Showing posts with label keja. Show all posts
Showing posts with label keja. Show all posts

Monday, January 16, 2012

gembira sampai ke telinga..haha

tahun lepas memang aku rasa aku ambik cuti banyak dah...sebelum beranak dah ambik awal pastu ambik cuti awal bersalin pastu lepas beranak pun ada gak ambik lagi cuti then bila check-check balik dalam buku cuti dekat bahagian aku baru terkedu...haha tinggal 3 hari ngko...masa tu masih berbaki tiga bulan kot sebelum nak masuk tahun baru...ke 4 bulan ntah la sebab aku check pun sebelum nak raya haji..haha trus insaf masa tu sebab cuti tahun tinggal 3 hari...raya haji pun dengan cuti yang x seberapa la

dan masuk je tahun baru trus insaf..plan siap-siap nak ambik cuti semua..kira-kira hari sebab tahun ni ada 2 sem nak kena cover cuti untuk study lagi...x termasuk anak sakit ke, pengasuh sakit ke, anak pengasuh sakit ke..macam-macam hal lagi la kan...harap-harap semua orang sihat la sampai hujung tahun..hihi

dan hari khamis lepas selepas banyak aku cuti sebab kalut dengan final exam tup-tup atas meja ada borang untuk cuti carry forward dari tahun depan ke hari ni..kat situ tulis aku ada balance lagi 6 hari..blur ka salah baca kan...tanya ofismate aku, dia kata dia yang salah kira kat pentadbiran bawah dah kira-kira balik jadinya cuti aku ada balance lagi 6 hari..wah wah gembiranya mengalahkan aku dapat anugerah khidmat cemerlang..dari pagi sampai ke petang senyum sorang-sorang...haha

jadinya yang aku nak cerita adalah cuti aku tambah lagi 6 hari tahun ni...haha
tahun depan x tahu lagi..harap-harap tahun ni boleh simpan untuk masuk gcr plak...ada 150 hari tu nak simpan untuk ganjaran pencen nanti...wah wah azam x hengat kan..kita tunggu sampai hujung tahun ni berjaya ke tidak...haha

Thursday, December 29, 2011

keja keja keja

situasi 1:
dia: hari ni kata kat sini boleh ambik borang, mana borang, mana borang
aku: kejap ye cik
dia: mana borang, mana borang
aku: cik mohon hari tu dekat mana ya?
dia: sini bukan kata hari ni boleh ambik borang ka, bagi la borang
aku: (dalam hati ada sikit rasa membengkak..mood masih layan) memang ada borang, cik mohon kat mana, kita check dulu
dia: ohh dekat pekan baru sana
(boleh jugak jawab soklan kan...x penyabor punya orang..hai la)

situasi 2:
aku: ye kak, ada apa
dia: nak tanya pasal burung walit ni
aku: akak buat dekat mana
dia: akak buat dekat a*** s***
aku: kalau sini cuma s***** p***** ja kak, kalau a*** s*** kena pegi kaunter sebelah
dia: awat loan akak x lulus-lulus lagi ntah
aku: loan apa kak
dia: hari tu akak buat burung walit ni, pastu mohon dekat bank, pasaipa sampai la ni x lulus lagi ntah
(nak ka aku ulang ayat iklan cadbury zip tu, cni bukan bank kak..haha)

sabarlah wahai hati

footnote: musim study patut kena bermula la sebab rabu depan dengan rasminya nak exam final, kita sambut new year dengan exam..haha

Saturday, October 8, 2011

bajet 2012...alhamdulillah

petang tadi sempat la dengar bajet 2012 masa on the way kat atas lebuh raya dan komen aku yang picisan ni adalah alhamdulillah...dapat setengah pun aku tetap bersyukur...dapat naik 7% pun aku bersyukur gak...ada la kan dari x dak pun dah cukup baik bagi aku...tahun ni aku x harap tinggi-tinggi lagi...kalau ada tu adalah maka bila dengar dapat itu ini kira ok la kan...

ohh cuma satu ja acik sangatlah x puas hati huhu umo bersara naik sampai 60 tahun...ye pm keje la kami sampai spek tebal 3 inci baru leh bersara yer...pastu merasa la pencen 2,3 tahun sebelum jenguk alam lain tu pun kalau sempat rasa kalau umo x panjang keje la kau sampai mati...huhu sungguh ku x bersetuju bab tu...dah la umo bersara tu adalah mandatori kalau pencen awal pun duit pencen masuk umo 60...hai la nasib badan

mode: terkenang syauqi yang ditinggalkan...masa tinggal tadi adalah demam...harap-harap baik la cepat demam dia tu...sangatlah susah dalam hati...huhu

Thursday, September 29, 2011

mencabar kebolehan diri

sejak dari aku mula keja kat bahagian ni aku selalu ja terfikir macam mana anak-anak buah aku leh bertahan bila kena masuk keja adalah jam tujuh dan petang masih lagi perlu keluar untuk kerja lebih masa pulang ke rumah untuk bertemu anak bini pula sekitar jam sembilan atau lebih dan pagi esoknya ulang balik rutin yang sama sampai lah hari cuti...ohh hari cuti kalau nasib x baik dapat panggilan pulak keluar lagi buat kerja lebih masa dan derang buat kerja ni dah bertahun lamanya sejak dari bahagian aku ni ditubuhkan...ohh banyak anak buah aku adalah orang lama yang umurnya dah mencecah 30 ke atas...majoriti adalah 40 lebih dan semua adalah lelaki cuma kat ofis je ada sorang pompuan...

zaman aku belum kawen pernah aku cuba untuk keluar lebih masa waktu petang secara berturut-turut dan hasilnya belum cukup sebulan dan flat...huhu letih-seletih letihnya dan tu kira aku yang belum ada tanggungan dan kerja aku masuk ofis kul lapan pagi cuma tambah sikit kena keluar petang balik rumah sekitar jam lapan malam atau lebih, ada la jejak jam sembilan lebih jugak kekadang tu dan zaman bujang bila balik trus zzzz kan

zaman baru kawen belum beranak kecik masih lagi boleh kuar malam even kekadang tu tengah malam bila operasi khas tapi letih tu x yah cakap la..ohh aku kalau keluar pagi awal sebelum jam tujuh petangnya aku x keluar dah lebih masa

dan sejak hari selasa hari tu aku try la konon nak cabar keupayaan diri untuk keluar lebih masa, keluar pagi sebelum jam tujuh dah terpacak dekat bengkel dan petangnya keluar lagi lebih masa...baru 3 hari buat aku rasa macam dah surrender...penat melampau...huhu take noted yang bila kerja lebih masa waktu petang aku cuma ikut saja diorang buat kerja sambil pantau keadaan tapi mereka setiap seorang akan angkat mesin panas yang berat waktu bermula lebih kurang 12kg dan kena pakai pakai overal tutup satu badan dan alat keselamatan diri yang tutup mata, telinga, muka dan hidung

persoalan yang ulang kali dalam kepala otak aku skrang ni...macam mana anak-anak buah aku boleh bertahan sampai ke hari ni dengan rutin harian mereka macam tu..ohh sungguh mereka sangat hebat

Wednesday, September 28, 2011

jamuan raya mpspk 2011

sebelum nak menaip entri panjang-panjang haruss tarik nafas dulu...huhu banyaknya entri tertunggak...acara ni adalah pada hari khamis lepas tapi memandangkan dari hari khamis membawak ke hari ini adalah super busy dengan rutin kerja, famili dan kelas yang baru masuk semester baru...maka belog adalah sepi tanpa sempat diupdate cerita-ceriti atau bebelan aku sendiri ni yang entah apa-apa ni...huhu

tahun ni sebab jeti semeling dah mula beroperasi maka jamuan raya diputuskan buat kat sana...boleh la makan sambil feeling-feeling angin sungai dan suasana kat situ memanglah cantik dan parking jugak banya...penting tu banyak parking sebab tahun-tahun lepas x banyak parking dan banyak tetamu komplen x boleh nak datang jamuan raya sebab masalah nak park kereta...


dan seperti tahun-tahun lepas ada acara gerai siapa paling cantik dan vogue tapi tahun ni gerai jabatan aku buat keputusan hias ala kadar je...janji nampak kata masuk tema dan boleh hidangkan makanan kira orait la kan...menu gerai kami nasi impit, lontong, kuah kacang dengan sambal ikan bilis...ohh menu gerai-gerai lain boleh tahan la jugak sedapnya...aku banyak makan gerai-gerai orang sajalah...cuma kat gerai laksa kena tahan diri sebab belum boleh makan lagi...huhuhu
gerai laksa...nampak macam gerai dalam taman pun ada jugak...dengan pokok-pokok dihias keliling gerai siap ada tempat aka pangkin dari buluh lagi derang buat
view gerai laksa ni dari lain angle...siap ada motor antik untuk buat retro sikit kot...tapi memang nampak cantik

acara bermula dari kul 12 tengah hari sampai jam 3 petang tapi ada ja boleh makan sebelum tu...dan menjelang kul 2 banyak je gerai-gerai yang makanan dah habis...target tetamu sekitar 1000 orang tapi rasanya datang lebih dari tu kot...

gerai char kuey teow yang ni ambik geng char kuey teow sungai dua yang famous tu...ramai gak beratur kat gerai ni...puas hati makan
gerai bihun sup...tapi aku x merasa pun sebab perut dah sendat...huhu

dejay hari tu...semua guna staf majlis saja...termasuk la yang karaoke kemain lagi atas stage itu hari...
gerai kuih muih...time aku snap time time tengah ramai orang...sekejap saja sudah licin
gerai cendol dan abc..aku g jengah gerai ni awal-awal sebab nak rasa cendol dan memang laku la sekejap jugak dah licin siap ada yang marah-marah sebab beratur panjang tapi x sempat nak merasa abc
gerai nasi...katanya ada gulai daging rusa tapi aku x merasa pun sebab perut dah penuh
di belakang tabir gerai lemang dan ketupat...sibuk memotong lemang untuk di serve pada tetamu

kami di gerai lontong dan nasi impit
ni gerai apa ntah...penat pusing-pusing trus singgah jap...cantik la deco derang
anak staf...muda sebulan dari syaza..tapi debabnya boleh tahan pipi gebus-gebus
encik bos dengan moto barunya...time ni nak gerak balik dah...dia lalu trus aku suh benti jap nak ambil gambar..kaki x jejak tar tu
geng penguatkuasa...awalnya aku nak snap gerai derang tapi dah segak-segak sangat hari tu kan...selalu dok pakai uniform baju biru tu ja...itu hari pakat bersampin segala...dah macam nak pegi ambik pingat pun ada dah aku tengok...hihi


ni tengah berkemas nak balik...panjat tangga pakai baju melayu...kau ada? kelas gitu jah

petangnya balik rumah sempat la rehat-rehat kejap sebelum berkemas plak untuk bertolak balik kampung menghantar syauqi duduk kejap dengan tok dia kat kampung sebab aku nak ke kelas dekat puncak alam nun...tu next entri la yerr

Wednesday, August 10, 2011

sekadar peringatan

lepas ni kalau sapa-sapa yang pegi beli makanan kat pasar ramadhan tu berhati-hati lah...sakit ni bukan leh buat main memang boleh bawak maut bila lambat dapat rawatan...pada peniaga plak..lepas ni kalau kena kompaun sebab x ada kad suntikan or x jaga kebersihan terima la dengan hati terbuka...kami hanyalah menjalankan tugas..buat kengkawan seangkatan selamat bertugas la...kena buat rectal swab la korang...huhu dugaan di bulan posa oh boleh buat modal aku petang karang masa check pasar ramadhan...hehe



Murid mati makan juadah berbuka

Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

sumber: berita harian

Sunday, August 7, 2011

wordless sunday

pengunjung kecil di bilik aku...burung walit err nak mintak lesen jugak ke?

Thursday, December 23, 2010

minggu berkursus

bila dah hujung tahun semua baru nak kalut2 kan nak bg cukup 7 hari kursus...kalau tgk 7 hari tu macam x la lama sangat...ala p situ 2 hari p cni plak 3 hari last2 hitung2 blk dah cukup dah 7 hari...tapi tu kena tengok jugak orang tu nama dia selalu terpilih ker??

yang aku berkata ni pasal nak kena organize kursus last minute...huhu sebabnya ada lagi staff bawah seliaan aku yang x p kursus lagi...biarpun nampak ckit ja 7 hari tu tapi kalau dah semua x penah pegi memang x ada la nak cukup 7 hari tu...lagipun bila orang2 ni nama x penah terpilih...memang aku pernah pasang impian nak organize kursus sendiri tapi last minute ko...di kala nak masuk ambang tahun baru ni...fadan la muka makcik ni haa..

tapi x pe sebab dah nak bg cukup jugak 7 hari aku dah korek2 aktiviti yang ada derang2 ni dah blh la dapat 3 hari dan minggu depan satu minggu dari ahad sampai rabu kursus ja trus...putih la mata sorang2 ngadap penceramah dengar taklimat...ehh tapi cuma 2 hari ja taklimat 2 hari lagi praktikal kira ok la tu...x la putih mata sangat...

ohh tujuan makcik dok bebel2 dari tadi sebabnya nak bgtau minggu depan makcik nak berkursus seminggu...lalala kursus best makan pun best jangan tambah berat lagi sudahlah...dapat ilmu baru lagi lah hendaknya...amiinnn

Monday, December 6, 2010

bersiaran dari impiana hotel, ipoh

sebenarnya aku ada kursus ni 3 hari 2 malam dekat cni tapi memandangkan kursus dia agak relax dan sangat fleksibel dan moderator yang sporting dan bek hati maka aku boleh beronline plak...hehe ye lah dia kasik pinjam modem wimax ko..maka marilah kita pakat2 beronline kat dalam dewan ni...muahahaha

oh ni first time kot aku guna wimax sebab kat sp mana ada tempat boleh aku nak try2 guna kat rumah aku lagi lah harem nak ada line kan...dan komen aku adalah ok la modem dia laju jugak dan ramai boleh beronline bersama2 sebabnya dia ada guna cable dan guna wireless pun boleh jugak...pakat online ramai2...best2

hotel pun best...bilik pun selesa, makan pun sedap dan kursus pun best makanya lepas ni jangan la berat aku mencanak2 naik lagi yer...tapi kalau dah bekpes pun ulang ambik makanan sampai tiga pat kali macam mana berat x mencanak naik yer??? hmmmm jawab pizet jawab!!

Wednesday, November 24, 2010

rasa marah itu tidak menguntungkan...

hari ni pagi2 lagi kena berhadapan dengan manusia yang pemarah...x faham jugak kadang2 x boleh kah kalau bercakap dengan bahsa yang sopan apakah bila marah2 tu anda akan dilayan dengan lebih sempurna?? tapi aku rasa kalau cakap dengan bahasa yang lebih sopan ni layanan orang pun lebih dan orang pun x rasa nak sumpah2 kita...

kes dia macam ni dia datang tu dengan muka yang ala2 samseng sebabnya anjing dia kena tangkap olah bahagian kami...ye la bila dah lepas luar dari kawasan gate rumah dia dah jadi satu kesalahan ikut undang2 kan lepas tu bila dah kena tangkap nak suruh staff tu lepaskan anjing dia balik tanpa budi bicara dah jadi satu kesalahan dah kalau buat macam tu...dah x boleh lepas maka datang kat ofis marah2..konon nanti anjing dia x makan la duduk kat dalam tahanan tu lepas tu anak dia menangis la...walau apa pun alasan dia salah tu tetap la salah tapi x bolehkah bercakap dengan bahasa yang sopan...budi bahasa kan budaya kita...berfikirlah secara rasional sebab x ada salah bila bercakap dengan lebih sopan ni...

dan bila dia marah2 orang yang berlawan cakap dengan dia pun naik moody sama2 jugak tapi tu lah kan customer is always right walau macam mana pun nada dia bercakap tetap x boleh marah balik dekat dia tapi dia tetap kena ingat kakitangan kerajaan ni tetaplah manusia ada hati dan perasaan yang bekerja takat terdaya...x bolehkah anda bercakap dengan nada yang lebih sopan sebab tu tidak merendahkan martabat anda pun...sungguh aku x faham

Monday, September 20, 2010

kembali ke pejabat...bekerja

oh macam lama ja aku cuti dari hari khamis petang sampai la hari ahad kemarin...lama sungguh beraya sampai mood nak masuk opis pun kemana...huhu tu la bila cuti lama2 ja mesti malas semacam ja nak kerja...sabaq je la

ohh hari ni budak kecik tu terpaksa minum susu ibu topup dengan susu formula...dengan terpaksanya ku campur jua sebabnya semalam balik rumah tgk susu dalam freezer semua cair sebab masa bila ntah automatik jentat dan semua susu dah selamat cair dan x sejuk lansung pun...huhuhu tanya pengasuh dia tadi katanya minum nak tak nak je sebab rasa die lain kot...aku try anmum essential dulu sebab yang tu je ada pek kecik...any other idea yang buleh aku try?? apapun tadi tengah hari dah p bg sebotol hasil perahan kejap tadi...moga2 boleh la biarpun hanya sebotol... :(

cerita pasal raya nanti esok la aku cerita lepas upload gambar masuk ke pc...ada gmbr baru seronok bercerita...ye lah idea campur gambar...hehe tapi tahun ni memang rasa la meriah beraya sebab si kecik tu dah boleh berjalan...satu rumah dia pusing menjelajah dengan mulut bebel bahasa baby dia tu...sampaikan orang lain yang tgk pun geram sebab mulut tu becok sangat... :)

apapun selamat hari raya semua :)

Tuesday, July 20, 2010

dilema

makin lama keja aku rasa kalau ikut sangat apa yang orang mintak ni boleh jadi gila dan memang la kita x boleh nak puaskan hati semua orang...ye lah memang setiap orang tu dijadikan dengan berbeza-beza sifatnya...dan berlainan pendapat dan kehendaknya...contoh macam semalam

situasi 1:
en a: ni dekat kg saya xxx ada banyak sangat anjing liar..apa xxxx ni x buat keja ka? dah la selalu sangat kacau orang lalu lalang, dok kejar budak2 balik sekolah...tolong la mai tangkap anjing2 liar ni semua
aku: baiklah encik kalau sempat nanti kami pegi wat operasi tangkap anjing2 tu semua...tapi anjing liar ni pandai cikit biasa sebelum kami sampai dia dah lari dulu
en a: buat la macam mana pun janji bebas kampung saya ni dari anjing liar
aku: baik encik nanti kami pegi ya...

situasi 2: ni kat kampung tu jugak la
puan b: awat xxxx ni mai tangkap semua anjing2 ni semua, nanti habis kabel2 telefon ni penagih dadah dok curi, orang dok pecah masuk rumah...kalau ada anjing ni orang takut la ckit
anak buah aku: la kalau dah penjenayah bagi la polis tangkap, keja kami tangkap anjing ja
puan a: ye la tangkap anjing tu jangan la tangkap semua bagi la tinggal separuh kat cini

dan petang tu puan b ni siap col ofis lak adu hal yang sama
puan b: dialog yang sama macam situasi 2 tadi la dok bising2 suruh tinggal separuh anjing tu jangan tangkap bg habis
kerani aku: la ni akak tolong la fikir ditempat kami, orang buat aduan suruh tangkap anjing dah kami pegi sana tangkap anjing akak marah plak suruh jgn tangkap semua, kami nak buat macam mana lagi (nada yang sopan dan perlahan-lahan ye)
puan b: ntah la akak pun x tau nak kata per? akak sekolah x tinggi, x tau la (eh hello ada ka kita tanya dia sekolah takat mana?)

situasi 3:
encik c: ni kenapa letak tong sampah tepi rumah saya, bau busuk nak makan pun lalu, lalat banyak, mak saya dah tua dia nak duduk kat rumah pun x selesa sebab bau sampah
ofismate aku: ok lah nanti kami pindahkan tong sampah tu jauh dari rumah encik

selepas seminggu
encik c: ni saya nak mintak pindah balik tong sampah tu letak tepi rumah saya sebab mak saya dah tua, dia x larat nak jalan jauh2 pegi buang sampah
ofismate aku: baiklah encik nanti kami suruh orang pindahkan balik tong sampah tu letak tepi rumah encik semula

selepas seminggu
encik c: ni saya x tahan la bau sampah, boleh x pindahkan tong sampah tu jauh dari rumah saya bau dia busuk sangat

apakah yang patut dibuat dengan orang2 ni??? sabar je la

Tuesday, July 13, 2010

sem baru dan azam baru

ok lepas ekon macam terasa ckit hari ni rasa nak mengupdate belog dengan cerita yang lebih panjang...hehehe tapi memang la semalam aku berpeluh2 dari hujung kepala sampai hujung kaki even ada ckit2 rasa nak migrain dan tangan lenguh2 berkipas...nak keluar tapi partner adalah bizi mengira apa tah...

dan hari ni aku kena tinggal sorang2 sebab derang pakat2 pegi seminar kewanitaan dan rumahtangga kalau x silap aku...haha moga pakat2 jadi isteri solehah la pasnie...tapi yang x kawen pegi kursus tu jugak canne tu? x pe x pe ambik berkat nanti ada jodoh trus apply apa yang dah belajar..tba2 plak ada public datang memaki2 sebab kena kompaun...tuduh2 anak buah aku penaya dia...ohh hello kalau dah buat salah mengaku ajelah...kalau ko x salah nape nak men tuduh2 orang plak...trus aku mendidih disebalik ekon rosak ni ati pun jadi panas skali...

ok balik ke topik asal...aku kan sem ni dah masuk sem ke 6 aka sem 3 sebenarnya...dengan 5 subjek...kelas pertama adalah hari sabtu...biarpun ditunda dari pukul 2 jadi pukul 4 tapi masih lagi bersemangat...masa ni apa dia ajar boleh catch up...semua macam boleh lagi masuk otak...tapi tu la kan kalau sehari suntuk ko belajar...otak yang kosong pun boleh jadi tepu...trus jem...ciann otak aku...masuk kelas last mata dan hati dah kat atas highway nak balik rumah...hehe

lecturer masa sesi hari ahad pagi buat aku sedikit teruja...sebabnya lecturer faveret kan...semua dia cakap aku dengar dengan khusyuk dan tawaduk...assignment dia pun lebih eksaited nak buat berbanding dengan assignment lain...cis pilih kasih punya student...haha dan part aku paling ingat dan rasa scary adalah bila dia cakap "you i dont worry because i read your blog" uih silent reader...memang scary

tapi sesungguhnya sem ni aku rasa aku kena lebih lipat gandakan usaha...supaya lebih tinggi pointer aku...sebelum ni paras hidung ja ckit lagi nak tenggelam...memang sedih...tapi sekurang2nya aku masih ada masa nak baiki semua tu...pray for me...insyaallah

owh ye budak debab tu masa hari jumaat ri tu naik bijik2 penuh badan yang buatkan aku rasa macam campak...aku kol la tok dia kata naik bijik kat badan dan tok dia bila2 pun mesti kata cucu dia tu campak...siap buat sup ayam kampung la, air nyior la, risau seorang tok memang lebih dari risau seorang mak rupanya...doktor plak kata alergi ataupun ruam...aku musykil gak sebab kalau campak mesti la dia merengek2 sebab x selesa kan tapi macam steady je dia...galak la ke sana sini sebab that time badan dia dah x demam dah...dan bila dok dalam ekon trus bijik2 tu ilang...dok kena panas2 naik balik penuh badan...memang musykil dan aku pun buat telahan sendiri yang budak tu kena ruam sebab x tahan panas dan aku rasa assumption aku adalah betul sebab bila tengah hari mesti bijik2 kat badan, bila petang nak ke malam sebutir bijik pun tadak...ubat dia cumalah letak bedak sejuk kasi x panas sangat badan dia...

hari ni hantar kat rumah pengasuh dengan pakai romper baru dan kasut baru...maka budak debab tu sedikit keciwi...dok behave je dalam carseat dan x galak macam biasa...jadi keras dan even time dukung pun keraskan badan...takut kasut tu tanggal kot...budak2 pun dah ada perasaan nak bergaya rupanya...hehe aku x tau la orang lain macam mana, tapi aku memang tiap2 pagi mandikan budak debab tu siap2 dan pakai wangi2...sebab nak p rumah orang kan...biarlah nanti balik wangi2 jugak...tapi bila balik mesti aku bagi mandi lagi sekali...aku nak biarlah dia rapat dengan aku dan papa dia lebih dari rapat dengan orang lain...ye lah anak sendiri kan

ok dah aku dah menaip sambil kipas2 badan dah...berpeluh jugak menaip di kala ekon tadak ni...hukhuk harap2 cepatlah ekon tu di baiki...sauna dah aku 2 hari ni...kalau esok rosak lagi dah 3 hari, lusa 4 hari...lama2 trus selim sebab sauna free...hehe

daaa

Monday, July 12, 2010

pabila econ rosak...

panas weh...dalam luar semua panas...huh

hari ni aku baru nek ofis lepas bercuti anak sakit, mak sakit hati, p kelas pjj, bercuti ehhh bawak nau la cuti aku nanti time nak raya baru nak terkebil2...haha

rasa nak bercerita macam2 tapi bila suasana dah macam sauna nak menaip pun malas...abis yang aku update blog ni x menaip ker?? haha ok lah nnati bila ekon ada baru mood nak menaip lebih byk itu ada...sila lah salahkan ekon tu...hahaha

daaaa

Monday, July 5, 2010

hari isnin yang bizi x berapa bizi

ok dah awal bulan kan..kena berkejar ckit buat milage ngan claim sebabnya en bos besar cuma ada hari ni...besok dah dengan rasminya berpencen...jeles ai bila la aku pun nak pencen gak...ish baru 3 tahun keja dah ada ati nak pencen...orang tu dah 30 tahun keja lain lah kan....

ok makcik nak buat claim kejap sebelum bloghoping sambung keja lain...daaaa

Wednesday, June 9, 2010

kebizian...ke buat2 bizi??

semalam dan hari ni makcik kena menjaga ofis...y jaga ofis bukan dia boleh lari pun?? bukannn bukan pasal tu cuma keja yang deal ngan public dan ofis mesti sentiasa ada orang tunggu maka kena at least ada sorang dok kat ofis ni dan skang ni adalah musim cuti sekolah dan ramai yang kawen masa cuti ni dan staff kat bahagian kami pun ramai yang handle kenduri2 ni, buat hantaran, masak lauk kenduri, anak or adik kenduri dan x kurang juga tukang sibuk kat rumah kenduri tu...

dan bila dah semua orang cuti makcik pun gilir-gilir la ngan derang hari ni ko cuti esok aku plak, lusa si nun plak kira semua orang dapat bercuti...dah macam jadual cuti time raya plak... idea len kali wat jadual...hehe

esok makcik pun nak cuti gak nak jadi penyibuk lagi skali...pengantin yang makcik wat post sebelum ni tu la...my kezen tu kenduri sebelah pompuan...nnt makcik tempek gambar lagi ye...

disebabkan makcik sibuk tatap la gambar budak debab ni yer...

Monday, May 17, 2010

kerja oh kerja

semalam dah la petang2 kena sembur ngan big boss memang aku salah sorang penyumbang masalah tapi orang utama penyumbang masalah melepaskan diri...owh memang x patut...tinggallah aku sorang-sorang kena sembur dengan dua orang big boss...sorang tu dah puas sembur suruh jumpa big boss lagi sorang pun kena sembur jugak cuma mood dia semalam macam okeh so x banyak dia sembur cuma ringan-ringan je owh sembur-sembur pun ada ringan-ringan jugakkah? 

dah la aku sejak tukar big boss baru dua-dua orang ni aku cam segan ckit nak jumpa...kalau x de hal memang aku elakkan...ada la ari tu aku jumpa yang sorang tu mintak x nak pegi kuantan tapi memang x de belas ehsan...dia suruh aku pegi jugak dan dan tu jugak aku isi borang guna keta sendiri bawak laki aku dengan si kecik tu p kursus sekali...muehehe

dan semalam puas aku bersusun ayat bersusun langkah jumpa big boss mintak sign sekali kauu ada orang yang onar plak trus big boss x jadi sign...terkesima aku sekejap...so hari ni aku kena menyusun langkah semula dan menyusun kata semula nak jumpa big boss untuk mintak sign...harap2 hari ni menjadi hasil jugaklah kerja-kerja aku...selesai jugaklah kerja2 yang tertangguh ni yang membuatkan aku termimpi2 malam2

owh si punca masalah dah menghilangkan diri...kata dia kalau susah sangat benda tu x payah ja proceed, biarkan saja...senang banyak sungguh "awat ko nak beli guna duit kau kah menatang tuh" "50k tu weh 50k kalau aku ni anak jutawan lain la boleh je aku beli sendiri" teremo tba2 dah la selama si punca masalah ni muncul semua kerja dua orang jadi sorang...dah tu bila jadi masalah menghilangkan diri...memang x de rasa tanggungjawab sungguh tu pun ramai gak yang melekat heran gak aku

agaknya si punca masalah tengah sibuk skrang ni maklumla nak tambah cawangan lagi satu...orang bujang 3 tapi dia bujang satu...komitmen terlebih...sampai hal kerja pun buat lebih kurang...aku x kesah la ko nak tambah cawangan brape banyak pun tapi boleh x hal kerja tu buat dengan rasa tanggungjawab...hukhuk betapa aku rindukan bos kecik aku yang lama

korang x faham?? aku lagi x faham...

Wednesday, May 12, 2010

demam badminton

pizet demamkah? tidak tidak...ai memang bukan kaki sokan malah nak berjoging2 anak keliling rumah yang sekangkang kera tu pun maleh...hahaha cuma aku perasan sejak masuk pejabat dari pukul 8 pg td cerita ceriti pasal badminton semalam...alah pasal lawan dan kalah tu jangan ko tanya sapa main sebab acik x ambik tau...hafiz hashim kot...errr dan hari ni semua orang dok cerita pasal badminton tu x sudah...

hebat nau...yang makcik kata hebat tu bukan pasal apa tapi sebab naik je ofis ada sekumpulan orang berkumpul ingat dok bergosip ke tgk cerita ke apa kan..mula2 cam pelik pastu tiba
"alah semalam lawan dengan jepun pun dah kalah kalau hari ni lawan china habis lah"
bunyi satu suara lagi "tu la pasal...baru lawan jepun pun boleh kalah"
baru la acik tersedar owh semalam yang encik somi bizi dok tgk tu adalah badminton...muehehe gila punya x ambil tahu

dan yang lagi menambah kekaguman adalah yang bercakap bukanlah penggemar sukan...yang biasa dok cerita pasal pinggan mangkuk, tupperware, baju kurung, tudung ariani, avon...haa hari ni semua tu boo layan semua tu yang ada pasal badminton belaka...kiranya hebat jugak penangan badminton ni yee

motif entri ni: jangan pandang rendah kat orang walaupun bukan kaki sokan tapi tetap ambik tahu pasal sukan...hahaha tambah lagi rasa kagum aku owh balik ni makcik pun kena menonton badminton jugak...sebab nak mengambil tahu hal semasa kononnya, tapi haku memang x minat badminton...macamana ekh???

majulah sukan untuk negara...tiba2 nak berkempen nih

Sunday, April 11, 2010

hari ini...


haih kena bekerja di hari ahad di kala encik somi bercuti memang mendatangkan x puas hati...huhu y lah cuti kami tidak sama je harinya...ada lagi 33 tahun sblom aku pencen weh muehehe motif kira tahun nak kerja?? haha gila malas nak datang kerja hari ahad nih...nasib la kan kena kerja hari ahad...lebey kurang perasaan bila bercuti hari jumaat di kala encik somi bersibuk2 siap nak p keja...*term baru kah? bersibuk2 itu...haha

dah la dia kena bgn nak pegi kerja haku pun kena bgn pegi siapkan baju dia dikala tilam itu memanggil2 aku tdo....dan hari ni diaq kena bgn hntr panaskan enjin keta n tutup gate hntr aku pegi kerja...bb masih lagi hntr pengasuh sebab encik somi kata dia nak tdo sepuas hati nape tiba2 rasa jeles ni haha haih lambatnya nak blk...sabarlah wahai hati...g buat keja nun

footnote: gudluck to cik prinzcy yang nak jawab paper ptg ni...moga dpt 4 flat la hendaknyer...psycho la pasnie...haha

Tuesday, March 23, 2010

bercuti eh berkursus

aku skang kursus kat kuantan, de rhu beach resort...cantik gak resort nih ari tu cam dok kesah nak bawak dak tecit tu nak usung my mom la my sis la tp last2 end cite kami bertiga saja yang datang...hari sabtu balek kuala nerang, rehat2 ap, hari ahad balek umah mak mertua kat rantau panjang bg tok mek ngan tok ayah main2 ngan cucu jap then hari isnin tolak datang cni, lalu tepi laut owh aku memang teruja...sebabnya sepanjang umo aku 25thn ni la first time aku jejak ganu...muahaha sila la kesian kat aku...

smpi je signboard welcome to terengganu dah siap pegang enset konon nak ambik gambar skali kauu dak kecik tu bgn la plak...layan je la peel die nak buat mcm mana kan...dah jadi mak org x bley tunjuk sgt perasaan jakun tu...muahaha

cambest gak de rhu ni cuma line berukband dia agak x stabil angin kuat sgt kot, kejap 3g, kejap hsdpa, kejap gprs, kejap celcom edge, mcm2 line jugak celcom ni ada yerr tp x kesahla janji jgn no network dah la...muehehe ari rabu ni tolak balik rantau panjang jap sebelum tolak g shah alam untuk seminar pjj aku...huh memang keja berjalan sungguh..

cam x sabar plak nak singgah pasar payang...muehehe sila la abaikan perasaan jakun aku yang x penah singgah ganu ni yee...