengan syauqi, sanggup tu dia tunggu syauqi duk buli dia...sabar je la

8. hari ahad depan nak kena scan bb untuk tengok progress dan boleh ketidak beranak normal, sangat nervous sebab masa scan klinik swasta tempoh hari doktor ada cakap pasal uri kat bawah, biarpun tempoh ni uri tu patut dah naik atas tapi masih lagi kat bawah, maka dah cuak...tapi x de pun bleeding, mungkin lambat ckit kot uri tu kembali ketempat asal..biarlah kali ni beranak secara normal...sakit bila sampai masa, x mo dah masuk ubat yang sangat menyeksa tu...huhu

9. dah nak masuk akhir2 pregnancy ni dah makin kerap aku menjengah toilet, ada ckit lagi rasa nak letak kerusi ngan meja tepi toilet, ish satg orang salah faham aku ni penjaga toilet plak, tapi series asyik rasa nak terkencing je, nak2 bila si kecik dalam perut ni tendang2 bawah...seksa jangan terkucil dalam seluar udah la...x pasal2 aku balik awal plak dari ofis

Tuesday, January 4, 2011

tahun baru...

macam agak lambat nak wish dekat org tahun baru tapi nak gak wish happy new year dekat semua orang... :) semoga sukses2 selalu dan tercapai la azam2 anda untuk tahun yang baru ini...moga tahun baru ini lebih bermakna dari tahun2 yang lepas...

azam aku tahun ni rasanya agak sama kot dengan tahun lepas dan kalau boleh nak tunaikan azam tahun lepas selain nak jadi muslimah yang lebih baik, ibu yang lebih baik, isteri yang lebih solehah(chewahh) dan juga anak yang lebih baik insyaallah...pendek kata nak jadi baik la semuanya...

dan kalau boleh nak perbaiki mana kekurangan dalam diri aku ni baik dari segi kerjaya dan jugak pendidikan...sem lepas agak hancuss kan maka kena la menginsafkan diri dan lebih muhasabah (owh tiba2 terus insafkan)

tapi rasanya dalam kepala otak aku ni banyak fikirkan pasal baby kot yelah dalam bulan 4 dah nak masuk anak dua, dengan preparation baby x ready lagi, dengan kewangan yang gelong2 ni...kena rajinkan diri bekerja...tahun lepas ada jugak plan nak berbisnes tapi sampai hari ni impian masih lagi jadi imian...rasa org yang buat bisnes tu dah kaya raya aku jugak dok macam ni...hmmm

owh korang dah pegi update buku asb ker? semalam tgk maybank memang sgt pack dengan manusia...teringin jugak nak tengok dividen simpanan aku yang ciput tu tapi bila bank yang biasa x berorang tu tiba2 pack dengan manusia buat aku fikir 5,6 kali jugak la nak jejak dalam tu...hmmm

apa-apapun selamat tahun baru pada semua :)

Monday, January 3, 2011

mencari-cari

sejak aku dah tak guna broadband dari line c tu skang ni macam x berinternet la dekat rumah kan...macam boring la plak duk rumah bila x keja, selain melayan budak kecit yang duduk x diam seminit tu melainkan time tdo selain tu macam bosan je x ada aktiviti sangat makanya harus cari alternatif kan...

dan dah puas jugak aku cari2 pakej internet yang mampu pakai dan balik modal, bukan apa dulu masa pakai broadband ni kena pilih tempat baru line dia laju dan x putus2 tapi bila tempat macam x sesuai line susah nak connect, x pun kejap sambung pastu putus pastu bila dah sambung balik lansung x boleh buka page apa pun...makanya broadband dulu bg kat abg aku biar dia je sambung guna dan bayar bulan sebab bulan 10 tahun ni br habis kontrak...

nak pakai w1max plak kat rumah aku x masuk dalam kawasan coverage nak try maxis atau digi dan risau takut jadi cam broadband dulu makanya buat keputusan nak guna streamyx...tapi dok usha2 rega ni nape yer mahal bebenor kalau sampai rm110 sebulan cam x balik modal la plak memang la dia bg line telefon tapi nak buat apa aku nak internet je telefon ada satu skang ni cukup la...macam kan aku ni gila bergayut plak nak guna byk2 line...ada gak encik hubby buat lawak dia kata kalau dah pakai pakej rm110 tu x yah dah pakai line skang ni telefon tu kan x dak wayar usung je la g pejabat...ngeh ngeh sabor je la aku nak usung telefon cordless tu merata2

mungkin aku kena buat lawatan ke pejabat tmnet kot tanya lebih lanjut...malu bertanya sesat jalan kan...tunggu la esok atau lusa bila keja tidak la menunggu...bila yer??

Wednesday, November 24, 2010

rasa marah itu tidak menguntungkan...

hari ni pagi2 lagi kena berhadapan dengan manusia yang pemarah...x faham jugak kadang2 x boleh kah kalau bercakap dengan bahsa yang sopan apakah bila marah2 tu anda akan dilayan dengan lebih sempurna?? tapi aku rasa kalau cakap dengan bahasa yang lebih sopan ni layanan orang pun lebih dan orang pun x rasa nak sumpah2 kita...

kes dia macam ni dia datang tu dengan muka yang ala2 samseng sebabnya anjing dia kena tangkap olah bahagian kami...ye la bila dah lepas luar dari kawasan gate rumah dia dah jadi satu kesalahan ikut undang2 kan lepas tu bila dah kena tangkap nak suruh staff tu lepaskan anjing dia balik tanpa budi bicara dah jadi satu kesalahan dah kalau buat macam tu...dah x boleh lepas maka datang kat ofis marah2..konon nanti anjing dia x makan la duduk kat dalam tahanan tu lepas tu anak dia menangis la...walau apa pun alasan dia salah tu tetap la salah tapi x bolehkah bercakap dengan bahasa yang sopan...budi bahasa kan budaya kita...berfikirlah secara rasional sebab x ada salah bila bercakap dengan lebih sopan ni...

dan bila dia marah2 orang yang berlawan cakap dengan dia pun naik moody sama2 jugak tapi tu lah kan customer is always right walau macam mana pun nada dia bercakap tetap x boleh marah balik dekat dia tapi dia tetap kena ingat kakitangan kerajaan ni tetaplah manusia ada hati dan perasaan yang bekerja takat terdaya...x bolehkah anda bercakap dengan nada yang lebih sopan sebab tu tidak merendahkan martabat anda pun...sungguh aku x faham

Sunday, November 14, 2010

no connection...

aku kan hari tu dok bising2 kata broadband line c tu macam lembab nak mampus kat rumah aku maka lepas bincang2 dengan en hubby dan kalau nak stop plan tu memang x bleh sebab kontrak masih berbaki setahun dan akhirnya offer kat abg aku dia nak x ambik broadband tu cuma sambung bayar bil bulan2 dalam rm50...dan dia pun setuju maka aku pun x lg boleh beronline dari rumah cuma kat ofis ja boleh online sekejap2 dan oh memang seksa beronline kat ofis ni...sebabnya...2 minggu lepas server kat ofis aku problem...maka senyaplah aku dari dunia internet...hambik kau...belog pun dah x berupdate...semua cerita x boleh nak cerita dekat belog...isk2(sedih woo...)

ohh dalam pada tu ada jugak bercita-cita nak ambik streamyx tapiiii aku kan x lama lagi nak tambah lagi sorang in the family dan expense jugak mungkin bertambah...maka impian itu mungkin x dapat direalisasikan lagi...huk huk (sambung sedih)

tapi x pe hari ni line sudah ok...hoyeah...(gelak ketawa yang jahat) dan exam final untuk sem ni jugak sudah habis hari jumaat lepas (sambung lagi gelak jahat) maka hari rabu ini aku boleh beraya sakan...biarpun en hubby cuma cuti hari rabu saja dan dia akan keja balik hari khamis dan jumaat tapi x pe sebab aku cuti dari hari rabu membawak ke hari sabtu....lalala ok nnt2 aku sambung story mory ye...till then daaaa

Sunday, October 24, 2010

dalam dilema....

kan x lama lagi dapat ckit imbuhan kan duit ihsan katanya tapi besar maknanya dekat aku ngan encik hubby ni dan dulu plan tiap2 tahun nak pegi holiday biarlah tempat dekat2 pun x pa janji ambik cuti dan pegi berjalan biar 2,3 hari tapi bila dah start beli rumah ni dan aku pun sambung belajar maka semua impian nak pegi holiday tu macam jauh panggang dari api...hmmm tapi masih lagi la teringin

dan baru ni aku dok bising2 jugak dekat encik hubby nanti dah nak tambah lagi sorang dan aku plan nak beli breastpunp baru yang x payah guna tangan dan boleh guna time driving...skang ni memang la aku guna manual dan manual tu masih lagi elok tapi tahun depan kena pikir banyak sebab encik hubby nak pegi berkursus 6 bulan dan selama 6 bulan tu aku kena jadi ibu tunggal dan uruskan anak2 dan aku rasa breastpump yang x payah guna tangan adalah lebih convinient dan aku nak ringan2 je (demand lebih...hehe)

dan encik hubby pun bila dengar aku merungut2 ni macam x nak hampakan aku so dia kata nnt dah dapat duit imbuhan tu boleh la beli cuma tambah ongkos ckit lagi ja...lagipun dia consider sebab nak tinggalkan aku 6 bulan kot...(kalau ikut hati nak ja aku ikut...tapi x boleh utang banyak) tapi macam dilema gak sebab sebelum ni konon bila dapat duit imbuhan tu nak pegi holiday jalan2 bawak budak kecik tu makan angin dan plan macam tak jadi je kali ni...hmmm sangat berbelah bahagi darab campur hati ni

oh pasal encik hubby nak pegi berkursus...dia mungkin berkursus dari bulan 2 kot sebelum aku deliver dan sampai bulan 8 kalau tiada aral atau mungkin sampai bulan 11...agak lama jugak tempoh tu aku pun x tau aku boleh survive ke tidak...kalau dia balik lambat pun aku dah merungut-rungut ni x balik lansung cuma ujung minggu ja sekali sekala...uhh dugaan besar tu...nasib la cuti bersalin boleh ambik 90 hari boleh la aku duduk di kampung bawah ketiak mak lama2 ckit...hehe

maka sekarang ni dua pilihan


bercuti


breastpump baru

...hmmm

Sunday, September 5, 2010

lagu latar dekat belog yang menyakitkan hati :(

aku suka belogwalking...jengah2 belog orang jadi stalker baca cerita orang...tgh member buat apa...memang best la belogwalking tapi...aku memang x suka belog yang ada music2 background ni...kalau buka kat rumah boleh bikin anak terkejut (ni time anak tdo pastu mak dia curi2 main komputer) pastu kalau kat ofis bisa bikin orang lain terkejut (ni time kat ofis la curi2 main tenet ish ish ish)

dan pagi ni konon macam biasa la nak belogwalking dulu pastu buat keja dan komputer ofis aku ni macam lembab ckit dia ambik masa nak on pastu nak loading segala mak nenek kat desktop tu pastu nak loading setup2 lain pastu nak update antivirus plak dan aku yang x sabar ni trus kelik dekat mozilla dan hasilnya biarpun aku dan tutup buka tutup buka tutup buka mozilla tu still lagi ada lagu korea mai mana ntah dok nyanyi2 dari pagi dari sampai la skang ni, biasa kalau sempat memang aku kasi diam dulu lagu tu tapi ni ntah dari mana datangnya lagu tu dan x dak punat nak dioffkan (last2 kasik diam itu speaker)...memang makcik sangat tensen...kalau lagu raya x pe la jugak ada la mood nak raya x lama lagi kan tapi ni lagu korea x hape2 je...

so korang2 yang letak lagu dekat belog tu sila la fikir-fikirkan bukan x best ada muzik2 latar ni cuma agak tidak menyenangkan orang2 yang macam aku ni...mungkin orang lain suka kot

Thursday, August 5, 2010

no idea...

1. been busy tapi x tau apa yang aku bizikan, keje? rumah? assignement? studi? aku pun x tahu...lalala
2. sangat serabut...tapi dah sendiri yang cari pasal kan
3. simpan cita-cita nak crafting tapi x tau nak crafkan apa, tengok orang buat key chain, fridge magnet dengan yang ganting kat enset tu macam comei je...ish2 teringin gak ni..ohh ada jugak cita2 nak buat sendiri kuih raya tahun ni tapi plan nak buat yang simple-simple ja yang x payah guna mixer dan step yang x serabutkan kepala...kalau jadi boleh la rasa kuih buatan sendiri.
4. ohh dah khamis ehh macam lama je belog ni sepi dan sepi...ish2 not good not good pengunjung pun macam makin ckit dan ckit (ehh pizet bukan kata berbelog suka2 ker?)
5. aku macam terjumpa cerita raja azura bercerai semalam...betul ke cerai...not good not good tapi sumber pun x kata pasti dia cerai harap2 tidak la yer
6. juga terbaca pasal kes budak ke mak budak yang hina negeri johor pasal x de famous amos tu...ohh aku macam no komen...isu sensitif x mo komen lebih2
7. kalau korang baca paper semalam ada cerita pasal air terjun puncak janing kena tutup sebab leptospirosis dan semalam adik sepupu aku tanya simptom2 leptospirosis dan jawapan aku adalah entah demam kot...memang aku kena studi balik tu la studi untuk exam bukan studi untuk amal kan dah lupa...(ok ni ingatan buat diri sendiri sahaja)
pasal ape aku sebut air terjun ni? sebab dekat sangat dengan rumah aku dekat kampung...siap dulu2 even sekarang ada lagi kot famili aku guna air dari air terjun ni, salur ke rumah bayar sewa rm5 setahun...ye tuan tuan setahun ye...sebab dia cuma guna sistem gfs dan salur ke rumah2 yang dekat...tapi air ni cuma ada hari je sampai rumah aku dan ada rumah yang lebih dekat lansung x guna air paip guna air terjun ni ja untuk kegunaan harian...dah jadi kes tutup ni derang guna air apa yer?
ohh macam dah melalaut merata ni tu je daa

Tuesday, July 27, 2010

ohh

ohh dah 2 minggu berturut-turut macam x semangat nak update blog...rasa orang yang baca pun rasa x semangat jugak nak baca tapi rating masih baik...alhamdulillah...semua gara2 gcb mcd itu...ohh ramai jugak peminat mcd rupanya sebab bila letak tajuk macam tu ramai la tersesat masuk belog yang x ada apa2 ni...semata2 nak tengok review aku yang biasa-biasa ini pasal gcb mcd...hehehe

ohh biarpun mood nak update macam hampeh aktiviti blogwalking dan terjah belog orang lain masih macam biasa...baca2 cerita orang dan kalau rajin tinggal komen dan byk la yang aku baca dan x komen...ampunnn dan ada jugak cerita buat aku senyum sorang2 sebab ye lah setiap orang lalui hari yang berbeza dan di tempat yang berbeza dan macam2 cerita... :)

kemarin buka belog dynas dan my name termasuk dalam list...ohh sangat terharu...suka2 komen yang cuma biasa2 tapi bila hati semasa menulis adalah ikhlas memberi pendapat maka akan dihargai oleh penerima tiba2 berjiwang kejap dan balik rumah trus cerita kat en hubby kata belog yang biasa2 ini telah dikunjungi oleh artis yang meletup dan en hubby cuma senyum...memang pendengar yang setia...

ohh ada jugak belog yang buat contest dan aku rasa sangat la teringin nak join tapi bila history lepas2 telah buktikan yang aku ni memang x bertuah buat aku pikir 4-5 kali nak join...bukan x sudi cuma diri ni memang x bertuah...not lucky enuf...mungkin aku kena kutip bunga buat mandi dulu kot2 lepas tu jadi orang yang bertuah :)

y yer aku letak tajuk ohh entri ni macam pelik tapi lantak lah...hehehe daaaa

Thursday, July 15, 2010

spam yang pelik

balik-balik cerita pasal spam kan...well orang lain penuh spam satu inbox ada orang bising...haha lantak la kan aku memang suka nak kepochi pasal spam yang x sudah2 dok penuhkan inbox aku...errr yahoo x de rasa2 nak buat sesuatu ke pasal spam yang x sudah2 kacau inbox aku ni

ni pasal air asia everyone can fly tu...aku cam musykil gak, memang la aku suka gak masuk page dia tgk promosi tambang murah, calculate brapa tambang p sana, sini, sinun...tapi siyes weh seingat peringatan aku yang selalu lupa ni aku memang x penah login guna email aku kat page dia dan nama aku memang bukan shamsulrizal tu dan ex aku ke best fren aku ke sepupu sepapat aku ke, pakcik-pakcik aku ke memang x dak nama ni...haaaa sapa2 yang gatai guna email aku login page ni bek ngaku cepat...confuse aku

ni plak email member aku bgtau pasal viagra...dah la lama gak aku x kontek mamat ni sejak2 abis diploma memang aku dah lost contact ngan ramai gak member diploma tiba2 pagi ni dia send email kata aku forward email viagra kat dia...gile weh aku nak send email 18sx macam tu kat orang..aku kan suci lagi murni..miahaha memang bahaya btul la email cenggini

ada gak rasa sekali-kali nak tukar je buat email baru..tapi dah lama aku guna email tu...cam sayang sangat lagipun aku kan selalu lupa nanti buat email pastu lupa email sendiri macam mana tuh...miahaha

Wednesday, July 14, 2010

orang biasa...hidup biasa

aku dapat kata-kata ni masa fesbuk salah sorang member ofis aku...orang lama biasa la ayat pun macam power2 gak biarpun kadang-kadang boleh layan mengarut ngan member2 ofis aku yang badge baru2 ni...ye lah kan aku baru je 3 tahun keja kalau nak dikira pengalaman tu masih lagi baru dan x terlawan orang yang dah 30 tahun keja...memang sangat x sama dengan derang yang dah merentas zaman ni...

aku memang hanyalah orang biasa dan kitaran hidup aku cumalah biasa-biasa jugak...apa yang aku buat cumalah perkara biasa dan x hebat2...semuanya biasa-biasa saja...owh tiba2 ayat sangat merendah diri...tiba2 rasa sangat kerdil dan tidak punya apa-apa...

ni bukan apa ni aku cam terasa gak bila ada blogger yang suka dok nak banding2 ngan aku brapa follower aku ada, brapa readers dok masuk kuar masuk belog aku ni, brapa rating aku dekat alexa, brapa point aku dekat geng blogger, brapa akaun duit nuffnang aku...ye ye aku memang dah dekat 3 tahun kot blogging tapi follower aku cuma 60 sehingga semalam dan duit nuffnang aku yang dah selamat aku cash out takat ni cuma rm100++...so???? aku memang berblogging sekadar suka2, memang dulu ada jugak aku terpengaruh dengan kempen ko klik belog aku dan aku klik belog engko, dan ko follow aku dan aku follow belog engko tapi skang makcik dah penat...biarlah biarlah aku berblog dengan apa yang aku nak...aku suka blogging tapi aku x suka orang nak paksa2 aku...biarlah aku jadi aku sendiri...aku cuma orang biasa

tapi dalam dok kata tu ada jugak la aku follow belog member2 lain...bukan apa bila follow aku dapat kawan cyber baru yang cerita mereka x sama dengan aku dan hidup mereka seharian adalah berbeza dengan aku...dan ada jugak belog yang aku follow senyap2 dan tiap2 hari aku masuk baca cerita derang dan x tinggal komen apa2...ye lah kan aku cuma orang biasa...emo x sudah

korang kalau x suka nak baca tolong kelik dekat atas sekali belah kanan dekat butang x tu ye...sekiannn

footnote: sila kira brapa banyak aku tulis biasa dalam post ni...miahaha

Tuesday, July 13, 2010

sem baru dan azam baru

ok lepas ekon macam terasa ckit hari ni rasa nak mengupdate belog dengan cerita yang lebih panjang...hehehe tapi memang la semalam aku berpeluh2 dari hujung kepala sampai hujung kaki even ada ckit2 rasa nak migrain dan tangan lenguh2 berkipas...nak keluar tapi partner adalah bizi mengira apa tah...

dan hari ni aku kena tinggal sorang2 sebab derang pakat2 pegi seminar kewanitaan dan rumahtangga kalau x silap aku...haha moga pakat2 jadi isteri solehah la pasnie...tapi yang x kawen pegi kursus tu jugak canne tu? x pe x pe ambik berkat nanti ada jodoh trus apply apa yang dah belajar..tba2 plak ada public datang memaki2 sebab kena kompaun...tuduh2 anak buah aku penaya dia...ohh hello kalau dah buat salah mengaku ajelah...kalau ko x salah nape nak men tuduh2 orang plak...trus aku mendidih disebalik ekon rosak ni ati pun jadi panas skali...

ok balik ke topik asal...aku kan sem ni dah masuk sem ke 6 aka sem 3 sebenarnya...dengan 5 subjek...kelas pertama adalah hari sabtu...biarpun ditunda dari pukul 2 jadi pukul 4 tapi masih lagi bersemangat...masa ni apa dia ajar boleh catch up...semua macam boleh lagi masuk otak...tapi tu la kan kalau sehari suntuk ko belajar...otak yang kosong pun boleh jadi tepu...trus jem...ciann otak aku...masuk kelas last mata dan hati dah kat atas highway nak balik rumah...hehe

lecturer masa sesi hari ahad pagi buat aku sedikit teruja...sebabnya lecturer faveret kan...semua dia cakap aku dengar dengan khusyuk dan tawaduk...assignment dia pun lebih eksaited nak buat berbanding dengan assignment lain...cis pilih kasih punya student...haha dan part aku paling ingat dan rasa scary adalah bila dia cakap "you i dont worry because i read your blog" uih silent reader...memang scary

tapi sesungguhnya sem ni aku rasa aku kena lebih lipat gandakan usaha...supaya lebih tinggi pointer aku...sebelum ni paras hidung ja ckit lagi nak tenggelam...memang sedih...tapi sekurang2nya aku masih ada masa nak baiki semua tu...pray for me...insyaallah

owh ye budak debab tu masa hari jumaat ri tu naik bijik2 penuh badan yang buatkan aku rasa macam campak...aku kol la tok dia kata naik bijik kat badan dan tok dia bila2 pun mesti kata cucu dia tu campak...siap buat sup ayam kampung la, air nyior la, risau seorang tok memang lebih dari risau seorang mak rupanya...doktor plak kata alergi ataupun ruam...aku musykil gak sebab kalau campak mesti la dia merengek2 sebab x selesa kan tapi macam steady je dia...galak la ke sana sini sebab that time badan dia dah x demam dah...dan bila dok dalam ekon trus bijik2 tu ilang...dok kena panas2 naik balik penuh badan...memang musykil dan aku pun buat telahan sendiri yang budak tu kena ruam sebab x tahan panas dan aku rasa assumption aku adalah betul sebab bila tengah hari mesti bijik2 kat badan, bila petang nak ke malam sebutir bijik pun tadak...ubat dia cumalah letak bedak sejuk kasi x panas sangat badan dia...

hari ni hantar kat rumah pengasuh dengan pakai romper baru dan kasut baru...maka budak debab tu sedikit keciwi...dok behave je dalam carseat dan x galak macam biasa...jadi keras dan even time dukung pun keraskan badan...takut kasut tu tanggal kot...budak2 pun dah ada perasaan nak bergaya rupanya...hehe aku x tau la orang lain macam mana, tapi aku memang tiap2 pagi mandikan budak debab tu siap2 dan pakai wangi2...sebab nak p rumah orang kan...biarlah nanti balik wangi2 jugak...tapi bila balik mesti aku bagi mandi lagi sekali...aku nak biarlah dia rapat dengan aku dan papa dia lebih dari rapat dengan orang lain...ye lah anak sendiri kan

ok dah aku dah menaip sambil kipas2 badan dah...berpeluh jugak menaip di kala ekon tadak ni...hukhuk harap2 cepatlah ekon tu di baiki...sauna dah aku 2 hari ni...kalau esok rosak lagi dah 3 hari, lusa 4 hari...lama2 trus selim sebab sauna free...hehe

daaa

Thursday, July 1, 2010

lelaki itu...

minggu ni memang aku kena sindrom ape tah aku masuk blog orang blogwalking baca dan banyaknya aku x komen pun...buka blog sendiri tapi x update memang la aku dah kena sindrom pemalas yaa amat...semalam mendengar ceramah sekerat hari dan pagi ni bacaan yasin dekat dewan tikam batu dan naik ofis kut2 ada angin rajin datang kan maka aku update la blog aku...hehe boleh ke kira macam tu

ok sebenarnya aku update blog pun sebab pagi tadi ternampak adegan mesra yang berapa mesra dari pasangan yang boleh dikira kontroversi gak kat opis aku...kalau korang keja sepejabat ngan aku mesti tau punya la pasangan ni...aku kasik nama jamil ngan julia aje la suka suki bg orang nama...ni bukan nama sebenar ye

aku masuk keja kat ofis ni x de la lama dalam taun 2008 macam tu dan masa aku masuk keja aku x tau plak jamil ngan julia ni laki bini...ye lah kan si julia ni datang ofis naik bas...rumah dia dalam 10 minit perjalanan jugak la dari ofis ni...dan si jamil ni datang nek kia...kaler itam kaler pun nak highlight jugakk dan sapa2 yang x kenal derang berdua ni mesti x tau punya la kata derang ni laki bini...dan aku dapat tau dari member opis aku la yang derang ni laki bini

dan si jamil ni plak dengar ceritanya ada awek yang boleh tahan seksinya yang masih lagi menuntut yang ipta utara malaysia...aku x tau la cinta ke nafsu ke sebabnya si julia ni dah masuk umo 40an dan jamil ni plak baru 30an...penah jugakla terserempak beberapa kali si jamil ni dok usung awek ni ke hulu ke hilir siap kena serang dengan bapak awek dia sebab ye la si jamil ni kan laki orang...bapak awek dia mesti la x bagi anak dia kawan dengan laki orang...

si julia ni plak aku tengok jenis pendiam, x banyak cakap, simpan rahsia sorang2...banyak menyendiri la...oh si jamil dan julia ni ada anak jugak dalam 3 orang kot, yang sulung adalah perempuan baru tingkatan 3...kesian dia dapat bapak x sedar diri...dan kalau x salah cerita si jamil ni x balik ke rumah...aku x tau plak si julia ni p rujuk pejabat agama ke x sebab dah macam gantung x bertali la kan lama tu weii dari 2008 aku masuk sampai 2010...dah la sama2 keja satu pejabat

si jamil plak mengikut sumber yang boleh dipercayai, si jamil ni buat pengakuan yang dia dah terlanjur dengan awek dia tu dan awek dia suruh bertanggungjawab dan derang dah pun kawen...kira kawen senyap2 la kot sebab orang seofis pun x tau, si awek ni dah tamat belajar dan keja di kl nun...dok ulang la kot si jamil ni pegi kl, aku tengok si jamil ni pun macam orang bermasalah dan tak terurus...siap bulan lepas keta dia kena tarik lepas 10 bulan kot x bayar owh aku x tau macam mana smpi 10 bulan baru derang datang tarik

dannn tiba2 pagi tadi masa aku dok menunggu nak masuk dewan aku ternampak si jamil ni datang dengan si julia naik kereta bersama2...seperti tiada apa yang berlaku...kalau betul derang dah berbaik aku doakan kebahagian mereka tapi dari segi perasaan pompuan aku sangat tidak sukakan si jamil tu...buat bini macam baju, bila suka datang bila ko x suka tinggal x bertali macam tu je...gila ahh dah la curang dengan pompuan len...memang aku x suka dia :( ofismate aku kata mungkin jamil ni berbaik2 dengan julia untuk langsaikan utang kereta dia yang tertunggak tu...kes prejudis kat dia

moral of the story: setialah pada pasangan anda biarpun banyak kekurangan dia pada mata anda

Monday, June 14, 2010

dasar spam

sila klik untuk tumbesaran

cam nyampah pun ada aku ngan spam ni...masa bila tah aku ada akaun maybank tah...nak wat tipu pun agak2 la wei...dah la eja understanding pun salah...ish ish

Sunday, June 6, 2010

kadang-kadang bohong itu perlu

dulu masa kecik2 ngan masa sekolah mak, cikgu slalu kata x baik bohong...berdosa "kalau bohong nanti allah marah...dan semakin aku membesar dah terbiasa kan x baik bohong maka aku pun bercakap sejujur yang boleh dan bila bohong tu memang rasa cam ati ni x sedap...ceh bajet baikk kan tapi cakap jujur ke blur??? haha tanda soal besar kat ctu...

oh yang nak aku cerita ni bukan aku patutnya hari selasa minggu lepas aku ada appointment klinik desa dekat rumah aku...ehh bukan aku sakit bukannn semua orang lam rumah aku sihat2 belaka...membina badan dengan jayanya kecuali encik hubby yang makin kering membela kami berdua...hehe sebenarnya hari selasa hari tu patutnya aku kena bawak budak kecik tu p timbang ye la nak tgk progress dah berat takat mana kan...

dan pada hari kejadian aku pun bajet kata kejap je kan timbang2 badan ni so plan awal2 kata kat pengasuh tengah hari ckit baru aku ambik syauqi untuk p timbang dan dia pun kata ok...tapi biasa la kita hanya mampu merancang...ayat trus skema aku bila dah naik ofis memang ralit nak kata banyak keja x jugak, nak kata x banyak pun x jugak...dan aku sampai rumah pengasuh nak ambik budak tu dalam pukul 12.20 gitu dan smpai kat klinik dalam pukul 12.30 tepat2 masa derang kunci grill pintu nak pegi lawatan rumah ke rumah...

dia ada la tanya butir2 dan aku rasa kalaula masa tu pandai kelentong confirm dia buka balik grill tu kan...alah takat timbang je kan...small matter je

nurse: nak timbang ke cucuk
me:timbang ja
nurse: awat lambat sangat kami nak p lawatan rumah dah
me: ralitt
nurse: mai minggu depan la timbang ja kan

(owh kalau la masa tu aku cakap meeting habis lambat ke, jalan jam ke, ada eksiden ke...kan dah lepas ni tba2 blur kan dah kena postpone)

so esok aku akan p klinik lagi sekali nak timbang budak kecik tu...brapa kilo la agaknya yer...

moral of the story:padan muka aku kena p dua kali...ralitt sangat kan

Friday, June 4, 2010

musim mengawan...ehh musim kenduri kawin

minggu depan dah start cuti sekolah kan dah start la kenduri2 semua even dekat nak last2 cuti sekolah nanti aku dah dapat jemputan untuk 12hb6 adalah 6 kalau x salah aku...kalau 6 tu kampung sebelah menyebelah aku memang x kesah tapi.... tu la satu kat sungai petani, 3 dekat kampung, lagi 2 luar kedah trus...dan hari tu adalah kenduri sepupu aku kawen kat kampung yang rumah dia memang kat depan rumah aku dan mak dia dah siap2 tempah laman rumah kat kampung tu nak buat khemah so memang aku rasa kenduri lain2 tu memang aku terpaksa la excuse kan diri...sooo sorry

dulu member aku yang memang mulut dia boleh tahan x dak insuran jugak penah kata "sekarang ni dah musim mengawan la kan" ciss perkataan mengawan tu memang bagi maksud len kat dalam kepala otak orang lain...ehh aku tak aku x layan kuning2 ni semua bajet innocent haha tapi tu la kan dah time cuti sekolah ja budak2 cuti...tu lagi satu aku confuse nape mesti tunggu time budak2 cuti baru nak buat kenduri bukan budak2 tu yang nak kawen pun...even budak2 tu pun x tau kawen tu apa...emo ckit sebab aku nak kena ambik cuti bila cuti sekolah sebab nak kena p kenduri...

aku x sure menu kat tempat lain macam mana tapi kalau kat kampung aku menu setiap kali kenduri adalah hampir sama gulai daging dan batang pisang, kerabu umbut nyior, ayam masak merah, daging masak hitam atau masak kurma, gulai ikan talang dengan nenas ataupun nangka...tapi feveret aku adalah gulai batang pisang dan kerabu umbut nyior...memang sedapppp bila dah keja kat sungai petani ada la aku attend kenduri staff seofis menu gulai batang pisang memang payah nak jumpa ke memang x penah jumpa...isk isk

maka azam aku sempena cuti sekolah ni adalah

saya nak makan gulai batang pisang sehingga memuaskan tekak saya


boleh???

footnote: result aku dijangka kuar minggu depan...berdebar2 jantungku ini